Hi. Aku ML. 31 years old lady. Kalau kisah ni being published by admin, bermakna sudah 3 kali aku bercerita di sini.
Dua kisah sebelum ni, tentang mental health issue yang aku alami. Kisah tentang Anxiety, D3pr3ssion and Borderline Personality Disorder.
Tapi kali ni kisah aku sedikit berbeza. Masih berkisar tentang kesihatan mental dan pentingnya sokongan dan ubat.
Sekarang musim pandemic, office aku benarkan kerja dari rumah bermula MCO in March till end of this year. So aku kerja dari rumah then decided untuk buat kerja dari kampung sebelum raya haritu.
Tiga minggu di kampung, 6th August aku fly ke KL untuk therapy session aku.
Yang therapy session ni sepatutnya seminggu sekali tapi disebabkan jadual kerja aku, aku tak dapat nak arrange untuk weekly session. Therapy baru, Mentalisation Based Therapy. Sila google sebab saya malas nak explain lol.
Anyway on the 6th, touched down KL. Balik rumah settlekan apa yang patut dan keluar untuk staycation. Sebab aku nak rasa tenang sedikit.
Kat situ, aku rasa abscence of a presence. Banyak jugak faktor lainnya tapi kalau diceritakan, elok je kisah PPUKM ni jadi confession lain kang. So skip bab tu.
So hari staycation tu, aku enjoy sorang. Berendam dalam bath tub sambil layan movie. TAPI silap besar aku malam tu, aku lupa bawa semua bekal ubat aku. Aku ada 3 sleeping pills and 1 untuk control impulsivity. Cuma sehari yang aku tertinggal.
The whole night tak boleh tidur. Esok pagi, 7th, bangun, terus start menangis. Menangis bila ingatkan hal yang aku kesalkan. Tapi dah berjaya aku pendam. Aku simpan dalam dalam. Sudut hati paling dalam.
Malah ada yang aku simpan rapi dalam kotak. Selamat di hujung sana di ceruk sana terletak.
Tapi haritu, semua keluar balik dalam waktu yang sama.
Yang terpendam, tercungkil keluar.
Yang terdalam, terkorek keluar.
Yang tersimpan, tersepah keluar.
Aku menangis dari pagi, check out, pergi lunch. Masih menangis di food court. Drive ke hospital, menangis. Jumpa doctor, menangis. Balik rumah, menangis. Menangis hingga tertidur.
Esoknya, 8th. Kerja macam biasa. Sembang dengan kawan office via Skype macam biasa. Tapi bila lepas waktu makan ubat, sedia nak tidur, start menangis lagi. Macam macam dalam fikiran. Serabut tapi bukan. Marah, pun bukan. Kesal, pun bukan.
Then aku call satu line yang memang office sediakan untuk employee luahkan masalah. Memang kaunselor bertauliah. Malam tu aku cakap dengan Ian, hampir sejam. Again, menangis sampai tertidur.
Next day, 9th. Kerja masih macam biasa. Tapi rasa restless teramat. Energy yang ada cukup cukup untuk entertain clients yang call in. Itu sahaja.
Dan malam 9th, i lost control over myself. Aku ingat lagi lepas makan semua ubat, aku ada rasa rimas, tak selesa, rasa nak menjerit, tangan berpeluh, dah start fikir bukan bukan. Tapi lawan jugak.
Tapi hati dah barai, emosi dah sarat, takkan kemenangan tu milik aku.
Yang aku ingat, aku berhenti toreh lengan aku guna blade pencukur tu bila aku nampak darah yang banyak dan aku nampak isi dalam tu. Aku syukur yang aku tak potong nadi. Terlintas jua.
Dalam lukanya. 1.5 cm macamtu. Bila dah tersedar tu pun, masih rasa mamai tapi cepat cepat bandagekan and pergi ke nearest GP.
Sampai di GP, doctor taknak ambil risiko sebab katanya kalau dia bagi aku balik, kemungkinan besar aku buat benda luar sedar lagi. Aku menggigil, tak boleh bercakap dan aku bersyukur dapat doc yang faham.
They called ambulance and they told the emergency line, “suicide attempt “. Takde niat aku nak bvnvh diri. Aku lost. Itu sahaja. Lost in nothing. In my own circle. In an abscence. O dont know.
Ambulance ambil dari GP, terus ke red zone PPUKM and doctor bagitau kena jahit sebab luka dalam. So i got 9 nice stitches for things i unknowingly did on the 9th. What a number.
Aku pergi sorang time tu. Aku tak bagitau adik aku yang tinggal sekali dengan aku.
Tapi last last dalam pukul 11pm lebih almost 12am aku call dia. Sebab doctor perlukan waris. Dan untuk pemerhatian lanjut since suicidal thought aku masih sangat aggressive, aku dinasihatkan untuk admit.
Dan masa ni bermula lah kisah aku sebagai penghuni katil 13 di wad psikiatri perempuan PPUKM.
Persekitaran asing. Dan aku memang punya masalah dengan something yang out of my norm, aku tak cakap dengan sesiapa melainkan doctor dan nurse.
Aku pun being sedated untuk 24 or 48 jam macamtu. Malam dah makan ubat tdo additional. Esok pagi, lepas breakfast, nurse bagi lagi ubat untuk tdo.
Layanan nurse kat sini, 5 bintang. Sangat sabar. Ni peraturan ataupun persekitaran yang boleh aku kongsikan.
1. CCTV di mana mana. Even dalam tandas. Tapi bukan menghala ke each cubicle.
2. Tak dibenarkan guna atau pegang phone. Nak family bawa apa apa, bagitau nurse, diorang akan call kan.
3. Barang yang family bagi, cuma boleh diserahkan di depan pintu bergril, berkunci dan nurse akan check apa kat dalam. Yang deemed as dangerous, akan dipulangkan balik.
4. Adik aku belikan milo tin, tapi tak dibenarkan untuk aku simpan. Nurse simpankan. Bila dah habis minum, tin kena bagi balik kat nurse.
5. Nurse akan kejut tiap kali makan sebab most of those in the ward memang tdo sahaja.
6. Doctor akan datang visit 3 kali sehari. 2 kali by doctor sendiri, lagi satu by on call doctor. Pernah satu hari aku taknak berinteraksi langsung, aku tulis semua atas kertas dan bagi pada doc. Dan doc tak paksa aku bercakap.
7. Cream muka adik aku bawakan, pun tak dibenarkan pakai. Sebab dalam bekas kaca.
8. Tandas tak berkunci, langsung tiada hose. Kau kena guna cebok air dan baldi untuk mandi. Showerhead pun takde, mungkin untuk elak gantung diri.
9. Time makan ubat, nurse akan tunggu sampai dia betul betul sure kau dah telan, then dia akan berlalu pergi.
10. Cutlery makan. Sudu pinggan semua plastik. Dan tiada fork. Pandai pandai lah makan.
11. Kalau kau bising dan mengganggu orang, kau akan tidur sendiri di bilik pengasingan.
Aku admitted on 9th-13th. Itu pun aku merayu nak keluar tapi doc was a bit reluctant sebab doc cakap d3pr3ssion aku terlampau teruk dan muka aku nampak terlampau letih. Aku cakap aku akan lagi d3pr3ssed bila berada di surrounding macam ni.
So after they tested me with new meds nak tengok badan aku react well ke tak, baru dibenarkan keluar. Tapi bawah pengawasan.
Dibenarkan keluar sebab family aku dari kampung datang, ambil aku dan balik kampung. Doctor bercakap privately dengan my dad so aku tak tau apa content.
Dan kisah ni, aku dedikasikan untuk semua staf di wad psikiatri perempuan PPUKM, top notch services.
Dan aku abadikan juga untuk mereka yang sedang berjuang melawan segala kesakitan emosi, aku doakan Tuhan berikan kalian kekuatan bak besi, untuk mengelak dari terus tersakiti.
Dan akhir sekali, untuk mereka yang masih dengan stigma yang sama, yang mengatakan segala masalah mental boleh diselesaikan dengan kembali pada agama, atau kami ni jahil, atau mencari perhatian, aku merayu. Berhentilah.
Di wad yang sama, aku lihat seorang gadis auratnya tertutup sempurna, solatnya 5 waktu dan waktu lapang diisi dengan membaca al Quran. Jika dia juga bermasalah, jelaskan pada aku, apakah si gadis itu jauh dari Tuhannya?
Seek help. And make sure take meds. Hanya kerana satu hari aku skip ubat untuk control impulsivity aku, blood test came out as the reading was on borderline low. Bayangkan kalau berhari hari ubat ditinggalkan.
Dan kata mereka yang “sempurna” tersebut, “jangan bergantung dengan ubat sangat”. Lihatlah kesannya. Aku.
Your living proof. Berhenti menghukum.
And please, seek help. They will help you.
Regards,
– ML (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit