Hi nama aku Suraya, 28 tahun masih belum berkahwin. Seorang pekerja professional, kerja dari pukul 8 pagi hingga 7 petang.
Aku tinggal di rumah ibu bapa aku, dan selang 2 row rumah dari rumah kami, tinggal nya keluarga kecil abang aku, iaitu akak ipar dan sepasang anak buah kembar, yang berusia 4 tahun.
Pada di awal usia perkahwinan mereka, mereka hidup bersama sama dengan kami, dan aku akui hidup bersama dengan ipar bukan lah satu perkara yang mudah dan aku rasa semua orang setuju dengan apa yang aku rasakan.
Semua benda boleh jadi tak kena dan aku pun sampai rasa tidak selesa untuk terus tinggal di rumah ibu bapa aku sendiri.
Pada pemerhatian aku mengenai akak ipar aku ini, pada ketika dia tinggal bersama dengan kami, dia sangat jarang lah menolong ibu aku di dapur.
Cuma pada ketika waktu makan sahajalah dia akan turun ke dapur dan selebihnya hanya di bilik sahaja bermain dengan telefon atau tidur sahaja.
Akak ipar aku pun bekerja dan dia bekerja dari pukul 8 pagi hingga 2 petang dan usai pulang dari kerja, dia akan tidur, kadang kadang hingga keesokan harinya.
Makan minum abang dan anak dia langsung tidak diambil peduli, sebabnya dia tahu ibu aku ada menyediakan makanan.
Kini abang aku dah pindah ke rumah selang 2 row dari rumah kami. Katanya mahu berdikari. HAHA..
Hasilnye sama sahaja, bahkan lagi teruk, langsung tidak menolong ibu bapa aku di rumah, hanya datang waktu makan sahaja.
Kemudian aku ada utarakan hal ini ke abang aku, rupanya, akak ipar aku ada mengadu, katanya aku tidak menolong ibu aku, jadi mengapa perlu dia tolong?
Aku akui aku bukan lah seorang yang rajin dalam kerja rumah tangga. Cuma setiap hujung minggu, boleh lah katakan aku menolong menyapu dan mop lantai di rumah, dan bagi aku itu sudah memadai.
Mungkin aku tidak dapat menyumbang dari segi tenaga kerja rumah tangga,
Tapi sebagai anak tengah dalam keluarga, aku sudah menggalas tanggungjawab seorang yang sulung dalam menyelesaikan bil bil di rumah serta memberikan duit saku bulanan kepada ibu dan ayah aku.
Bahkan duit bulan belajar adik aku pun aku sediakan.
Bagi aku tidak adil untuk dia membandingkan aku dengan dia.
Pertama sekali, dia ialah ipar di rumah, dan kerjanya ialah untuk melayan makan minum abang aku. Jika dia tidak mahu masak untuk kami, sila lah masak dan makan di rumah dia sendiri.
Kemudian, aku ada menyumbang meringankan tanggungan ibu bapa aku dari segi wang ringgit dan jika dia tiada kemampuan dari segi itu, wajarlah dia membantu dari segi tenaga kerja nya pula.
Aku geram kadang kadang, teringin juga aku berterus terang dengan akak ipar aku, sebabnya, dia act like a queen in the house. Perlakukan ibu aku seperti tukang masak nya, menggunakan barang aku seperti barang persendiriannya.
Agaknya dia rasa dia dah rasa macam family sendiri, tapi kenapa kau tak puas hati pulak dengan aku. LOL..
Tapi ibu aku melarang aku dari berterus terang, takut akan terjadinya perbalahan dan akan memeningkan abang aku nanti.
Apa sepatutnya yang aku lakukan?
Kalau nak kecam, kecam je okay, aku nak tahu jugak, aku ke yang bersalah dalam hal ni?
P/s : Btw abang aku ade je tegur dia, tapi dia keras kepala, sampai abang aku pun dah fedap macam nak lepas kan je dia.
– Suraya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit