Assalamualaikum dan selamat sejahtera pada semua yang sudi membaca.
Aku ada banyak cerita pedih , cerita sedih yang rasa ingin aku luahkan, tapi aku pilih yang paling merobek jiwa aku..
berkaitan anak aku .
Dia seorang yang sangat peramah, dia seorang yang tersangat lincah. Dia juga akan berlumba – lumba membantu dalam apa jua urusan , setelah siap dia akan berikan senyuman yang paling manis , kadang – kadang hanya inginkan secebis perhatian , pengiktirafan dan kata berbentuk pujian. Dia anak lelakiku yang masih berada di tadika.
Dia suka hulurkan tangan untuk bersalam , tak kira siapa , malah sebelum tidur berkali – kali dia akan salam dengan kami berdua , sambil cium pipi kami .
Yang buat aku terkedu , terasa , apabila baru – baru ni , dihulur tangan pada X , tapi dipandang balik macam anak aku menghulur najis , Ya Allah …apalah kesalahan besar anak aku sampai dibenci begitu rupa. Besarkan perkataan benci , tapi itulah yang diungkapkan oleh X kepada anak aku di depan aku sendiri. Aku …Aku tak boleh berkata apa-apa. Kerana jika aku bersuara, tak pernah ada yang betul.
X ni adik aku …adik kandung ya , bukan adik tiri , masa dia kecil dulu , pinggang aku laa tempat punggung dia sentiasa berlabuh ,
aku yang paling banyak dukung dia , bawa dia ke sana ke mari …aku tak marah pada dia , cuma aku marah pada situasi aku. Dugaan yang menimpa aku buat aku kecil hati dengan situasi yang remeh temeh bagi orang lain.
ada lagi seorang , Y , dia pula akan pandang anakku ini seperti memandang sejijik jijik benda, ini bukan aku seorang yang perasan , tapi ramai yang perasan. jika anak sendiri Y ni mampu bersabar dengan tahap kesabaran yang tingginya mengalahkan puncak everest , tapi untuk anak aku , kadang apa yang dibuat betul pun diherdik anak aku depan aku. kadang – kadang orang luar yang perasan layanan terhadap anak aku ni , bertanya kenapa anak aku ni terlalu dibenci …aku tak ada jawapan .
kalau dulu aku tak suka nak marahkan anak orang lain , walaupun anak sdare sendiri , tapi melihat kelakuan Y …aku pun mula “bersuara”.
Ya dia lincah , takkan masa main , nak suruh dia berdiri kaku ?
Kalau dia sakat orang , sepupu2 dia buli dia beramai – ramai sampai ada pemerhati luar yang menyelamatkan anak aku.
Malah yang muda dari dia akan pukul2 dia tanpa sebab dan dia tak balas .
Nak kata die degil , banyak jugak masa dia ringan tulang , dia dengar kata ,
cuma masa main , dia memang main dengan sepenuh jiwa dan keterujaan.
mainan baru terus dia akan kongsi dengan sepupu2 dia yang lain ,
makanan atau minuman pun dia akan berikan pada sepupu2 yang biasa menunjuk2 barang mereka dan main/makan tanpa berkongsi
sampai aku ajar anak aku , tak perlu nak jadi baik sangat , belajar pentingkan diri sendiri.
aku yang salah atau anak aku yang salah ?
Kadang aku kesian , dia akan panggil mereka sambil tersenyum , kadang untuk menunjukkan sesuatu ,
kadang dia nak berkongsi cerita , kadang dia nak bertanyakan sesuatu ,
berkali – kali dia panggil , orang yang dipanggil buat tak endah buat seperti dia tak wujud, buat buta , buat pekak.
Tapi bila nak marah , nama anak aku akan naik dulu
kadang yang buat nakal semua , malah ada yang jenis “baling batu sembunyi tangan”.
Ada pula yang anak sendiri buat 1001 salah , dibuat tak nampak , tak dengar, tak endah , tapi bila salah anak aku , depan depan aku disiasat macam anak aku dah buat jenayah.
Aku pula, aku garang dengan anak2 aku , aku hukum mereka untuk setiap kesalahan kecil atau besar mereka, kadang aku harapkan juga masing-masing tengok kesalahan anak masing masing dan hukum anak masing2..sebab kadang2 terang benderang salah semua , tapi aku lihat ; dah banyak kali dengan anak sendiri – lembut gigi dari lidah , dengan anak aku , dia punya “menyinga”…hmm.
Kadang belum sempat orang lain marahkan anak aku, aku dah marah dia dulu..cukup laa aku sorang marahkan dia, tapi x cukup bagi mereka, mesti nak marah jugak dia.
Ada masa aku terfikir mereka nak anak aku ni , tak bercakap , tak bergerak malah tak benyawa pun kot .
Aku salahkan diri aku , aku yang terlebih “rasa”, melayan perasaan sangat , membesarkan hal yang kecil , tapi bila orang luar pun mula bersuara, mula berkata – kata , mula bertanya kenapa?
Maknanya mereka pun nampak apa yang berlaku ,jadi bukan perasaan aku semata-mata, yang tak nampak orang2 yang “buat” je .
Mereka semua orang yang baik2..jadi tak perlu laa kondem mereka , mungkin aku je yang terlebih terasa kerana aku serba kekurangan. Banyak kali anak aku merengek nak itu ini yang diluar kemampuan aku , hanya sebab ada yang dapat mainan baru datang menunjuk2 pada dia ,ada yang makan sesuatu tak nak kongsi dengan dia, kadang aku rasa gagal sebagai seorang ibu, sebab sekecil – kecil benda pun aku tak mampu nak berikan pada dia, mungkin sebab tu aku terlebih sensitif.
Maaf jika luahan aku ni bercelaru penulisannya, sebab minda aku pun tak stabil dengan banyak perkara, malah setiap helaan nafasku berat dan menyakitkan. Ini hanya secebis kecil dari luka hati aku , kerana tiada yang sudi dengar dan aku tak ada tempat berkongsi jadi aku coretkan di sini.
Kalau ada yang sudi berikan nasihat yang positif atau doakan aku, aku dahulukan dengan terima kasih.
– -hati koyak-
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit