Salam pembaca semua. Selalu rajin untuk baca kisah orang. Kali ini saya nak kongsi kisah mengenai ayah saya. Minta maaf didahului jika penulisan saya agak tidak baik.
Ayah sekarang dah pencen and duduk dengan anak2 which is me, kakak and another kakak. Apa yang aku nak ceritakan ialah mengenai sifat panas baran dia.
Dari dulu ayah memang seorang yang tegas dan garang. Bila bercampur dengan sifat panas baran, ada la pukul2 dengan objek sikit.
Aku sebagai anak bongsu, ada je kena marah tapi untuk kena pukul tu belum pernah. Yang selalu kena pukul tu abang aku.
Orang panas baran ni bila tengah marah, dia akan capai apa saja objek yang terdekat untuk dipukul.
Yes, abang aku pernah kena pukul dengan guitar, kena cekik lah and banyak lagi. Disebabkan perkara begini berlaku di zaman kecil dulu, aku jadi trauma.
Aku dapat kesan aku ada trauma bila aku ternampak pergaduhan walaupun hanya pertengkaran tak melibatkan kecederaan fizikal, aku jadi loya and cepat-cepat tutup mata dan telinga.
Aku pernah menonton video budak sekolah bergaduh dan saja aku teruskan nak uji adakah aku akan jadi seperti sebelum ni dan ya aku loya teruk pening kepala semua.
So sampai sekarang aku tak boleh melihat, mendekati perkara yang melibatkan pergaduhan.
Dan sampai sekarang pun ayah aku masih lagi suka marah, maki kalau nasib tak baik kena la pukul.
Aku masih teringat lepas arwah mak meninggal tahun 2014, dia macam agak cooldown sikit. Dan kami mengharapkan dia tak marah2 kami dah.
Tapi sebaliknya, dia tampar muka kakak sebab kakak tutup pintu sikit. Dia cakap kalau tak suka duduk rumah ni boleh keluar.
Kami masa tu masih bersedih dengan kehilangan mak, dan ayah masih lagi bersifat begitu. Rasa tidak mahu hidup lagi
Kadang-kadang aku cemburu melihat kawan aku yang sudah takde ibu. Mereka 6 beradik sangat rapat dengan ayah mereka. Masak sama-sama gelak tawa. Tak susah pun untuk create bonding dengan anak-anak.
Sampai sekarang, aku berasa tak puas hati terhadap ayah aku dengan sifatnya begitu.
Untuk makluman, aku baru saja berhenti kerja dan duduk rumah family 2 bulan. Doakan aku dapat kerja jauh dari sini supaya aku tak peru hadap lagi benda-benda yang seperti ini.
Aku takde masalah untuk jaga ayah aku. Dulu pun aku jaga arwah mak dan opah aku okay je. Tapi untuk ayah, agak susah untuk aku.
Mungkin akan ada yang komen “sabar jelah sebagai anak, apa-apa pun dia tetap ayah” ya saya memang selalu sabarkan diri saya. Tapi yang lalui saja rasa, yang komen tak rasa.
Apa-apa pun aku tetap sayang ayah aku. Sentiasa dahulukan dia jika ada rezeki lebih. Cuma aku tak boleh go dengan sifat dia saja. Boleh kacau mental health aku. Doakan aku dan family aku ya..
– Bunga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Ā https://iiumc.com/submit