Assalamualaikum,pertamanya saya ingin mengucapkan terima kasih pada IIUM confession memberi peluang untuk saya berkongsi rasa di ruang ini.
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih pada semua insan yang bergelar cikgu,guru,teacher,ustaz ustazah dan yang sewaktu dengannya.
Saya merupakan seorang kakak kepada adik yang sedang menghadapi peperiksaan SPM,kelmarin seusai menjawab kertas sejarah,salah satu subjek yang sangat diminati,saya bertanya macam mana jawab sejarah okay tak?
Mimi (bukan nama sebenar) :Alhamdulillah okay cumaa ..hm.Kenapa? saya bertanya ingin tahu,saya pandang wajah Mimi ,entah kenapa saya dapat rasa ada kekecewaan di wajahnya.
Mimi:Akak kenapa kat dalam dunia ini ada cikgu yang pilih kasih ya?
Saya:hrmm.Kenapa cakap macam itu?
Mimi:Ya lah ada sorang cikgu Mimi kat sekolah ini,dia ajar subjek Sejarah,tapi dia ajar kelas depan(kelas pelajar2 yang cemerlang) dia tak ajar Mimi,bila Mimi nak salam dia ,dia cakap “Eh saya kan tak ajar awak,buat apa nak salam saya?”
sedih Mimi bila dia cakap macam itu,salah ke Mimi nak salam dia,minta doa daripada dia,dia kan cikgu Mimi juga walaupun tak ajar Mimi.
Saya:sebak.
Mimi:Cikgu yang ajar Mimi sejarah dia selalu takde,sebab dia jadi pengawas peperiksaan ,jadi dia busy sangat,last jumpa dia masa bulan 10,masa trial Mimi pun dia takde.Hrm,lepas jawab trial sejarah ,Mimi pandang je cikgu itu(cikgu yg sama dengan kisah salam di atas) dia pergi dekat pelajar yang dia ajar je,dia tak tanya pun kat Mimi yang kelas belakang ini boleh buat ke tak?okay ke jawab? hrm salah ke kalau dia ambil berat kat kelas Mimi walaupun bukan kelas yang dia ajar.
saya:sebak.
Pagi tadi sebelum Mimi pergi kelas ,dia cakap dekat saya,satu hari nanti kalau Mimi jadi cikgu,Mimi tak kan buat macam itu dekat anak murid Mimi,walaupun murid itu Mimi tak ajar,kesian dia.
saya pesan kat Mimi,ni nak pergi kelas ini,tanya betul betul kat cikgu mana yang tak faham.
Mimi:Hrm tak naklah cikgu itu tak boleh tanya lebih sikit mesti nak marah.
——-
sebahagian dialog bersama adik saya Mimi,setiap kali bila adik kecewa dengan cikgu dia,saya cuba neutral kan kembali perasaan itu.
“Cikgu manusia,mereka juga buat salah.”
“Tak semua cikgu macam itu,akak jumpa ramaaaaaiiii cikgu yang baik,sabar yang tak pilih kasih.”
entah kenapa,dialog dengan adik tentang cikgu membuatkan saya teringat tentang cikgu2 yang bersusah payah untuk saya.
semasa saya menduduki peperiksaan menengah rendah (pmr),cikgu matematik saya pada waktu itu,sedang sarat mengandung,kelas saya pula di tingkat tiga,bayangkan bagaimana seorang cikgu dengan sarat mengandung hampir 3 kali dalam seminggu mendaki tangga hingga ke tingkat tiga semata mata nak ajar kami.Satu hari,ketika cikgu memberi kertas percubaan matematik 1,bila saya melihat markah yang tertera pada kertas,saya menangis .Saya rasa kecewa bukan kerana markah saya rendah(masa itu saya dapat 22//40),tapi kerana saya rasa tak berbaloinya penat lelah cikgu dengan markah sebegini.Bila cikgu panggil saya untuk ambil kertas matematik 2,saya tak mampu nak bangun dari tempat duduk kerana saya terlalu sedih.Cikgu pergi dekat saya,cikgu ucap tahniah(saya skor 60/60) untuk kertas 2,time itu saya nangis sambil minta maaf kat cikgu sebab kertas matematik 1 saya teruk,cikgu dengan lembut:Awak boleh,mana ada teruk itu,awak kena usaha lebih sikit je lagi,dah jangan nangis.
saya pernah mengadu pada cikgu perdagangan dan perakaunan saya,bila mana markah saya tidak memuaskan ,”Cikgu,saya fed up lah dengan akaun ni,bawa bawahlah,ambil bawahlah,saya ni pemiutang dengan penghutang pun pening.”Time itu,saya ingat lagi cikgu dengan sabar,ambil pen dan kertas ,cikgu huraikan satu persatu kekusutan dan ketidakfahaman saya dengan subjek itu.
dan banyak lagi jasa cikgu cikgu lain yang saya tak mampu nak listkan disini,alhamdulillah berkat sabar cikgu,doa ibu bapa,saya mendapat straight A dalam PMR,kemudian 10 A SPM.
Apa yang saya cuba sampaikan,saya dan Mimi tidak berbeza,cuma rezki kami yang berbeza,saya ditemukan dengan cikgu yang sabar mendidik saya,tidak memperlekeh kan saya sewaktu saya pernah menghadapi kegagalan,malah mereka menjadi penguat ,memberi motivasi, mencungkil potensi diri sehingga saya mencapai apa yang saya dapat capai hari ini.
Cikgu,anda boleh menjadi inspirasi kami,dan anda juga boleh menjadi unsur yang menjatuhkan kami.
Jangan tentukan siapa kami di masa hadapan berdasarkan akademik kami,kerana Allah yang memegang tiap tiap rezki makhlukNya.Siapa tahu Mimi satu hari nanti ahli perniagaan yang berjaya?dan saya pula yang bekerja dengan dia.eh :3
Mungkin persepsi Mimi tentang cikgunya pilih kasih itu salah,saya mohon cikgu betulkan.
Mungkin persepsi Mimi tentang cikgunya menjulang yang cemerlang memperlekehkan yang rendah pencapaiannya salah,saya mohon cikgu betulkan.
Mungkin persepsi Mimi tentang cikgunya sering marah apabila murid tidak faham adalah salah,saya mohon cikgu betulkan.
Saya tahu,cikgu juga manusia biasa,cikgu menghadapi masalah,cikgu ada banyak benda yang perlu dilakukan bukan sekadar mengajar di sekolah,cikgu juga perlu berkursus,kalau cikgu yang dah berkahwin,ada tanggungjawab sebagai seorang suami/isteri,kami mohon,dalam apa jua situasi,didiklah kami dengan sabar,moga dengan kesabaran cikgu,Allah memberi jalan keluar untuk setiap kesulitan yang cikgu hadapi.
Teringat kata kata ibu:Menjadi guru ini ,kita akan diingat kerana dua perkara,yang pertama kerana kebaikan yang kita curahkan,atau yang kedua,kerana keburukkan yang kita lakukan.
moga kebaikan sentiasa mengiringi cikgu yang dengan sabar mendidik kami,Rasulullah bersabda:
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ وَأَهْلَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرَضِينَ حَتَّى النَّمْلَةَ فِي جُحْرِهَا وَحَتَّى الْحُوتَ لَيُصَلُّونَ عَلَى مُعَلِّمِ النَّاسِ الْخَيْرَ
“Sesungguhnya Allah,para malaikat Nya,penduduk langit dan bumi sampai pun semut di sarangnya dan ikan di lautan turut mendoakan kebaikan untuk orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia”.(Hadis Abu Umamah Al Bahili,riwayat Tirmidzi disahihkan oleh Al Albani)
– Anak Murid Cikgu
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit