Disclaimer: Saya bukan penyokong antivaksin, homebirth atau mempercayai teori plandemik dan sebagai.
Saya ada baca teori2 golongan tersebut yang sejujurnya bagi saya tak masuk dek akal. Dan saya percaya, ramai yang turut tidak bersetuju, dan ada juga yang mungkin terpengaruh.
Melayari isu isu semasa terkini, mungkin ramai yang cakna juga akan berita kes saman antara seorang Doula dan seorang Doktor. Saya baca pergaduhan yang rancak antara dua pihak, setelah keputusan mahkamah dikeluarkan.
Mungkin ada yang baru tahu isu ni, jadi mereka tak tahu akar punca kejadian.. biar saya jelaskan serba sedikit, sebab saya silent follower kedua2 pihak..
Sekitar tahun 2018 saya ada terbaca satu siaran fb dari sebuah page yang meletak gambar seorang perempuan berkaca mata bertudung labuh, dengan label yang sangat menjatuhkan. Memalukan.
Waktu tu saya cuma bayangkan satu perkara, kalau lah saya berada di tempat perempuan tu, saya tak mampu nak harungi, kecaman dan kejian yang bertali arus dengan label yang sangat2 menghina.
Disebabkan ramainya yang mengecam mengutuk mengkeji dan menghina, saya juga akhirnya percaya akan segala kisah kisah yang disiarkan. Saya mula rasa benci pada perempuan yang hakikatnya saya tak kenalpun siapa dia.
Saya percaya dia begitu begini.
Saya mula melihatnya dengan segala keburukan.
Saya mula menjustifikasi setiap posting dan hantaran fb nya.
Dahsyat kan penangan Fitnah..? Dimulakan oleh seorang, dua orang, dijaja berterusan hingga hari ini, hingga tak nampak lagi gambaran yang betul.
Kita memang malas membaca dan mengkaji. Justeru kita memilih untuk percaya pada 1 pegangan, dan berpegang dengan nya tanpa siasat dan selidik.
Sokong membuta tuli.
Saya mengikuti kes saman yang dikemukakan. Saya ikuti kedua dua belah pihak tanpa bias, untuk membuat penilaian dari sudut yang bersih.
Benar, dari satu sudut lain, penyokong kedua2 pihak ramai yang ekstrim dan berhujjah dan berbalah. Kasar dan menyakitkan bila baca, sama saja kedua2nya.
Tapi saya fahami itu mungkin adalah kerana hujah-balas, kau keras, aku pun akan keras. Semua keras kepala nak menangkan pendapat masing2..
Saya sambung..
Tapi tentang kes tersebut.
Ianya bukan tentang profesion pun. Ianya berkisar Fitnah dan andaian2 sahaja, dan disebarkan seolah olah ianya kisah benar.
Saya ikuti kes ini dari awal, jadi saya tahu hashtag yang diguna untuk saling label melabel ni. Sedih tak bila kita dilabel #keji? #ekstrim?
Fikir2kanlah perasaan kalau dituduh sedemikian tanpa pembuktian yang nyata.
Diringkaskan cerita, 2020: pihak yang menyaman akhirnya menang.
Jujur, dalam banyak2 perkara yang saya tak setujui tentang pegangan mereka, saya bersyukur kerana mereka menang. Kerana mereka memang mangsa fitnah.
Fitnah yang dimulakan oleh seorang, merebak dan tersebar dengan dahsyat sekali. Penangannya dapat dilihat hingga kini.
La hawla wa la quwwata illa billah.
Sudah2 bergaduh Tuan Puan. Malu lah pada orang muda yang membaca ini. Sungguh kebudak budakan perangai golongan profesional manusia versi facebook sekarang
Pengajarannya.. Saya pelajari 1 perkara, kekaguman pada seseorang jangan sampai membutakan mata kita dari menilai antara benar dan salah.
Kalau ia berkata benar, sokong lah. Namun kalau salah nyatakanlah supaya ia sedar. Jangan terus dijulang hingga empunya diri menjadi buta dalam mencari silap sendiri.
Buat yang berjawatan tinggi dan mulia di mata manusia (moga mulia juga di sisi Tuhan), keegoan perlu diruntuhkan.
Tembok itu keras, tapi jika tidak mula dikikis dari mula, akan bertambah-tambah tingginya, makin susah untuk diturunkan. Ingatlah bahawa tidak hina merendahkan diri, tidak hina jika meminta maaf.
Kita kan manusia, biasalah berbuat silap. Dan penyokong pihak yang menang, hentikanlah juga sindiran sinis terus menerus itu..
Semua kita berbuat silap. Yang paling mulia adalah yang bertaubat. Dia yang terzalimi oleh fitnah bertali arus sejak dua tahun lalu, telah Allah angkat kesedihan itu dengan kemenangan di dunia, jadi biarlah dia meraikan kemenangan itu.
Ingatlah selalu bahawa doa orang dizalimi itu mustajab, tiada hijab.
Jawatan dan profesion apapun, bukan hak kita untuk menghina dan menjatuhkan manusia lain, walaupun dia seorang pengemis, meskipun dia seorang d.o.u.l.a.
Sekian dari saya, pemerhati bisu yang mendoakan orang yang dizalimi dalam diam. Ringkas saya katakan, Kebenaran telah datang, kebatilan telah tumpas.
Ingatlah selalu, cyberbully is not awesome. Setiap jiwa ada hak untuk membela dirinya. Kita tiada hak untuk menghina orang lain, meskipun tak sehaluan pendapat. Peringatan untuk semua pihak.
Sekian… Pendapat 10 sen saja. Jika disiarkan terima kasih.
– Silent (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit