Wahai Isteriku

Assalamualaikum.

Ini adalah sekadar luahan seorang suami kepada isteri.

Kami bernikah suka sama suka, menghampiri 10 tahun dah.

Aku bekerja profesional di menara KLCC.

Isteri suri rumah sejak tahun ketiga bernikah, atas pilihan sendiri.

Kami mempunyai 3 orang anak.

Pada dasarnya, saya bahagia dengan dia.

Dialah cinta hatiku, kehidupanku, kebahagiaanku, sedih dan tawaku.

Sempurna, tiada cela.

Tuhan menjadikanku seorang yang tidak cerewet makan pakai.

Dia masak tawar, aku sapu.. sedikit tak aku keji.

Balik rumah tengok bersepah, sedikit tidak ku keluh.

Malah aku tahu, anak kami sedang beraksi dan dia kepenatan melayan.

Ku ajar anakku untuk berkemas tolong ibu.

Hari minggu adalah hariku, mandi anak, cuci berak, bermain dengan mereka, bawa mereka keluar untuk beri me time pada cinta hatiku, pinggan mangkuk aku basuh, keadaan luar rumah aku jaga.

Hujung bulan?

Rumah, bil, yuran, barang dapur, duit peribadi dia.. semua kuberi.

Keretaku takde sportrim baru. Dia nak bercuti, semua kuberi, shopping pun duitku, cantik rumah duitku, baju baru duit aku.

Aku tak kisah. Kerana membahagiakan keinginan dia adalah kebahagiaan aku juga. Siapa lagi nak guna duit aku kalau bukan cinta hatiku.

Satu sahaja masalahku.

Dia penat.

Penat melayan keperluan batinku.

Apakah aku tak punya hak menikmati nafsuku?

Setelah kupuaskan banyak nafsunya?

Bila aku minta, katanya penat.

Bila beraksi, mukanya kosong takde reaksi, mata pejam mengantuk. Suaranya dibuat2, pergerakan kaku.

Katanya malu.

Bodoh apa malu dah 10 tahun.

Setiap inci dirimu sudah ku lihat.

Ya, dia tidak menikmati.

Kemudiaan bila dia perasan aku hambar, terus berlakon.

Ingat aku tak tahu.

Tidak sekali kupendam.

Terus kucakap.

Kerana cintaku dan dia bukan terpaksa.

Jadi mengapa harus memaksa diri.

Adakah sakit? Tidak

Adakah aku busuk? Tidak

Adakah geli? Kadang

Lalu kenapa? Penat

Mungkin sewaktu weekday dia penat.

Tapi weekend ketika aku dapat membantu pun penat?

Suruh makan tak mau.

Ajak bersenam panas katanya.

Habis aku ni tak penat?

Kurang2 dia hidup sebagai suri dengan pilihan diri. bukan aku yang minta.

Suka anak2 katanya dulu.

Habis kamu ingat aku suka dengan bos aku?

Dengan kertas kerja aku?

Aku menghadap benda aku tak suka 5 hari jam 9-6, jem lagi, tak ada coffe hour, minum petang.. hanya air kosong bekal aku bawak.

Dalam dunia ni, itu sahaja nafsuku.

Dompetku 5 tahun lepas beli.

Seluarku sudah 2 tahun.

Kasutku bundle.

Makanku mamak yap kwan seng sahaja.

Rokok arak judi tak ku sentuh,

Keretaku standard pekak.

Dan yang halal bagiku adalah dia.

Lalu aku harus apa?

Sudah 4 tahun.

Alasannya penat.

Masalahnya yang asyik dibincang adalah betapa dirinya penat.

Tak pernah dibuka tajuk nak selesai masalah penat.

Bila aku yang buka, bagai menjolok sarangnya.

Iya

Pengurusan masa.

Cara komunikasi berkesan dengan anak.

Soalnya ketika di rumah anak2 teratur dengar kata.

Tidak ku perlu garang dengan mereka.

Semua ni bukan juga aku terus pandai.

Artikel banyak, bacalah.

Bila dah baca, komen pulak tak kena dengan situasi dia.

Ego..

Tak terima nasihat.

Bahkan itu bukan sekadar nasihat, itu adalah ilmu dari profesional.

Lalu aku harus apa?

Tidak, dia tidak curang denganku, cinta kami tulus.

Tidur kami berpegang tangan.

Biarpun hubungan hambar, kami mesra bergurau.

Duniaku adalah dia, dan akulah dunianya.

Tapi aku harus apa?

– Joe (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *