Assalamualaikum semua. Diharapkan agar pembacaan tulisan kali ini menyedarkan kaum lelaki yang semakin kurang bertanggungjawab.
Sedarkah kaum lelaki bahawa kaum perempuan sekarang mampu buat apa yang kalian buat?
Bosan bosan dengar ayat, “perempuan kena bertolak ansur dengan suami. Apa salahnya membantu suami dalam ekonomi? Untuk kebaikan bersama.” Yaaaa okay baik. Dan perempuan juga tugasnya 100% dirumah.
Suami boleh bangun lewat, suami boleh duduk saja tanpa bantu di dapur.
Aikk, jadi kalau tanggungjawab suami dah dibantu dari segi kewangan, bil air bahagi 2, bil api bahagi 2, ccm kereta bahagi 2, makan minum bahagi 2, lepas tu kat rumah isteri 100% yang buat, kalian kaum lelaki tanggungjawab besar di mana?
Mungkin dari segi didikan. Tapi ada sesetengah yang agama pun lebih kurang. Mana pula yang didiknya? Kenapa ya zaman 2021 masih ada sifat begini?
Penat, penat nasihat. Lepas tu ayat power “syurga perempuan tempatnya di suami”. Allahu, tiada siapa menolak fakta itu. Cukup sedar, cukup tahu.
Untuk perempuan, Reda la, pahalanya di syurga. Buatlah kerana Allah.
Sungguh, saya yakin banyak para isteri yang sangat ikhlas membantu suami dari segi kewangan dan dia juga yang bertanggungjawab 100% menguruskan hal rumah tangga, menjaga anak, hal didapur. Moga pahala yang besar buat golongan wanita yang begini.
Jangan merungut. Jangan mengungkit. Yaaa. Itu juga tugas perempuan bukan? Kena ikhlas, kena reda dan kena diam. Jadi bila pula kaum lelaki nak berubah?
Saya cukup kagum dengan lelaki yang berkualiti. Bukan tiada, banyak lagi lelaki yang berkualiti. Tulisan ni khas untuk lelaki yang kualitinya semakin ditelan arus.
Wanita yang kau nikahi itu membantu mu dari segi ekonomi maka bahagiakanlah dia. Hargai la dia. Wanita yang sama juga menjaga makan minum mu, maka bantulah dia. Tak susah basuh pinggan sekali sekala. Tak susah membersihkan rumah sekali sekala.
Ingatlah, wanita dicipta untuk kau sayangi, untuk kau bimbing, bukan untuk kau “kerah”. Syurga isteri ditempatmu wahai suami, maka berlaku lah seperti orang yang ditempatnya ada syurga.
Wahai wanita yang kuat, yang taat, yang ikhlas, yang sabar, yang membantu dalam diam, yang dunianya berbakti kepada suami, semoga ini asbabnya syurga untukmu kelak. Allah tidak tidur.
Mungkin aku belum reda, mungkin aku belum ikhlas, tapi disetiap doaku semoga Allah memberi keikhlasan yang tiada taranya.
Ketika bujang, hidupku lebih dari cukup. Tidak pernah ada rasa susah dalam hati untuk membeli sesuatu yang aku inginkan. Aku memilih lelaki yang biasa-biasa. Aku tidak memandang harta, kerana aku punya harta sendiri.
Setelah kahwin, aku mulanya ikhlas membantu. Kerana dia suami yang secara keseluruhannya okay.
Tapi bila aku tahu sebenarnya dia mempunyai simpanan sebelum ini tapi dihabiskan begitu saja sebelum menikahiku membuatkan aku kesal. Jika memang dia tidak punya apa2 sebelum ini, aku reda, aku ikhlas.
Tiada perkataan kesal akan keluar dari mulutku. Tapi situasi sekarang, dia punya simpanan sebelum ini tapi dihabiskan begitu saja. Zero simpanan.
Padahal simpanannya sebelum ini tolak dengan hantaranku simpanannya akan cukup untuk kami makan satu tahun tanpa gaji. “Saya pun tak sedar kenapa boleh habis” katanya. Aduh, kenapa tidak fikir panjang wahai suami?
“Benda dah lepas, jangan kesal” katanya bersahaja. Iyaa, so sekarang aku yang kena bertungkus lumus sebab benda yang dah lepas itu? Aku kena membantu disebabkan sikap tidak bertanggungjawabmu sebelum ini?
Ayat yang paling menusuk “Aku tidak kisah ber habis duit dan susah untuk keluarga ku”.
Ketahuilah wahai suami, susah mu sekarang adalah susah ku. Tidak sepatutnya keluar ayat itu dari mulutmu sebab sepatutnya ayat itu untukku. Moga Allah kurniakan sifat reda dan ikhlas untuk ku.
Aku mahu tenang-tenang saja sekarang. Semoga penulisan ini mengurangkan kekesalan ku. “Support la saya” katanya.
Mahu je aku cakap “jadi awak tu kenapa tak support saya??” Tapi aku lebih memilih untuk diam. Aku bantu dari awal perkahwinan. Cukup membantu, lebih dari membantu.
Benda dah jadi, nak buat macam mana hadap saja lah. Disetiap doaku moga Allah ikhlaskan aku dan jadikan suami aku LEBIH BERKUALITI. Doakan ya para pembaca. Aminn ya rabbil alamin..
Semoga doa baik yang kalian doakan berganda-ganda balik kepada kalian. Amin allahuma amin.
– Madam Mithali (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit