Bila ada lelaki yang bersikap baik padamu anggap saja itu perkara biasa. Sebab memang naluri seorang lelaki bersikap baik pada perempuan.
Bila bukumu jatuh dan dia tolong ambilkan, itu normal. Tidak ada yang special. Jangan perasan. Bila bertemu di jalan dan dia mengucapkan salam, bukan bermakna dia tertarik tetapi dia sedang menjalankan kewajipannya sebagai seorang muslim.
Bila di antara kawan kawanmu hanya kamu yang disapa, jangan perasan. Itu biasa biasa sahaja bila dia menyebut namamu.
Hanya sapa, jadi? Tiada apa apa pun. Mungkin kebetulan cuma nama kamu yang dia ingat. Kebetulan. Jangan perasan.
Bila sampai satu tahap dia berjumpa dengan ibu bapa kamu sekalipun belum tentu dia mahu menjadikan kamu sebagai yang halal kerana mungkin kamu adalah pilihan kedua. Ketiga, keempat atau entah sudah yang keberapa. Dia mahu tengok tengok sahaja dahulu. Jangan perasan.
Kadang rasa kecewa itu datangnya daripada kita sendiri sebab kita selalu keliru dalam mentafsir sikap lelaki. Memang lumrah seorang perempuan mudah terbuai oleh perasaan.
Oleh itu, wahai lelaki, bila ada perempuan yang sedang bersedih, jangan kamu datang untuk menghiburkannya. Jangan biarkan dia perasan. Tak perlu tawarkan bantuan bila kau lihat dia boleh melakukan sesuatu kerja sendiri atau bila kawannya boleh membantu. Jangan biarkan dia perasan.
Jangan bergurau dengannya tentang soal hati, bergurau tentang perasaan dengan seorang perempuan bukanlah sesuatu yang lucu.
Jangan biarkan dia perasan.
Jaga kehormatan seorang wanita dengan tidak bersikap manis pada mereka kerana banyak perkara yang tidak disengajakan yang boleh menyebabkan mereka perasan.
dan wanita, jangan mudah jatuh hati atas kebaikan seseorang lelaki terhadapmu.
barangkali itu memang sikapnya berbuat baik pada semua.
Perkongsian buatmu Wanita.
Wa
– Wa
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit