Wajarkah Aku

Wajarkah – Aku

Assalammualaikum. I’m a 2016 SPM batch candidates. terpanggil untuk membuka cerita. bismillah sebagai pembuka bicara.

Result spm diumumkan bulan 3 (Mac) 2017
2016 – 17 tahun – menduduki SPM
2017 – 18 tahun – menganggur
2018 – 19 tahun – baru sambung belajar

[2017] long-short story saya isi UPU untuk sambung belajar di IPTA. berbekalkan keputusan spm yang memberangsangkan, *saya apply SPA8i juga atas dorang keluarga.

UPU first intake – dapat tapi saya tolak sebab tak minat – salah pilih kos. my bad. syukur family dalam marah-marah mereka hormati juga keputusan saya #sistabah sedih memang sedih. tapi itu lah hakikatnya, nasi sudah menjadi bubur. saya redha. penangan tengok blog X canang pasal kos dia haa padan la tanggung akibat orang lain masuk first intake (bulan 6 2017) saya tenang menanti second intake punya (bulan 1 2018) – It’s 14/4/2018 – fyi i’m 19 and currently in diploma in Negeri Sembilan IPTA – second intake – part 1 student.

[2017] – 18 years old. saya tidaklah benar-benar menganggur. I’ve start my business thru instagram in March (I’m a clothes dropshipper) – highest income pernah cecah RM490 sebulan – untung bersih. ya, maybe a few may said “alah RM490 je” here, guys. I started from zero. RM490 hanya dari rumah jujurnya pencapaian yang membanggakan. I thanked to Allah kerana telah menggerakkan hati saya, membuka jalan rezeki seluasnya. sehubungan itu, I’m glad with those yang berniat untuk jana pendapatan sampingan. a very warm welcome to you for joining my clothes (hoodie, shirt, joggerpant) channel. don’t worry – Free Dropship. ? trusted. worth 100+ customers feedback on my instagram.

I’ve mention before – “saya apply SPA8i juga.” alhamduliah rezeki saya. saya mendapat 3 panggilan temuduga pada tahun 2017.

1) PANGGILAN TEMU DUGA LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA SESI JANUARI 2017 (CALON SEMENANJUNG) – LATIHAN JURURAWAT

2) PANGGILAN TEMU DUGA PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19

3) PANGGILAN TEMU DUGA PEMBANTU PENDAFTARAN GRED KP19

Panggilan Temuduga 1
lulus dalam peperiksaan online – lulus dalam peperiksaan psikometrik – terima panggilan temuduga di Putrajaya – ditemuduga – dukacita tidak berjaya. surely I’ve done my best. tipu lah kalau tak kecewa. well siapa yang taknak kerja kerajaan kan. hendaknya belum ada rezeki di disini lagi. I believe Allah know’s what is the best for me. apa pun, terima kasih mak. walau masih dalam tempoh iddah mak ada untuk menemani saya pada hari kejadian. terima kasih kakak, sanggup ambil cuti untuk bawa aku ke sana. love you.

Panggilan Temuduga 2 – tak pergi
Panggilan Temuduga 3 – tak pergi

*tak pergi atas sebab takda transport.

Those yang cakap saya tak berdikari sebab tak pergi sendiri – you better shut. It wasn’t a right time untuk belajar naik pengangkutan awam seorang diri dari Klang – KL untuk pertama kali. ayah baru-baru sahaja meninggal. mak risau jika sesuatu yang buruk berlaku pada saya. she won’t allow me. but after all, saya tidak menyesal. saya yakin dengan qada’ dan qadar-Nya.

[2018] I’m typing this now in my collage. hampir 5 bulan di IPTA ini. kampus baru. situasi baru. ilmu baru. persekitaran baru. kawan baru. sahabat baru.

sebut pasal sahabat, I’ve shared my pengalaman ditemuduga pihak SPA buat kali pertama with her and said ” “kalau aku dapat SPA latihan nurse haritu (2017) aku prefer pilih tu lagi dari sambung belajar” she looks excited. at the end I ask my best friend about online SPA – dah isi ke belum since her mother is a secondary school’s teacher takkan mak dia tak suruh dia isi kan. she is in confius dia tanya balik “weh apa benda tu” dia tak tahu rupanya. timbul pula kehairanan saya “takkan mak dia taknak anak dia kerja kerajaan” in the end, saya suruh dia tanya mak dia dulu.

tahun ini, 2018 saya dapat suatu email berbunyi PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA (SEMENANJUNG) – alhamdulillah! I told my best friend about this too. “kalau rezeki aku dapat kali ni, aku prefer berhenti dan jadi nurse” saya pernah jaga arwah ayah sakit di hospital. tidur sana pun pernah. sedikit sebanyak timbul minat untuk jadi jururawat memandangkan kecerundungan diri pun ke arah berkomunikasi dan berbakti pada masyarakat.

Pada hemat saya – rezeki itu tidak datang bergolek. kita harus bijak menyusun percaturan. jika saya ditawarkan berkhidmat dalam sektor kerajaan – saya akan berhenti belajar dan takkan lepaskan peluang ini. arwah ayah merupakan seorang anggota beruniform. dari saat beliau hidup sehingga beliau telah meninggal dunia, banyak yang kami kecapi dari kerana beliau merupakan penjawat awam. ada benarnya jika makcik-makcik bawang canang kerja kerajaan lebih terjamin. pendapat masing-masing. maaf sedalamnya dari saya jika ada yang tak setuju.

I remember the day my best friend told me about her mother. mak dia suruh habiskan diploma dulu kemudian baru isi SPA. kalau ada apa-apa jadi nanti at least dia ada sijil diploma. saya tersentak. ada betulnya juga. suddenly I start thinking – wajarkah aku menamatkan pengajian dahulu dan tolak tawaran yang mendatang? atau apakah patut untuk aku berhenti belajar, jika ditawarkan bekerja di sektor kerajaan? apa pendapat kalian – aku perlukan bantuan.

love and peace from me. semoga dipermudahkan urusan kita di dunia dan di akhirat. salam sayang. mohon share pendapat. Assalammualaikum.

– Nur Harapan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *