Assalammualaikum wbt. Terima kasih admin approve confession ni. Hai nama aku Bunga (bukan nama sebenar), berumur pertengahan 20-an, belum berkahwin dan baru je tamat belajar.
Terlebih dahulu aku nak highlight kan, confession ini bukan berniat untuk mengaibkan sesiapa lebih-lebih lagi orang yang aku cerita kan ni adalah ahli keluarga aku sendiri.
Straight to the point, aku nak minta pendapat kalian akan kewajaran untuk aku jadi ibu susuan kepada anak buah aku sendiri. Untuk pengetahuan, anak buah aku ni berstatus anak luar nikah.
Ibu dan ayahnya telah bercerai ketika dia berumur 6 bulan. Mereka berkahwin pada usia yg sangat muda pun sebab nak tutup malu, adik aku dah pregnant sebab terlanjur dgn bekas suaminya.
Malu tu tak usah cerita la sebab keluarga kami agak terkenal di kawasan perumahan.
Setahun kemudian, beberapa hari lepas ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama, adik aku diceraikan selepas beberapa bulan bergaduh dan tak duduk sebumbung. Bergaduh sebab apa tu tak perlu la aku cerita. Sekarang anak buah aku tu dah berusia setahun.
Aku akui, adik aku memang agak liar sejak dari zaman sekolah lagi. Banyak sangat benda liar dia dah buat sampai mama dan papa kami malu nak hadap muka jiran-jiran. Bukan tak nasihat, dah pelbagai cara dari selembut-lembut cara sampai ke cara yang kasar.
Kami pernah bawa jumpa pergi pakar psikologi, tapi kejap je dia berubah lepas tu buat balik perangai lama. Kami dah jumpa ustaz untuk buatkan air dan doa, tetap sama.
Macam macam cara dah buat tapi belum ditakdirkan lagi untuk dia berubah. Walhal sekarang dah ada anak pun perangai kuat melawan dan membentak dia tu makin menjadi-jadi.
Masa dia start bergaduh dengan ex husband dia pun dia dah ada boyfriend baru, aku terpandang dia tengah buka apps omi dan tengah search for friend. Aku tanya nak buat apa pakai apps tu, selamba dia kata nak cari papa baru untuk ni (anak dia) sambil ketawa macam orang miang.
Lepas bercerai dia dah start keluar dating dgn pakwe baru, siap bawak anak. Orang cantik la kata kan, mesti la ramai terpikat. Tu la bezanya dia dan aku. Dia ada rupa paras yang cantik, manakala aku ni biasa-biasa saja.
Allah itu Maha Berkuasa, lepas je berapa bulan dari tempoh dia bercerai, DIA beri petunjuk. Kebetulan kawan kepada adik aku juga berkawan dengan aku.
Masa tu kami terserempak di sebuah pasaraya, kami borak-borak kosong. Tiba-tiba dia tanya aku “Kak Bunga, Daun (adik aku) pregnant lagi ye kak, kelmarin saya nampak status WhatsApp dia tunjuk pregnancy test, pregnant second katanya, tahniah la ucap kat dia”.
Aku terkejut, berderau darah aku serta merta. Adik aku hide status Whatsapp dari aku! Tapi aku cepat-cepat cover “oh yaka, taktau pulak dia tak bagitau akak lagi la tu”. Untuk pengetahuan, kawan-kawan dia taktau pun yang dia dah cerai, cuma keluarga je yang tahu.
Macam mana adik aku boleh pregnant lagi sedangkan dia dah bercerai. Aku rasa nak menjerit sekuat hati. Aku tak dapat tahan airmata. Aku kesian kat mama dan papa. Sampai hati kau dik malukan kami untuk kali kedua!
Sampai ke rumah aku buat biasa je. Aku rasa meluat tengok muka dia. Patutlah aku dah lama tak nampak kau period, bila mandi je asik muntah. Anak mintak susu badan pun merungut payudara kau sakit.
Kenapa kau buat macam ni dik, kenapa! Lepas kau dah malukan kami dulu, kami masih terima kau, dan kau ulang lagi silap yang sama!
Perkara ni aku cerita kat mama sebab apa-apa hal tentang adik mmg kami saling bincang untuk cari jalan penyelesaian. Mama menangis semahunya, mama dah agak. Cuma mama tak bagitau aku je tentang perubahan yang dia nampak pada adik.
Mama tanya adik, adik tak mengaku, dia kata dia post gambar lama sebab saja-saja sebab nak tunjuk kat kawan. Mama mengamuk macam kena rasuk hantu. Kalau saja-saja kenapa hide status daripada kami!!!
Lepas dari kejadian tu, aku selalu tenung anak buah aku tu. Aku kesian sangat kat dia. Dia taktau apa-apa. Dia tak berdosa. Aku nak dia jadi manusia yang berguna dan berjaya bila dah dewasa nanti.
Sementara tunggu dapat kerja, memang aku dan mama yang babysit dia. Setiap hari aku layan dia, suap makan, mandikan, even pergi beli groceries sekejap pun aku bawak dia.
Aku anggap macam anak aku sendiri. Mak dia kerja dari pagi sampai ke tgh malam. Waktu pagi bangun lewat sebab penat keje semalam. Bangun tidur pergi keje mcm biasa.
Tak sempat urus makan pakai anak dulu. Takpelah, kami uruskan anak dia. Kami tak pernah kisah pun pasal tu.
Aku rasa dia jumpa mak dia masa dah tidur je. Cuti seminggu sekali, tu jela waktu dia spend time dengan mak dia. Tu pun kadang-kadang keluar tak bawak anak, balik lewat petang.
Sejak tu aku nekad nak jadi ibu susuan merangkap ibu angkat dia, tapi aku kena makan ubat untuk ada susu ke? Apa yang aku perlu buat?
Aku tahu dia memang dah darah daging aku, tapi nanti kalau dia dah besar, macamana aurat dia dengan suami aku, dengan anak-anak lelaki aku? Aku segan nak bagitau mama dan papa sebab aku anak dara lagi.
Wajarkah aku jadi ibu susuan dia atau pun tak perlu. Kalau aku jadi ibu angkat dia, berdosakah aku pisahkan dia dari mak kandung dia?
Aku sangat perlukan pendapat kalian untuk buat aku berfikir secara rasional sebab aku hanya ada tempoh lebih kurang 11 bulan sahaja sebelum dia berusia 2 tahun. Aku buntu.
– Bunga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit