Hai semua. Assalamualaikum. Terima kasih admin sebab sudi terima confession saya.
Sebelum tu saya perkenalkan diri saya dahulu. Nama saya Aina (bukan nama sebenar) umur 25 tahun, bujang. Luahan kalini melibatkan hati dan perasaan.
Rasa janggal sebenarnya nak luah especially bab-bab yang sebegini, tapi hati dah tak tertahan. Berdoa sudah, solat sunat sudah, mintak pendapat kawan2 sudah. Tapi hakikatnya saya masih keliru dan buntu.
Saya nak mintak pendapat ibu ayah saya. Tapi saya segan. Sebab kami jarang menyembang dari hati ke hati. Jarang dapat meluah benda yang melibatkan hati dan perasaan. Jadi tak mengapa kan saya mintak pendapat warga IIUM.
Okey begini, saya mengenali seorang lelaki dari zaman saya di Universiti lagi. Dia study Universiti di Kl sana, saya di universiti di Pahang.
Kiranya kami pasangan jarak jauh lah kan. Lama dah kami berkenalan. Dalam 2 tahun setengah. Kami kenal pun masa kenduri kahwin kakaknya. Saya dan kakaknya rakan sekerja masatu.
Kebetulan, masa kenduri kahwin dia ternampak saya menyantuni ibunya, dia terus berkenan dan ajak berkenalan.
Em, macam tak best kalau tak letak nama. Saya bagi nama Abu lah. Senang sikit. Abu ni okayy.. Hormat orang tua, suka bergurau, melawak, tak merokok, solat jaga, rupa? Dulu kacak, sekarang dah makin montel, tapi takpelah, saya terima fizikal dia seadanya.
Pendek kata dia memenuhi kriteria yang saya perlukan sebagai seorang suami walaupun ada juga kekurangan dia yang lain. Tapi setakat ni saya boleh terima sebab saya juga tidak lari dari kelemahan diri.
Family juga dah berjumpa dan kenal antara satu sama lain. Alhamdulillah, setakat ni penerimaan family dia pada saya juga baik terutamanya ayah dan ibunya.
Cuma, satu perkara yang sangat saya tidak berkenan dengan Abu. Sikap Abu yang ego. Abu dari awal saya kenal MashaAllah ego sangat orangnya. Kenapa?
Setiap kali kami gaduh, walaupun perkara kecil… Abu susah sangat nak maafkan saya. Jarang sangat kalau bergaduh tu, dapat berbaik segera. Pasti Abu akan ambik masa yang lama untuk berbaik.
Contohnya, kalau bergaduh, dalam masa lebih sehari, dua, atau tiga hari Abu akan ignore segala chat dan call saya.
Dia akan hilangkan diri. Pernah juga bergaduh hal besar, 2 minggu jugaklah dia hilangkan diri atau kata lain “ghosting”. Saya ada jugak baca-baca tentang ni dekat website, ada nama scientific “Silent Treatment”. Silent Treatment ni adalah salah satu bentuk mental abusive.
Dan yang pastinya memberi kesan kepada mangsa. Ye, saya akui mental saya, jiwa saya terkesan dengan semua ni. Saya sedih. Saya tak suka bergaduh, saya seboleh-bolehnya kalau boleh, biarlah gaduh tu kejap-kejap ja. Sebelum tidur berbaik. Tapi Abu tak. Abu cakap dia perlukan masa.
Kedua, bukti Abu ni sangat ego. Kalau nak tahu, dah setahun lebih Abu block no saya di “whatapps”. Okey cerita nya begini, suatu hari kami bergaduh. Abu nak putus dengan saya. Sebab masatu dia tertekan dan stress, tambah-tambah pulak masatu saya tak paham keadaan dia yang tengah stress.
Akhirnya kami putus, dan Abu block saya. Suatu hari tu dia unblock, dan ws saya. Saya tanyalah kenapa unblock, kalau dah block tu, block jelah sampai bila2. Abu terkesan kot dengan ayat saya tu, maka sampailah sekarang chat saya diblock walaupun dah setahun lebih berlalu.
Saya biarkan saja. Malas nak bergaduh dan pertikaikan. Cuma, saya perasan sampai sekarang dia pin no saya di whatapps. Kami cuma contact di telegram dan insta sahaja.
Abu ni memang jenis tak sweet. Jenis cakap direct. Berterus terang. Jadi tak hairanlah egonya jenis tinggi menggunung. Setahu saya, Abu dah pernah ada 7 ex sebelum saya dan hubungan kami paling lama. Dia susah nak berbaik kalau ada salah faham. Berbeza bila Abu yang buat silap.
Saya biasanya tak ambik masa yang lama utk maafkan dia. Jarang sangat merajok, sebab saya tahu Abu takkan cari. Abu akan biarkan saja saya dengan rajuk saya. Jadi malaslah nak merajok. Lagipun saya tak suka dipujuk lama2, saya rasa serba salah. Abu sangat berbeza dengan saya.
Kami dahla jarak jauh, nak palau-palau pulak, ish tak bolehla. Saya akan rasa stress sepanjang Abu abaikan saya. Dulu saya rasa jodoh tu perlu diusahakan, sekarang ni saya rasa saya lebih banyak berserah. Kalau ada, adalah, kalau tak ada mungkin ada yang lebih baik.
Kenapa saya masih bertahan dan berfikir dua tiga kali untuk bertahan dengan Abu walaupun sikap Abu yang terlampau ego. Sebab Abu jauh berbeza dengan ex saya. Dulu saya ada kenal seseorang sebelum Abu ni. Saya bagi nama Ali. Ali ni suka kongkong saya. Semua social media saya dia pegang.
Dengan siapa saya berkawan, dengan siapa saya keluar, semualah nak dikongkong. Saya boleh la dikatakan ada rupa, dan ramai jugak yang confess dari dulu. Masa zaman sekolah dulu barang asyik hilang dicuri budak lelaki. Baju yang saya bawa ke sekolah pun pernah hilang.
Sebab tu segala benda seboleh-bolehnya Ali nak kongkong. Tak boleh join kawan hiking, tak boleh join apa-apa program. Kalau ada lelaki chat saya, terus dibuangnya chat tu. Saya bukanlah perempuan jenis melayan. Lepastu, kalau boleh tiap minggu nak berjumpa.
Walaupun rumah kami jauh 2 jam macam tu, Ali sanggup datang drive sorang2 hantarkan makanan, masakkan untuk saya, hantarkan saya pulang ke rumah lepas balik kerja walaupun tempat kerja dia jauh dari rumah saya. Setiap malam wajib call dan update apa saya buat.
Tapi saya tak tahan dengan sikapnya yang kuat mengongkong. Bila dah setahun kami kenal, kami kerap gaduh sebab saya rimas dan tak ikut cakap Ali dan masatu Ali maki saya macam-macam. Sebut saja haiwan apa, perkataan apa.
Semua pernah, s**dal apa lagi, banyaklah. Ibunya dan family Ali pun tak pernah ambil tahu tentang saya walaupun saya datang ke rumahnya. Saya hanya bawa diri dan terpinga-pinga. Nama saya, asal mana pun ibunya tak pernah bertanya.
Berbeza dengan Abu dan penerimaan family Abu. Abu tak pernah kongkong saya, saya rasa bebas. Tak pernah cek hp saya, bukak social media saya, tak pernah paksa saya post gambar dia. Oh, Ali jugak pernah curang di belakang saya dengan kenalan saya juga.
Yang pasti, saya sangat fobia dengan hubungan saya yang lalu. Dengan Abu, setakat ni kami xpernah ada masalah mengenai orang ketiga, cuma sikapnya yang terlampau ego.
Soalan saya, wajarkah bertahan dengan orang yang ego. Adakah ego itu dikira “red flag”di dalam suatu hubungan? Ada juga kawan saya mengesyorkan kami untuk putus. Sebab rimas dengan orang perangai ego sebegini. Asyik hilangkan diri, palau, ego, susah nak maafkan orang.
Entahla, lepas kahwin, adakah Abu akan masih dengan egonya? Jangan-jangan kalau gaduh habis anak bini ditinggalkan. Masalahnya sekarang kerap pula kami bergaduh. Saya pun buntu. Bertahan atau sebaiknya melepaskan. Bila saya tanya dia nak putus ke tak? Dia taknak pulak.
Akak-akak dan abang-abang, kawan-kawan, makcik, pakcik janganlah kecam saya ya. Berilah pandangan dan nasihat sewajarnya. Saya sedia menerima teguran dan pendapat semua. Saya tahu perkara begini hal yang kecil kalau nak dibandingkan dengan orang lain.
Tambah-tambah hati saya jenis sensetif dan lembut. Walaupun perkara ini kecil bagi kalian, tetapi saya percaya pada hari ini, perkara kecil inilah jika dipandang enteng akan menjadi perkara besar juga suatu hari nanti.
Terima kasih semua sebab sudi baca luahan saya sampai lah habis. Sudi luangkan masa sedikit. Jangan kecam tau. Hehe bye.
Assalamualaikum.
– Aina yang dilema (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit