Hai, saya Anis berumur 16 tahun. Saya ada 3 orang adik beradik dan saya anak sulung. Ibu saya seorang pengurus kedai barang perak dan ayah saya kerjanya biasa saja.
Ibu saya sama saja macam ibu orang lain. Memasak, Lipat kain, basuh kain macam orang lain juga. Tapi, ibu saya seorang yang sangat sibuk.
Sangat sangat sibuk. Dan dia seorang yang tak suka berkunjung ke tempat yang ramai orang (rimas katanya). Benda begini tidak menjadi masalah bagi saya.
Saya pun faham dia sibuk dan tak pernah ajak dia pergi mana2 sebab saya akan pergi sendiri. Saya hanya minta duit dan boleh pergi sendiri ataupun beli online. Sebelum ini akibat kekangan pkp, kedai ibu saya juga terjejas. Takde orang lah.
Masa mula2 kedai dibenarkan beroperasi, dia rancang nak start online business melalui facebook. Dan macam yang saya cakap ibu saya sibuk jadi dia tak reti pun dengan facebook.
Dia minta tolong saya untuk ajarkan basic facebook (nak click dekat mana, nak upload gambar dekat mana). Dia pun selalu cakap “Along doakan mama ya biar banyak order online masuk.”
Dan hari2 saya doakan dia biar murah rezeki dengan apa yang dia usahakan. Dan iya, memang banyak sangat order online masuk. Orang walk in pun dah ramai. Saya happy sangat tak putus2 doa untuk ibu saya.
Saya tolong set-upkan phone2 pekerja ibu yang dia beli untuk jawab mesej customer, saya bagitahu dia tentang fb ads, dan saya jadi model untuk barang yang dia jual. Hahaha.
Duit saku yang saya ada, saya simpan sedikit demi sedikit sebab dia dah lama cakap nak telekung baru. Tak lama lepas tu dapatlah saya belikan.
Saya sebagai anak sulung, tak pernah berkongsi masalah saya di sekolah dan ibu saya tak pernah ada masa untuk mendengar dengan alasan dia penat bekerja dan bukan saya seorang yang ada masalah. Saya sangat tak suka matematik.
Boleh dikatakan saya memang tak suka nombor. Haritu exam online, saya drop sangat result Addmath dan Matematik sampai saya menangis seorang diri. Bila bagitahu ibu saya, dia cuma cakap tahniah dan sambung bekerja.
Ibu saya jarang meluangkan masa dengan saya. Iyalah, saya kan sudah besar dan dianggap tidak perlu lagi untuk dipeluk. Sudah lama saya tidak merasa dipeluk oleh ibu saya. Kalau malam2 sebelum tidur, dia hanya bermain telefon dan bermain dengan adik2 saya.
Tipulah kalau saya taknak jadi macam orang lain, yang boleh keluar santai2 dengan ibu sendiri. Sedangkan saya tak pernah macam tu.
Ibu saya sangat pentingkan masa jadi kalau keluar pun beli barang yang nak dan dah itu saja tak ada maknanya nak jalan satu mall.
Saya banyak kali ajak dia keluar tapi dia cakap dia tak sempat. Sampai pakaian dalam pun saya beli di shopee sebab taknak susahkan dia.
Kalau adik2 nak pergi mana2, saya tangguhkan dulu apa yang saya nak ataupun saya akan pergi sendiri.
Tapi haritu, saya keluar dengannya lepas dia balik kerja itupun sebab adik saya yang bongsu nak pergi beli coklat. Saya macam biasa lah pergi sendiri saja ambil apa yang saya mahu.
Tapi masa nak bayar, saya cari dia rupanya dia dah siap bayar. Dalam hati saya terus rasa Ya Allah dia tak tunggu atau peduli langsung tentang aku. Dan aku terus meletakkan semula barang yang aku ambil.
Aku keluar dengan hati yang sakit. Aku cakap “Ibu tak tunggu pun. Busy sangat ke sampai tak boleh tunggu sebelum bayar?”
Tapi dia marah saya balik. dia cakap “Kau ni harapkan aku bagi duit, kau tinggal bayar saja itupun susah. Bukannya aku suruh kau kerja ataupun tak bagi kau beli!” Dia meninggikan suara pada saya.
Dan yang paling saya tersinggung, dia cakap dekat saya “Lain kali tak payah datang kedai aku duduk berlegar kat situ aku rimas!! Kau baik dengan aku sebab nak duit aku saja kan!!”
Ya Allah… hanya tuhan yang tahu perasaan saya ketika itu. Tak sangka dia anggap saya begitu.
Saya tak pernah terasa hati dengannya sebelum ni tapi biasalah ada saja gaduh gaduh kecil. Saya memang akan minta maaf sebelum tidur.
Tapi haritu dia cakap “Kau tak payah nak masuk bilik aku malam ni tersengih2 minta maaf. Baik dengan aku pun sebab nak duit saja!!”
Saya tahu saya takde hak nak terasa hati dengan ibu saya. Tapi dia kata begitu ibarat saya tak pernah tolong dia dan saya tak pernah cuba untuk faham dia.
Saya banyak pendam sendiri tapi disebabkan dia cakap saya cuma nakkan duitnya, saya memang terasa hati.
Saya tahu bisnesnya semakin maju, duitnya semakin banyak tapi tak sangka dia akan cakap saya macamtu seolah2 dia naik seorang diri tanpa ada yang membantu.
Dia tidak pernah menghargai saya, jauh sekali untuk tanya sama ada saya ok ataupun tidak.
Sekarang, saya dah 3 hari tak bercakap dengan dia. Semalam langsung saya tak makan. Saya memang terasa dia cakap macamtu mentang2 lah dia banyak duit dan berada dalam keadaan senang.
Saya tahu saya derhaka, tapi tidakkah ibu saya menderhaka kepada saya? Dan adakah saya sahaja yang perlu meminta maaf kerana memberontak?
– Anis (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit