Wajarkah Isteri Disuruh Berhenti Kerja Selepas Berkahwin?

Hai assalamualaikum kepada semua readers dan terima kasih kepada admin jika publishkan confession aku ni.

Aku sebagai pembaca setia IIUMC perasan dengan corak confession dekat page ni lebih kepada balas membalas confession masing2 sejak akhir-akhir ni, maksud aku bukan secara dingin atau apa2, tapi bagi aku secara sihat.

So sebab tu la aku decide nak bagi reaction jugak tentang salah satu topik yang tengah hangat sekarang iaitu pasal kerjaya isteri selepas berkahwin.

Awal-awal aku ingin mengaku yang aku belum berkahwin sebab aku masih student, dan di sini aku tidak ingin memberi apa-apa nasihat sama ada untuk mana-mana lelaki/ pompuan atau yang belum/ sudah berkahwin.

Confession ini hanyalah pendapat dan pandangan yang berasal dari kata hati dan minda dari diri seorang perempuan yang jahil dan hina ini sahaja.

Sebagai seorang student perempuan yang mempunyai cita-cita tinggi setinggi gunung Everest yang bakal menjadi salah seorang pekerja di sektor kesihatan, aku sebenarnya takut sangat-sangat nak kahwin.

Agak pelik kan? Tapi sebenarnya itu lah dia. Lebih-lebih lagi bila membaca confession-confession yang banyak melarang isteri-isteri mereka untuk berkerja selepas berkahwin malah hanya disuruh menjadi suri rumah semata-mata.

Jujur aku kata, untuk sampai ke tahap yang aku berada sekarang amatlah susah, banyak benda yang aku dah korbankan, masa, wang, tenaga, segalanya.. even perasan aku.

Cita-cita yang ingin aku kecapi ini aku anggap sebagai kejayaan tertinggi bagi aku. Sebab apa?? Sebab aku dah berhempas pulas selama bertahun-tahun untuk capai apa yang aku nak. Ya, korang boleh kata aku ni seorang yang ambitious.

Cuba bayangkan kalau tiba-tiba dapat lelaki yang tak nak kau bekerja lepas kau kahwin. Tak ke sia-sia semua usaha kau yang dulu-dulu?

Kenyataan aku ni aku pasti akan membuatkan sesetengah orang triggered dan sesetengah lagi bersetuju. Aku tak assume semua lelaki akan jadi macam tu (larang perempuan bekerja lepas kahwin) dan aku faham semua lelaki tak sama.

Dan bila aku akan berkahwin suatu hari nanti, aku akan pastikan bakal suami aku terima kerjaya aku. Jika tidak, tiada alasan untuk aku terima dia.

Aku boleh je cari lelaki lain yang boleh terima aku, keluarga aku dan kerjaya aku. Dan ya, aku pasti akan kahwin lambat dan aku tak kisah pun tentang tu.

Malah aku pernah cakap kat mak aku yang aku tak nak kahwin, tapi balasan dia, aku pulak kena ceramah sebab mak cakap, siapa nak jaga aku nanti bila dah tua? Laki takde, anak takde.

Pastu bapak aku cakap yang boleh jatuh hukum berdosa kalau tetapkan niat tak nak kahwin. So aku pun ye tak ye je pasal kahwin malah serahkan je bulat-bulat dengan Tuhan.

Lagipun untuk masa sekarang ni aku memang takde pakwe atau mana-mana lelaki yang aku minat, malah aku langsung tak de crush sejak di tingkatan 3.

Entah, perasaan minat nak bersayang-sayang dengan lelaki ni dah lama hilang. Malah aku membenci dan rasa annoying dengan benda-benda yang melibatkan romantik. Yup! Aku benci genre romance sebab bagi aku tu semua buang masa, huhu.

Jangan kecam aku please, aku okay je kalau kawan aku suka tengok citer romance, drama korea etc.. tapi please jangan libatkan aku. Aku geli. Eh, dah melencong mana dah aku ni.

Ya, sekali lagi.. aku takut nak kahwin. Antara sebabnya adalah aku mungkin tak dapat nak jalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Maksud aku, tanggungjawab jenis jaga anak 24/7, masak di rumah every breakfast, lunch, and dinner, bekalkan makanan untuk anak-anak sebelum ke sekolah, berada di rumah lama-lama pada waktu hari bekerja, dan sebagainya.

Mak aku yang kerja sebagai cikgu tu pun tak boleh nak buat 100% macam apa yang aku mentioned kat atas, apatah lagi aku yang insyaaAllah bakal bekerja di sektor perkhidmatan kesihatan.

Nasib je bapak aku bukan jenis lelaki typical melayu yang selalu tertulis di confession2 iiumc iaitu lelaki yang nak dilayan macam raja. Mungkin sebab bapak aku bukan melayu betul, tapi kimia. Hehehe sorry abah XD.

Dan ya, jenis lelaki yang anggap dirinya raja pun buat aku takut nak kahwin. Bila aku baca confession2 dekat iiumc ni, baru aku tau, ada rupanya jenis lelaki yang serupa gitu hurmm.

Bila aku tanya mak aku, dia kata memang pun sedangkan ada banyak kawan dia seolah-olah jadi hamba kepada suami sendiri malah anak2 lelaki diorang diajar dengan perkara yang sama.

Bukan nak terlebih bangga yang bapak aku baik, tapi sebab aku masih mentah dalam soal perkahwinan, masih belum merasa dunia sebenar, masih di zone hijau.

Bapak aku tak pernah suruh-suruh mak aku buatkan air ke ape (bapak aku buat air lagi sedap), sediakan semua pakaian dia termasuk stokin, necktie dan suar dalam, demand nak masak itu ini every breakfast lunch and dinner dan sebagainya.

Bila aku dapat tahu yang wujudnya suami jenis ‘raja’ ni, aku terkejut dan start risau macam-macam sebab dalam keluarga aku even pakcik-pakcik aku tak de yang jenis macam tu.

Berbalik kepada yang mungkin akan cakap pasal buruk sangka dengan suami yang akan ceraikan isteri dan buat isteri hilang tempat bergantung malah akan hidup susah jika tidak bekerja..

Aku sokong kenyataan ni tapi tidak 100% sebab aku masih percaya yang kepercayaan dalam rumah tangga itu penting. Tapi bayangkan kalau nauzubillahi min zalik sorang suami tu meninggal dunia dan isterinya pulak tidak bekerja?

Ya, wasiat, harta peninggalan tu memang akan beri kepada isteri, tapi berapa banyak? Cukup ke nak tanggung seorang ibu tunggal yang ada anak banyak?

Simpanan pun tak banyak.. harta peninggalan tak semua bagi kat isteri dan anak, tapi kena jugak bagi dekat mak ayah, adik beradik, waris lain, melainkan kalau dia dah ada anak lelaki.

Sebab tu aku berpendapat bahawa, untuk hidup di zaman moden ni di mana taraf hidup semakin meningkat, memberikan kebenaran untuk isteri bekerja adalah wajar. Ya, memang jaga anak dan yada yada tu tanggungjawab isteri, tapi bukan 100% sebab selebihnya suami.

Rasulullah pun tak larang isteri-isterinya bekerja, malah Siti Khadijah tu bukan main hebat jadi antara saudagar yang kaya raya. Aisyah pun sama hebat, jadi pusat rujukan para sahabat dari segi ilmu agama dan lain-lain.

Jadi soalnya di sini, salah kah untuk wanita yang dah berkahwin untk bekerjaya dan berkarier hebat-hebat?!

Ada komen yang saya pernah baca mengatakan lelaki ni jeles sebab kedudukan/ pangkat/ pendidikan isteri lebih tinggi dari mereka.

Bagi aku ni tak jadi masalah kalau para suami start tingkatkan taraf pendidikan mereka menjadi lebih tinggi seperti master n phd yang penting ada duit.

Bapak aku pun start ada degree masa aku dah masuk sekolah menengah sedangkan mak aku belum kahwin dah ada… chill jer. Gaji mak aku lagi tinggi dari bapak aku.. chill je. Aku tak nak ulas pasal ekonomi dalam keluarga sebab aku tak de ilmu.

Semua ni bergantung pada rasional dan tolak ansur pasangan tu sendiri, kalau tak puas hati, luah dengan pasangan, bincang, kalau tak tahu nak solve the problem, boleh jumpa kaunseling etc.

Aku bukan nak cakap yang parents aku perfect sebab sedangkan lidah pun tergigit apa lagi suami isteri, ade je lompong-lompong dalam hubungan parents aku tapi aku tak ulas kat sini sebab bagi aku tak penting untuk tajuk ni.

“Alaa, sekarang kau memang pandai cakap la sebab belum kahwin, kau tengok nanti kalau dah kahwin, merana jugak”..

Ye, aku memang masih mentah dan tak tahu apa-apa pasal perkahwinan dan aku pun menunggu-nunggu surprise yang bakal aku hadap bila dah kahwin nanti. Tak sabar nya huhu.. takott T^T.

Tapi kan, kenapa kita macam dimomokkan yang perkahwinan ni adalah punca kepada ke’merana’an seseorang? Bukankah tujuan perkahwinan itu adalah untuk menjadi sumber kebahagiaan dan saling lengkap melengkapi? *Angkat bahu

Aku punya risau pasal kahwin ni sampai tahap aku boleh terpikir yang kahwin ni boleh menamatkan segala ke’freedom’an aku sebab aku pernah bercita2 nak travel dengan parents aku bila dah dapat gaji baik nanti, hehe.

Takut laki aku tak bagi la, apa la, huhu. Padahal macam yang aku cakap tadi, semuanya bergantung dengan rasional dan tolak ansur pasangan, tapi aku yang hurmm.

Tengok, aku dimomokkan lagi dengan ke’merana’an hidup selepas berkahwin. Ahh, pikir pasal kahwin ni boleh buat aku pening la! Terutama bila nampak kazen doctor aku yang pompuan tak kahwin-kahwin sedangkan umur dah 30an.

Tapi ada je saudara pompuan aku yang kerja doctor dan laki dia kerja office hour tapi masih bahagia, anak-anak terjaga agama adab dan ilmunya, takde bibik etc. Yep, masih bergantung dengan rasional dan tolak ansur pasangan tu sendiri.

Entah la, lelaki idaman aku bukan lah jenis yang hensem bagai nak rak, bukan yang boleh bagi hantaran 20k+++ sebab kalau nak citer pasal duit, aku pun ada (alhamdulillah), yang penting dia ada pekerjaan tetap.

Bagi aku yang langsung tak de minat dengan lelaki buat masa sekarang ni (jangan salah faham, aku bukan lesbian) ialah aku cuma nak lelaki yang faham dan terima, kerjaya aku, impian aku, masa depan aku.

Aku bukan macam perempuan tipikal yang nak pelamin havoc, barang kemas sampai siku, facial product harga ratus-ratus, baju kahwin manik-manik crowded, baju tudung branded, rumah banglo mewah, kereta besar gedabak.

(Aku tak boleh nak faham jenis kehendak perempuan tipikal, ye banyak orang sekeliling aku kata aku pelik). Aku Cuma perempuan biasa, datang dari keluarga biasa yang impikan lelaki biasa dan hidup dalam keadaan biasa-biasa.

Itu je dari aku, nanti kalau aku ad idea lain pasal tajuk ni, aku akan buat part two. Dan kalau ada kenyataan aku yang korang anggap salah, komen je kat bawah.. ni kan confession, kita nak tukar-tukar pandangan, barulah jadi open minded.

Sebelum habis, nak cakap terima kasih kepada yang baca sampai habis. Dan doakan jugak aku dapat capai cita-cita yang aku impikan. Bye, assalamualaikum :)

– Perempuan biasa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *