Waktu Sukarku

Aku top fan page ni (saja mention). Follow dari zaman bujang sampai sekarang.

Aku suka baca luahan orang, kisah rumahtangga orang dan cerita orang lain dekat sini tapi kali ni aku nak berkongsi cerita aku pula.

Sedikit sebanyak tentang diri aku. 5 tahun lagi akan masuk 30an, surirumah, anak sorang yang tak lama lagi berumur setahun dan suami selalu outstation.

Kiranya 2-3 hari ada dekat rumah, 3-4 hari keluar. Macam tu la tiap2 minggu. Jadi aku banyak menguruskan anak seorang diri.

Aku suka jadi surirumah. Walaupun hidup sederhana tapi aku suka menguruskan rumah dengan cara tersendiri.

Anak pun membesar depan mata aku. Setiap hari ada waktu senang dan sukar yang aku tempuhi tapi aku nak berkongsi tentang waktu sukar tu.

Baru tadi aku pukul peha anak aku yang kecil lagi tu. Kesian dia menangis takde suara sebab kuat aku pukul.

Puncanya aku tak boleh sabar bila dia makan mulut comot lepastu dia nak panjat sofa.Habis la sofa tu kotor terkena mulut dia yang penuh nasi tu.

Aku dah la tengah geram dengan lantai baru mop dah kotor balik dia buat tumpah nasi. Letak dalam kerusi baby tu taknak. Aku suap je la dia kat mana dia pergi.

Penat tau kena ikut je dia. Dia baby lagi baru pandai berjalan mana nak duduk diam. Tengah dia kunyah tu dia pergi gigit mainan, jilat meja, kutip macam2 masuk mulut. Naik geram la aku!

Itu baru masa makan. Bayangkan 4 kali makan sehari macam mana penat dia. Masa dia merengek nak dukung pun jadi waktu sukar aku.

Aku lapar aku kena masak sendiri. Masa masak dia melekat jela dekat kaki ni. Kalau tak melekat dia pergi sepahkan dapur.

Aduhai anakku… nak makan pun aku kena makan cepat2. Ataupun aku buka tv bagi dia tengok kartun.

Selalu aku buat macam tu kalau nak mandi ke nak pergi tandas ke. Tu je pilihan aku ada walaupun aku risau bagi anak aku tengok tv lama2.

Waktu sukar aku lagi terjadi bila nak tidurkan dia.

Dulu tidur dalam buai tapi lepas jatuh buai aku ajar tidur atas tilam. Tu pun mengempeng sampai dia tertidur. Aku tak pandai sleep train dia jadi macam tu je la cara tidurkan dia.

Dia tidur aku pun kena ada dekat sebelah sampai dia bangun. Kalau aku bangun dia pun terjaga. Memang tak boleh buat kerja kalau dia tidur pun.

Jadi masa dia tidur tu banyak la masa aku main handphone kadang aku tidur sekali.

Setiap kali aku mengalami waktu sukar tu, aku menangis sorang2. Aku menyesal sangat pukul anak aku. Dia baby lagi bukan tahu apa tapi aku dah pukul dia.

Aku salahkan bapak dia yang selalu keluar padahal bapak dia bekerja untuk sara keluarga.

Aku selalu cakap aku penat letih stress nak menjerit sebab kena jaga anak sorang2. Aku down sebab jadi mak yang teruk.

Kalau mengadu dekat suami pun dia tak boleh buat apa2. Kadang dia marah aku balik sebab pukul anak.

Jadi lepas waktu sukar tu aku yang pujuk diri sendiri. Aku tatap wajah anak aku yang suci bersih tu. Aku cium dia yang masham2 tu.

Dia suka aku cium dia padahal mama ni yang pukul peha awak sampai merah2 tadi.

Aku teringat balik apa yang aku dah buat. Anak aku sihat sempurna tapi anak orang lain selalu keluar masuk wad.

Aku ada suami yang penyayang. Kalau dia ada dia selalu buat kerja rumah dan uruskan anak.

Aku tak kerja tapi ada je rezeki aku beli apa yang aku nak cuma terkadang aku stress melayan anak kecil semasa suami tiada di rumah.

Bila fikir balik aku stress sebab benda remeh je hehe..

Terima kasih baca luahan aku sampai habis dan doakan aku supaya kuat menempuhi waktu-waktu sukar ku….

– Mama yang berjuang (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *