Waktu Tahajjud

Assalamualaikum. Saya harap idea saya diterima dan cuba dipraktikkan.

Biasa orang bercakap pasal kelebihan solat sunat tahajud dan bangun tengah malam untuk solat. Kali ni nak share sikit cara aku buat solat tahajud. Aku bukan lah jenis orang yang bangun awal pagi sangat, solat subuh pon terlewat jugak kadang kadang. Aku akan cuba baiki hari demi hari.

Dulu aku faham yang solat tahajud nie , solat tengah malam. Means, kalau nak buat solat tahajud mesti tengah malam, pukul 3 pagi dan ke atas. Rupanya aku dah salah konsep, itu waktu yang afdhal je.Tapi geram jugak dengan penceramah sebab bila sebut solat tahajud je, mesti 3 pagi. Sampai mindset aku dah say no to bangun tengah malam. Sebab aku memang payah nak bangun.

So, Solat tahajud nie special, lain sikit sebab ada tempoh dan syarat.

Tempoh solat tahajud: start dari selepas azan waktu isyak sampai sebelum azan waktu subuh.

Syarat pulak: mestilah dilakukan setelah bangun tidur atau TERTIDUR selepas waktu isyak walaupun hanya SEKEJAP.

Nak share sikit idea macam mana aku yang liat nak bangun tengah malam tapi masih boleh buat solat tahajud.

1. [Buat solat tahajud sebelum tidur malam]
Aku akan tidur kejap sebelum aku solat isyak. Tapi mostly aku tertidur waktu belajar dan waktu mengaji. Still valid tidur tu even sekejap. So, sebelum tidur yang betul betul tidur atas katil, aku akan buat solat tahajud sebab dah cukup syarat dah.

2. [Buat solat tahajud selepas tidur malam]
Aku kene bangun awal sikit lebih kurang 5-10minit sebelum azan subuh supaya boleh buat solat tahajud. Still sempat untuk buat solat tahajud sebab 2 rakaat paling minimum nak buat.

3. [Buat solat tahajud pada tengah malam]
Yang ni susah sikit untuk aku buat. Set alarm pukul 3 pagi dah buat solat tahajud. Yup, ni waktu paling afdhal untuk solat. Tapi nak bangun pagi tu memang struggle yang amat sangat. Sapa boleh buat yang nie. Tahniah!

Untuk yang ada masalah macam aku, susah bangun pagi. Aku harap ni sebagai alternative untuk kita laksanakan solat tahajud sebab memang kelebihan dia banyak. So, aku harap dengan sharing aku ni, dapat lah sedikit pencerahan pasal solat tahajud sebab sebelum ni aku fikir asal solat tahajud je kene pukul 3 pagi. Rupanya tak. Islam ni kan mudah. Boleh dah start pasang niat aku nak solat tahajud lepas ni. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua. Selamat beramal.

– nur

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit