Walaubagaimanapun, Dia Masih Mak Aku

Aku Syafiq, cerita ni terjadi masa aku berumur 14 tahun.

Selepas 2 tahun ayah aku meninggalkan kami sekeluarga, mak aku dah berubah. Aku selalu dengar dia call seseorang ni dan ada lah gelak tawa yang sangat mesra.

Mula mula aku ingatkan itu kawan dia je, jadi aku biarkan dan buat tak endah lah, yela bukan hal kita kenapa nak sebok.

Tapi ada sampai satu masa tu, entah kenapa aku terbuka hati nak tengok handphone mak. Jadi, masa mak mandi, aku akan senyap senyap bukak handphone dia.

Betapa luluhnya hati aku bila tengok ada perkataan “sayang” dalam satu chat lelaki yang bernama Nazir (bukan nama sebenar). Semakin banyak aku baca, semakin sakit hati aku.

Benda yang lagi membuatkan aku sedih, bila aku terjumpa gambar-gambar yang tak elok tu. Aku takut, aku keliru dan bahkan aku tak percaya apa yang aku baca.

Jantung aku berdegup dengan laju, adakah sebab aku takut mak aku keluar dari bilik air? 

Lepas aku dah tengok semua tu, aku tutup phone tu dan aku lari ke bilik. Aku menangis terkenang ayah aku, lama-kelamaan aku pun tertidur.

Selang beberapa hari. Dulu nenek memang duduk serumah dengan kami, nenek ni seorang yang kuat imannya dan memang aku tak pernah nampak dia tak solat.

Aku nak bagitau pasal hari tu, teragak-agak nak cerita dekat dia tapi akhirnya aku cerita jugak. Nenek aku hanya mendiamkan diri.

Aku juga diberitahu oleh nenek yang dulu dia ada hadiahkan rantai emas dekat mak, tapi mak gadaikan dekat abang dia iaitu pakcik aku,

Tapi sekarang pakcik aku dah meninggal dan mak aku tak tahu yang makcik aku bagitau nenek yang rantai emas yang dihadiahkan kepada mak tu dah kena gadai.

Mak ada hadiahkan nenek seutas rantai emas, nenek cakap agaknya mak nak gantilah rantai yang telah digadaikan tu, nenek sedih dan air mata membasahi pipinya.

Ada satu hari tu mak aku keluar lepas maghrib, aku memang tidur lambat, jadi aku, kakak dan adik tunggu kepulangan mak kami. 

Kakak aku tanya aku beberapa kali, “adik, adik rasa mak pergi mana?”

Aku terus terang and cakap maybe mak keluar dengan boyfriend dia. Muka kakak terlihat risau.

Beberapa minit selepas tu baru kakak bagitau aku yang mak dah maklumkan kepada kakak yang dia keluar dengan seorang lelaki ni. Kakak hantar banyak mesej kat mak.

Mak balas, tapi cara balasan tu macam bukan mak. Dari situ aku dah tau yang lelaki tu yang hantar mesej.

Aku ada kat sebelah kakak tengok mesej tu. 

Mak hantar gambar dia dengan “lelaki” tu dekat McDonald, dan soalan pertama dari mak ialah “papa baru ok tak?” 

Kakak aku terus tukar topik dan tanya “mak dah On The Way ke” mak kata On The Way tapi dah 3 jam tak sampai sampai pun.

Dalam pukul 2 nak dekat pukul 3 pagi tu barulah keretanya sampai di depan rumah.

Nenek aku just diam tapi aku ada rasa sedikit marah. Bukan kepada mak, tapi kepada benda yang dia buat.

Adik dah tidur sebab tunggu lama sangat.

Beberapa minggu selepas tu, nenek decide nak pindah dan nak menetap di kampung sebab dah tak ada kena mengena dengan mak, nenek hanya mertua kepada mak sahaja.

Tapi aku rasa nenek dah penat layan kami, sebab semua kat rumah tu nenek yang buat termasuklah lipat baju kami, masak, sidai kain dan selebihnya.

Aku rasa sedih, bukan sebab dah tak ada sesiapa nak tolong buat kerja rumah lagi tapi aku hilang tempat luahan aku.

Nenek cakap kalau nenek dah pergi, nenek nak berada dekat rumah nenek di kampung dan tak nak menyusahkan mak. Mak ada bagitau aku yang dia baru nak selesa tinggal dengan anak.

Tapi aku rase penerangan mak tu sangatlah salah. Aku rasa tanpa nenek hidup lagi tidak lagi terurus.

Memang betul, hidup memang dah tak terurus macam dulu, dengan rumahnya bersepah, bilik air jangan cakap lah, kalau aku cuci, tak sampai 3 hari pun, ada banyak baju basah mak dalam bilik air sampaikan ada haiwan tinggal kat situ.

Aku banyak kali pesan kat mak tapi aku tengok tak ada perubahan pun.

Hal mahkamah pun ada je benda tak selesai lagi tapi mak diam je, nenek yang usahakan semua tu. Mak diam lepas dah dapat harta ayah aku.

Road tax kereta tu sebenarnya tak hidup lagi pun. Mak aku siap bagi sebuah kereta kat abang ipar dia lagi.

Aku bukan nak cakap buruk pasal mak, tapi itulah apa yang terjadi. Aku tertanya-tanya kenapa mak jadi macam ni, sedangkan papa sangatlah penyayang.

Jujur aku cakap, papa tak pernah sentuh kami, papa macam nenek, kuat imannya, papa marah pun so far dia akan jentik kaki kami.

Aku beruntung dapat ayah yang sebegitu baiknya. Tak pernah tali pinggang, tak pernah batang paip dan semua tulah.

Aku tak bersedia untuk menerima ayah baru dah tak kan pernah la.

Tapi duit belanja yang mak bagi cukup, dan hidup pun tak ada lah sengsara sangat. Aku bersyukur, walaupun mak macam tu perangainya tapi dia still mak aku.

Kisah dari,

– Syafiq (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *