Wali Enggan

Assalamualaikum. Aku Bunga Merah, wanita akhir 20-an dan sudah bernikah. Alhamdulillah. Terima kasih admin jika cerita aku ini disiarkan. Bukan bertujuan nak buka aib siapa-siapa pun. Sekadar berkongsi pengalaman aku, bagaimana aku menghadapi wali enggan. Wali enggan ni bermaksud wali yang enggan mewalikan kau untuk pernikahan. Cerita ini mungkin panjang.

Sebelum aku cerita pasal wali enggan ni, lebih baik aku terangkan keadaan family aku. Nanti senang korang nak faham. Aku anak tunggal. Arwah abah dah lama meninggal semasa aku sekolah menengah. Maka, tinggal aku dan mak aku. Perjalanan belajar dan kerja aku elok, biasa-biasa, sederhana. Masa dah kerja, sampailah masa untuk aku mendirikan masjid dengan pilihan hati. Alhamdulillah mendapat restu keluarga.

Aku mempunyai ‘emak tiri’. Hal ini bermakna arwah abah ada dua isteri. Mak aku bini 1 atau bini 2 aku tak pasti, korang tentukan lah. Mak aku nikah dengan arwah abah selepas abah bercerai dengan isteri pertama (dan bukan mak aku penyebabnya sebab mak aku tak ingin langsung nak bernikah). Kalau nak kupas ni, aku kena bukak cerita lain. Tak lama lepas mak aku nikah, arwah abah berbaik semula dengan isteri no 1 demi anak-anak.

Mak tiri aku masa tu dah ada beberapa orang anak, salah seorang adalah abang aku. Abang sebenar aku, wali aku. Dalam kes ini, abang aku lah wali utama. Walaupun aku ada bapa saudara belah arwah abah, namun aku tak boleh skip kedudukan wali ini. Melainkan abang aku dah tiada/kurang waras, baru lah bapa saudara aku tu boleh walikan aku. Kat sini lah bermula kes wali enggan aku.

Aku memang tidak berjumpa dengan family sana lepas abah meninggal. Pernah sekali abang aku cari aku lepas aku habis sekolah menengah. Aku hampir tak cam dia. Katanya ibu nya marah jika masih berhubung. Aku malas nak ulas hal ini. Lepas tu lost contact. Masa aku bertunang, aku cari dia balik. Aku bukan tak cari dia selama ni. Aku pernah ‘friend’ dengan dia masa mula-mula jumpa. Tapi dia tak pernah nak stay contact. Mungkin ibunya melarang.

Sebelum bertunang aku ada cari lagi. Aku nak jumpa. Aku rindu dia sebab dia selalu ada masa arwah abah ada. Kami main sama-sama, dia protect aku. Tapi tak dapat contact. Sampaikan aku terpaksa menjejaki rakan-rakan dia. Alhamdulillah aku dapat nombor telefon dia, aku terus hubungi dia. Aku terus terang dengan dia yang aku dah bertunang dan ingin dia jadi wali aku nanti.

Lepas tu, kami set masa. Apabila tiba hari dan masa, dia mesej aku tak dapat datang, ada hal sibuk. Kami set masa lain. Masih berlaku hal yang sama. Sampai kali ke 3 atau 4 macam tu. Masa ni tunang aku dah bengang. Sebab aku bertunang 2 bulan je. Mana nak selesaikan dokumen, majlis walimatul urus lagi.

Masa kali terakhir tu, aku terus ke pejabat agama berhampiran tempat tinggal dia. Aku ceritakan semua kepada seorang ustaz di pejabat agama tersebut. Ustaz itu cuba selesaikan masalah aku. Hinggakan dia minta aku dan tunang bernikah di pejabat agama. Masa tu tunang aku berkeras tidak mahu. Dia nak kami bernikah di masjid. Mungkin dia risau orang fikir lain kalau bernikah di pejabat agama. Macam buat salah je kan.

Last, ustaz bagi cadangan untuk wakil wali. Dalam kes ni, dia tak perlu hadir masa majlis akad nikah aku kalau dia taknak. Puas aku mesej dia, aku taip elok-elok bahasa ayat aku. Tapi dia masih tidak hadirkan diri. Ustaz pun dah pening. Masa ni aku dah mula bengang. Aku bersabar, aku cuba nak halalkan hubungan tapi dia macam bermain-main pula.

Masa ni aku balik kampung, aku apply wali hakim bagi wali enggan. Kena buka kes, bayar RM80 tak silap. Kemudian, mahkamah minta alamat abang aku tu untuk hantar surat. Dalam surat tu menyatakan bahawa jika dia tidak dapat hadir pada hari dan masa, akan jatuh waran tangkap terhadapnya. Surat sampai ke rumah ibunya kerana aku tak tahu alamat terkini dia di bandar.

Marah betul dia bila terima surat tu. Dia siap bodohkan aku kerana apply wali hakim. Aku nak buat macam mana? Ni je jalan terakhir aku setelah dia enggan ke pejabat agama untuk memudahkan urusan nikah aku. Masa ni dia ungkit semua pasal mak aku yang buat mak dia kecewa. Aku malas ulas pasal ni. Sebab ni adalah masalah antara orang tua. Dia suruh aku batalkan kes wali hakim dan berjanji akan pergi ke pejabat agama untuk wakilkan wali untuk aku.

Tapi, tak semudah itu untuk aku membatalkan wali hakim selagi tak selesai urusan dia wakil wali. Sehingga terbawa-bawa ke dalam mimpi aku pasal ni. Akhirnya, hari terakhir dalam minggu bekerja dia pergi angkat sumpah wakil wali depan ustaz tu. Petang tu jugak ustaz tu mesej aku semua dah selesai dan boleh ambil borang wakil wali. Sebab esoknya aku nak fly balik kampung untuk urusan wali hakim.

Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan nikah aku. Aku balik bukan nak kena hadap perbicaraan wali hakim, tapi membatalkan kes tersebut. Masa aku akad nikah kat masjid, abang aku tu tak datang walaupun aku jemput. Tak apalah, aku malas nak fikir apa-apa lagi. Majlis berjalan lancar.

Inilah bentuk ujian semasa aku bertunang. Dan aku masih belum jumpa abang aku sampai sekarang. Dia ada mesej minta maaf, and yeah aku maafkan cuma untuk melupakan tu, bukan benda mudah. Doakan aku guys. Semoga Allah permudahkan urusan aku dunia akhirat, insha Allah.

– Bunga Merah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *