Wali Ingkar

Saya F 22, anak yatim (tiada bapa) bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat. Saya juga tiada adik beradik lelaki.

Datuk di sebelah bapa juga telah meninggal. Merujuk kepada faraid wali saya jatuh kepada bapa saudara di sebelah bapa.

Mid May, keluarga di sebelah bapa ada membuat beberapa posting berbaur perlian terhadap keluarga saya.

Punca akibat kami tak attend majlis keluarga atas sebab munasabah.

Saya membalas posting tersebut akibat terlalu geram.

Saya membalas posting tersebut hanya untuk sepupu saya. Tapi malangnya ibu saudara saya turut terasa.

Saya telah memohon maaf kepada ibu saudara saya tetapi dia tidak memaafkan,

Dan dia juga telah mengharamkan saya untuk balik ke kampung lagi. Walaupun sekadar untuk menziarahi kubur ayah saya.

Ibu saudara saya juga mengeluarkan kata kata kesat terhadap keluarga saya.

Sedangkan sepupu saya yang membuat posting yang berbaur perlian itu dipuji dan dibackup habis habisan. Is it fair?

Saya buntu. Saya pening. Macam mana saya nak uruskan hal wali kerana saya telah diharamkan balik ke sana.

Saya nak gunakan alasan wali ingkar, tetapi sama juga saya tetap perlu balik ke sana.

Saya dan tunang merancang jika tidak boleh uruskan hal wali ingkar, kami akan bernikah di thailand pada hujung July ini.

– Bunga Cantik (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. berlakon la sikit ambik hati orang belah sana sebab kita yang perlukan mereka bukan mereka perlukan kita. tak kira la apa punca dtg jumpa bagi la duit ke makanan sikit belanja makan. nanti sejuk la dorang tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *