Assalamualaikum Wr. Wb. Salam sejahtera pada warga IIUMC. Aku ada terbaca tentang Tabung Pendidikan Anak dan aku faham sangat apa yang confessor sampaikan.
Aku pun peminjam student loan jugak cuma bukan PTPTN. 22,OOO aku kena bayar tapi Alhamdulillah tak ada service charge ke interest ke apa-apa. Apa aku pinjam, tu lah yang akan aku bayar.
Apa yang aku risaukan adalah masa depan anak-anak aku. Aku dan suami aku bukan di kalangan orang senang. Kami orang yang sederhana je. Jadi kami cuba menyimpan sebanyak mungkin wang untuk masa depan sendiri dan anak-anak. Alhamdulillah ada. Tapi tak banyak sebab hujung bulan mesti ada je nak topup tu ini. Dah topup tu ni pun, tabung anak-anak masih ada jugak amount yang tak berapa luak. Rezeki Allah.
Sikit sebanyak aku jadi risau dan bimbang kalau aku tak dapat nak simpan amount yang cukup untuk pembelajaran anak-anak aku nanti. Jadi.. aku pun start survey tentang emas. Ditakdirkan memang senior sekolah aku stokist emas dari syarikat Powergold. Aku memang saja kongsi nama syarikat ni in case korang berminat nak menabung emas macam aku.
Aku beli tak banyak. Dan berapa aku bayar, itulah emas yang aku dapat sebab nilai yang aku beli dari Powergold dan tempat lain memang sama. Tinggi rendah charge tempat tu je.
Satu bulan 1 gram. Aku belum bekerja sepenuh masa tapi berkat rezeki yang Allah bagi, aku dapat buat 3 jenis tabung.
Untuk masa tua aku.
Untuk anak sulung aku.
Untuk anak kedua aku.
Dan jumlah yang aku dah simpan melebihi waktu dari awal aku join group menabung emas ni. Aku banyak dapat ilmu tentang emas.
Kenapa emas?
Sebab emas nilainya makin lama makin tinggi. Wang kita simpan tak berganjak. Maksudnya kau simpan 1000, 1000 lah dalam tabung kau. Emas lain. Kau beli rm200 sekarang, 10 atau 15 tahun akan datang, nilainya melonjak naik.
Satu-satunya pelaburan yang aku yakin dan percaya. Bukan investment yang aku kena bayar 1000, tiba-tiba dapat 10,000 tanpa perlu usaha apa-apa dan tanpa sebab duit tu beranak pinak. Aku tau ada je pelaburan dari segi matawang yang elok dan tak menipu. Cuma aku ni memang agak lurus jadi makin aku tua ni aku lebih hati-hati.
Untuk ibu ayah muda macam aku ni, jangan cipta alasan. Dari ada duit balance dari gaji kau, kau buat belanja kehendak, aku nasihatkan kau beli emas. Tak mampu 1gram, Powergold ada 0.5gram. Percaya lah.. in sya Allah bermanfaat untuk semua. Aku just share kebaikan menabung emas. Kalau ada syarikat lain yang kau rasa boleh menabung emas, silakan. Asalkan benda tu baik dan elok. Kan?
Aku akhiri confession aku di sini. Moga apa pun kita lakukan untuk anak-anak adalah dari hasil yang halal, jalan yang halal dan penuh keberkatan serta mendapat keredhaan Allah. Aamiin.
– Penabung Emas
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit