Wanginya Kegagalan

Assalammua’laikum semua. Ini pertama kali aku menulis untuk confession. Terima kasih admin jika siarkan cerita aku. Ini kisah aku. Aku harap dijadikan teladan dan inspirasi untuk semua. Cerita ini agak panjang, harap korang sabar dan membaca dengan tenang.

Aku dilahirkan dalam keluarga yg sederhana, dan punya ramai adik beradik. Alhamdulillah, aku dikurniakan kebijaksanaan sejak kecik lagi. Waktu aku berumur 4 tahun, aku dah lancar membaca, mengira. Bagi aku, semuanya mudah. Aku bongkak dengan kepandaian aku. Bila masuk sekolah rendah, aku antara pelajar yang terkenal, disayangi guru dan rakan. Banyak terima hadiah dari peminat “misteri”. Hoho. Aku terlalu aktif di sekolah, semua persatuan aku lah pengerusi, aku aktif dalam olahraga dan banyak menang pertandingan. Sejak darjah dua lagi aku dilantik menjadi pengawas kerana sikapku yang bertanggungjawab.

Lama kelamaan, minatku terhadap pembelajaran menurun. Bagi aku, akademik itu sangat membosankan. Aku khayal dengan dunia aku sendiri. Ketika aku darjah 6, aku dilantik menjadi ketua pengawas kerana sikapku yang berkepimpinan. Semakin aku hanyut dengan populariti aku disekolah. Dan akhirnya aku kecundang untuk UPSR.

Aku tekad, ingin berubah disekolah menengah. Tapi Cuma hangat2 tahi ayam kerana selepas itu aku dilantik menjadi pengawas lagi. Aku cuba untuk menolak tetapi atas pujukan cikgu2, aku akur. Mereka nampak daya kepimpinan yang aku ada. Aku menunjukkan prestasi akademik yang baik sehingga tingkatan 3, aku dilantik menjadi penolong ketua pengawas. Dalam kesibukkan aktiviti luar, aku sekali lagi kecundang dalam PMR.

Ada sebab kenapa aku suka dengan aktiviti sosial. Aku hadapi tekanan yang hebat dirumah. Sejak kecil lagi, keluarga aku hidup susah. Aku sering memberontak. Aku sering menyalahkan takdir. Aku benci dilahirkan dalam keluarga susah dan adik beradik yang ramai. Aku pernah cuba untuk menelan berpapan2 panadol dengan harapan aku akan mati keesokkan harinya, tapi aku masih lagi bernafas sehingga kini. Alhamdulillah. Seriously, aku menyesal sebab aku agak pelupa sampai sekarang.

Sejak umur 9 tahun lagi, aku sudah belajar uruskan rumah, masak dan uruskan adik2 aku. Part yang aku benci, bila adik2 aku buat salah, aku yang dirotan. (Takpe, aku tak benci korang) Aku terpaksa bekerja untuk meringankan beban keluarga. Aku mula bekerja semasa umurku masih 13tahun, dan membantu jiranku berniaga. Gaji yang aku dapat sekurang2nya dapat ringankan beban orang tuaku. Tak pernah aku ambil walau sedikit untuk keperluan peribadi aku sendiri. Aku tahu ibu bapaku berpenat lelah mencari rezeki untuk kami sekeluarga. Walaupun perangai aku yang agak degil, kuat memberontak dan keras kepala, namun aku tidak pernah lupa tanggungjawabku untuk keluarga. Aku tetap cuba untuk bahagiakan kedua org tua aku dengan cara aku tersendiri.

Jujur aku katakan, aku sebenarnya anak yang baik. Cuma disebabkan tekanan hidup. Aku berubah. Bebanan yang terlalu banyak menyebabkan aku mula berjinak2 untuk bercinta. Aku tak punya tempat untuk bercerita. Aku cuma inginkan seorang yang boleh berkongsi kesusahan hidupku. Aku yang dulu punya ramai sahabat kini dipulaukan sejak aku bercinta di usia muda. Hidup aku berubah 100%. Guru2 mula membenci aku. Jika dahulu, aku lah kesayangan mereka. Tetapi kini aku dibenci mereka.

Aku abaikan keluarga aku, dan paling teruk aku abaikan pelajaran aku sekali lagi. Benda yang aku paling menyesal kini. Aku tekad, selepas melihat beban yang ibu dan ayahku tanggung, aku tekad untuk berubah. Dengan keputusan SPM yang teruk, aku gagal untuk mohon IPTA atau IPTS. Bila aku melihat kawan2 yang lain mula dapat tawaran yang hebat2, aku kesal. Kesal dengan segala yang aku dah lakukan. Aku mula menjauhkan diri dengan kawan2ku. Aku malu. Bermula la hidupku seorang diri. Aku berdoa agar aku belum lagi terlambat untuk memulakan hidup aku yang baru.

Aku buat pelbagai kerja untuk menampung hidupku. Jujur, bekerja sebagai kuli ni memang teruk, memang diuji. Ditipu gaji oleh majikan. Kerja lebih masa. Selama lebih 7 bulan aku buat pelbagai kerja, akhirnya satu hari Alhamdulillah, aku diterima untuk masuk Politeknik dan mulakan hidupku dengan sijil. Penderitaanku belum tamat lagi, aku dikeji oleh orang sekeliling. Aku dikeji oleh kawan2ku. Mereka merendah2kan kemampuanku. “Dengan sijil ni kau nak makan apa? Ko nak kerja apa? Dulu suruh belajar main2,” Aku pekakkan telinga, tabahkan hati. Sampai dah tak larat nak menangis lagi. Aku tekad. Mulai saat itu, aku berubah. Terlalu banyak kesusahan yang aku lalui, aku perlu buat sesuatu untuk hidup aku.

Aku belajar bersungguh2. Akhirnya, aku dapat anugerah dekan. Walaupun sijil aku terlalu cikai dan dianggap tidak laku bagi kebanyakkan orang, tetapi bagi aku, aku dah buat sesuatu yang membanggakan kedua ibu bapakubuat pertama kalinya dan senyuman mereka cukup untuk melambangkan segala2nya.

Aku mencuba2 nasib untuk mohon masuk ke IPTA. Aku cuba untuk mohon kos yang paling tak popular dengan harapan aku diterima. Tapi, hampa. Semua ditolak. Aku cuba untuk mohon jururawat. Masih lagi ditolak. Aku sedih. Sentiasa simpan angan2 untuk terus maju. Alhamdulillah, selepas mencuba dan mencuba, aku dapat tawaran masuk ke IPTS di Utara. Walaupun keputusan SPM yang teruk, aku diterima kerana keputusan sijilku yang bagus. Alhamdulillah. Kini, aku mulakan diploma aku dalam bidang engineering. Dan ini kali pertama aku berjauhan dengan keluarga. Hari pertama, mereka cuma menghantarku di tangga hostel dan aku perlu uruskan semuanya sendirian. Masih ingat lagi dalam diingatanku ayat yang ibuku katakan “ibu tau, anak ibu ni kuat semangat, mana2 kamu pergi inshaAllah kamu akan buat sesuatu yang membanggakan” Dan selepas itu, aku berlari2 sambil menangis, mengejar kereta ayahku dengan harapan mereka tak akan tinggalkan aku kesorangan di situ. Tapi hampa, mereka terus berlalu pergi.

Alhamdulillah, aku tamatkan diploma aku selama 3 tahun, dengan anugerah dekan. Sekali lagi aku dah banggakan kedua ibu bapaku. Dan ketika ini, aku telah mula menutup mulut2 jahat yang mengeji aku satu ketika dahulu. Perjuangan aku belum tamat lagi, aku simpan impian untuk sambung ke peringkat degree. Tapi sayang, aku belum lagi mendapat tawaran untuk ke IPTA. Aku kecewa. Aku rasakan yang hidup aku gagal. Aku mula bekerja. Terlalu banyak pahit manis yang aku lalui. Aku mula memberontak dan ingin maju ke hadapan lagi. Aku mula bosan dengan sikap manusia yang bermuka2 dan pentingkan diri sendiri. Terlalu banyak drama di tempat kerja. Akhirnya dalam diam, aku cuba untuk memohon degree sekali lagi.

Selepas lebih 5bulan bekerja, Aku dapat peluang yang mengubah hidupku sehingga kini. Alhamdulillah, berkat doa ibu bapaku, berkat aku sentiasa menjadi anak yang baik, menyenangkan hati dan membantu mereka, aku mendapat tawaran belajar di luar negara. Sesuatu yang tak pernah terlintas dalam fikiranku. Bagi aku budak bodoh macam aku tak layak untuk berada disana. Semua urusan dimudahkan. Kali pertama aku menjejakkan kaki disana, itulah kali pertama aku bercakap English secara official. Masih merangkak2. Aku malu dengan diri aku sendri. Aku tak putus semangat. Aku cuba, dan cuba lagi. Aku satu2nya pelajar perempuan dari Malaysia yang ambil course engineering tersebut. Walaupun penuh dengan air mata, dan sentiasa aku putus asa, namun dengan semangat dari keluarga aku, aku kuatkan semangat.

Alhamdulillah selepas 3 tahun aku disana, aku tamatkan pengajian aku dengan Bachelor (Honours) dalam bidang Mechanical Engineering. Aku tamatkan degree aku pada usia 26tahun. Dimana semua rakan2 sebayaku sudah berkahwin, ada anak2, ada pekerjaan yang bagus, selesa dengan hidup. Sedangkan aku masih baru nak bertatih memulakan hidup. Aku akui, agak lambat dan ketinggalan dalam segala2nya.

Allah itu maha adil. Segala penat lelah membuahkan hasil. Alhamdulillah. Selepas sebulan aku tamat pengajian, aku ditawarkan bekerja di sebuah syarikat diluar negara sebagai Engineer. Ayat pertama yang Boss aku katakan selepas aku diterima bekerja ialah, “Pertama kali saya melihat kamu, saya dapat rasakan sesuatu yang unik dari kamu, saya harap kamu menjadi seorang yang Berjaya dan bermanfaat untuk orang lain.” Aku menangis2 melompat2 kegembiraan. Ini hadiah yang paling bermakna untuk keluargaku.

Alhamdulillah, sejak aku mula bekerja di luar negara, aku punya ramai kawan. Kawan2 yang dulu buang aku disebabkan aku gagal, mula terima aku sebagai sahabat. Aku dah lama maafkan kesemuanya, dan tak pernah simpan dendam. Ingat, Kau tak akan gagal selama2nya. Tak ada orang bodoh dalam dunia ni, yang ada Cuma rajin dan malas. Aku gagal 3x dalam hidup aku, alhamdulillah aku tebus balik dengan 3x kejayaan.

Jangan salahkan orang lain dengan kesusahan hidup kau. Cuba untuk selesaikan masalah yang kau ada. Jangan tambah masalah.
Jika ada seseorang yang cuba jatuhkan kau, buktikan yang kau tidak lemah. Malah lebih kuat dari dia. Jika kau hilang kawan, kau kena yakin yang mereka bukanla kawan yang sebenar. Move on. Jadi, jangan buang masa fikirkan salah orang, tentang apa yang orang yang buat dekat kau, fikirkan bagaimana untuk menjadi yang lebih baik dan bermanfaat untuk orang lain.

Ingat, ibu bapa sentiasa No1. Bahagiakan mereka InshaAllah, hidup kau akan lebih bahagia.

Jadilah manusia yang mendidik, bukan menghukum.

Jika aku tidak sesusah dulu, mungkin aku tidak sebahagia kini.

Alhamdulillah. Walaupun aku dah bekerja, aku masih lagi mencari2 ruang untuk sambung master lagi. InshaAllah. Doakan aku ya sahabat. Perjalanan ini masih jauh dan aku tak akan mengalah.

-budakkacamata

– Budak kaca mata

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit