Saya kenal dengsn seorang lelaki dari ‘Negeri Di Bawah Bayu’ (saya bagi nama Ali). Orangnya baik, ciri-ciri green flag ada pada dia.
Senang cerita sepanjang perkenalan & percintaan kami, saya dilayan cukup baik. Sampailah 8 bulan selepas itu, Ali tiba-tiba beritahu sesuatu yang sangat memeranjatkan saya.
Ketika usia 19 tahun dulu, dia pernah ‘bantu’ pinjamkan namanya untuk di-bin-kan kepada anak-anak seorang wanita (Puan G). Kata dia, Puan G sudah kahwin dengan seorang lelaki yang dipercayai tiada IC.
Mereka nikah cara kampung, tak didaftar dalam undang2 kerana suaminya bukan warganegara. Hasil perkahwinan itu, mereka ada 4 anak. Agar anak tu dapat IC biru, Kak G minta tolong Ali untuk kahwin olok-olok dengan dia.
Macam mana proses nikah tu dibuat? Siapa saksinya? Siapa wali? Ada ‘orang tengah’ yang settlekan semua kegiatan ni. Macam mustahil kan?
Tapi at the end, Kak G & Ali berjaya diklasifikasikan sebagai suami isteri. Walhal, Kak G dah ada suami. Kak G ibarat miliki 2 suami serentak & salah seorangnya adalah lelaki yang sedang saya sayangi dengan serius.
Di usia yang masih hijau ketika dia setuju nak ‘tolong’ Kak G, Ali yang masih naif belum tahu apakah kesan yang dia terpaksa tanggung. Isu nasab anak, harta pusaka, wali nikah & banyak lagi.
Kak G pujuk dia dengan ayat “Tolonglah Akak. InsyaAllah esok kau susah, Akak bantu kau balik”.
Kalaupun mereka buat dokumen AKU JANJI, takkan masuk campur urusan hidup masing-masing (katanya sekadar pinjam IC), tapi bagi saya, isu ni berat & mesti mencetuskan isu masa depan yang sangat kritikal.
Kalau saya proceed kahwin, saya ibarat jadi isteri kedua atau macam mana? Its a BIG NO.
Keluarga Ali langsung tak tahu apa yang dia buat. Benda ni disimpan rapat olehnya & Kak G.
Sebelum kejadian berlaku, Ali lihat ramai saudara sekelilingnya buat macam tu. Jadi di usia yang sangat mentah ketika itu, dia fikir benda tu tak salah di sisi undang-undang.
Beberapa tahun kemudian, Ali merantau & bekerja di sebuah negeri di Semenanjung, dia mula bergaul dengan ramai orang dari pelbagai latar belakang.
Dari seorang budak kampung ceruk yang tidak berpelajaran, kini dia duduk di bandar dengan minda yang lebih matang & terbuka.
Masa tu, dia kumpul kekuatan ceritakan hal ini kepada salah seorang kenalan rapat di tempat kerja.
Ketika itulah rakannya jelaskan pada Ali bahawa perbuatan itu adalah salah di sisi undang-undang. Ali juga buntu mencari jalan keluar. Berulang kali dia gelar diri dia sebagai “bodoh” kerana terlibat dalam semua ni.
Saya juga tak boleh terima benda ni. Masa berada di kampung, dia hanya seorang budak muda dungu yang termasuk dalam perangkap seorang wanita berusia 36 tahun.
Khilaf yang dibuat bukan melibatkan dadah atau main perempuan. Tapi ini sangat rumit untuk diselesaikan.
Akhirnya, walaupun amat sukar, saya pilih melepaskan dia. Walaupun saya merasakan Ali seorang yang baik & hubungan kami berlangsung dengan bahagia, ada nilai masa depan yang harus saya fikirkan.
Bayangkan di masa depan, tiba-tiba anak-anak Kak G muncul tuntut faraid disebabkan nama mereka rasmi tertera sebagai anak Ali?
Ya, itu hanyalah salah 1 bayangan buruk yang terlintas di otak saya. It can be more worse than that. Ini bukan soal “GILA HARTA” atau kepercayaan,, ia lebih dari itu.
Walaupun Ali tidak belajar sampai ke menara gading seperti saya, saya tertarik padanya kerana kematangan & sikap yang menyenangkan.
Walaupun latar pendidikan kami berbeza, cara berfikir kami sekufu, kami boleh berkomunikasi, berbincang banyak perkara dengan saling hormat & sangat terbuka.
Dia adalah lelaki yang tenang & menyenangkan. Bukan saya berlebihan memuji atau menyanjung, tapi Ali tetaplah seorang Ali.
Cuma saya tak sangka di sebalik semua itu, Ali genggam sebuah rahsia yang turut dia sesalkan seumur hidup. Saya tak nak salahkan sesiapa. Sebelum semuanya jadi lebih sukar, undur diri adalah jalan paling baik.
Ali pernah hadir sebagai “bahagia” dalam hidup saya & saya pernah menjadi “tenang” yang dia cari. Tapi saya belajar, kadang-kadang yang baik pun perlu dilepaskan. Bukan sebab tak sayang, tapi…
Jangan cakap saya tak cuba stay & bantu. Apa yang boleh saya katakan, jika Ali nak selesaikan semua ini, ia SANGAT SUKAR baik dari segi wang ringgit mahupun undang-undang. Perjalanan yang sangat panjang.
Sudah 3 tahun berlalu sejak kami berpisah. Tak mudah melupakan, tapi saya sandarkan segalanya pada Allah. Tidak tahu apa nasib Ali. Umurnya dah mencecah 30-an tak silap saya.
Persoalan saya kepada orang yang tinggal di negeri itu, benarkah perkara sebegini banyak berlaku di sana?
– Yuyun (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit