Wanita Bertudung Belajar Di Perancis

Aku pelajar biasiswa luar negara tahun kelima jurusan kejuruteraan kimia di Perancis. Apa yang aku nak sampaikan ni cuma satu daripada beribu-ribu kisah pelajar Malaysia yang lain kat sini. Ada pelajar yang senang dapat peluang belajar kat negara ni, ada yang memang seronok belajar kat sini, yang memang cool, dapat ramai kawan orang putih dan senang bergaul. Ada yang selalu berkepit dengan budak-budak Malaysia je, pergi kelas, pergi makan kat restoran, pergi jalan2, semua dengan budak Malaysia. Ada pulak yang tak kisah pun ada kawan ke tak, study susah ke tak, yang dia kisah, dapat travel banyak2 kat bumi eropah ni.

Hidup di Perancis bukan senang kalau kau perempuan bertudung yang tak fasih sangat bercakap bahasa orang2 negara ni. Ke mana-mana kau pergi mesti ada mata yang memandang. Pandangan benci, kurang senang, pelik, ragu-ragu, semua kau akan dapat. Kalau tak selalu, mesti ada satu dua kali kau akan dipandang macam tu.

Bila aku mengadu kat family di Malaysia yang aku stress study, sebenarnya aku tak stress pun study. Dari aku darjah satu sampai sekolah menengah, study la benda yang aku paling suka (exaggerate sikit). Tapi sekarang aku susah nak fokus dalam kelas, dan bila aku balik rumah, aku nak rehat je memanjang sebab otak aku penat, jiwa aku lelah, muka aku rimas buat muka blank sepanjang masa kat luar rumah. Aku tertekan sebenarnya dengan layanan sesetengah penduduk tempatan kat sini pada orang-orang macam aku. Pergi kuliah, ada prof yang tak suka aku, yang buat macam aku tak wujud. Kadang2 jeling pun aku pernah dapat. Dari awal kuliah lagi, aku mula hati-hati dengan apa yang aku buat sebab aku takut terbuat masalah dan kena marah teruk-teruk atau kena sindir dengan prof2 macam tu. Aku keep low, jadi student yang tak banyak bunyi dan tak banyak tanya. Aku ada kenalan tapi aku tak ada langsung kawan kat universiti tu. Orang yang paling hampir yang aku boleh katakan sebagai kawan, cuma sorang student perempuan dari China yang jarang bergaul macam aku jugak. Budak-budak lain kebanyakannya baik je, tapi baik sekadar untuk bersopan dengan aku sebagai classmate diorang. Dah puas sebenarnya aku cuba jadi friendly dengan diorang, tanya itu ini, initiate communication, etc2 tapi masih jugak tak dapat ngam dengan diorang.

Aku selalu tertanya-tanya, kenapa diorang tak nak kawan dengan aku, tak pernah ajak aku makan kat restoran universiti sama-sama, selalu tak hiraukan aku. Sebab aku pendiam ke? Sebab aku tak pandai sangat berkomunikasi dengan diorang ke? Sebab aku tak suka berparty minum arak hooray2 setiap malam jumaat? Atau sebab aku ni pelik, foreigner, pakai tudung pula tu? Tapi makin lama aku makin tak kisah ada kawan ke tak. Asalkan diorang tak biadab dan tak tunjukkan yang diorang benci dengan aku, aku ok je.

Kalau pergi kedai atau pergi mana-mana yang memerlukan interaksi dengan orang awam, aku selalu je dapat layanan professional dari cashier, receptionist, waiter, etc2 tapi kadang2 tu di sebalik muka professional diorang, aku boleh rasa aura kebencian diorang pada aku. Memanglah aku tak sepatutnya hiraukan pandangan orang2 racist ni pada aku, tapi aku ni manusia biasa yang ada hati dan perasaan. Dahlah aku duduk sorang-sorang kat negara yang tinggi level islamophobianya, pastu kat bandar yang takde Malaysian langsung pulak tu(setahu aku). Aku mudah rasa sunyi, sedih, terkilan, tertekan dan homesick. Bulan2 pertama aku duduk sini, hampir tiap2 hari aku menangis bila balik rumah. Kadang2 tak sempat sampai rumah, aku dah menangis dalam bas atau kat tengah jalan.

Aku bertahan sampai sekarang sebab aku jenis yang malas nak tarik diri dan mula dari kosong. Lagipun, aku yang pilih untuk belajar kat sini, salah aku yang tak betul2 kaji tentang negara ni. Bila aku tahu yang negara ni merupakan negara eropah yang mempunyai penduduk muslim paling ramai masa tu (2012), aku terus assume yang orang-orangnya mesti cool je dengan foreigner macam aku. Tapi hakikatnya, tak! Nak apply U pun susah, setiap kali mesti kena tanya diorang terima ke tak student yang bertudung. Kadang2 fakulti dah terima, ada pulak satu dua prof yang fikiran sempit yang tak nak terima ada orang bertudung dalam kelas dia sebab tak boleh terima kita tunjukkan pegangan agama kita kat depan dia. Macam2 lagi alasan diorang taknak kita bertudung, takut kita menipu selit sesuatu dalam tudung waktu exam la, takut tudung tersekat dalam mesin waktu buat eksperimen la, takut kena acid la, bla bla bla…

Tapi, ada je sebenarnya masyarakat baik hati, memahami, peace-lover, unbiased kat sini. Cuma satu senyuman ikhlas daripada orang2 macam ni dah boleh ceriakan balik hati aku pada hari2 yang kurang menyenangkan. Sebab tu jugaklah aku masih boleh teruskan hidup aku kat sini. Ada sebab2 lain jugak, family, kawan2 kat bandar2 lain, negeri2 lain dan kat Malaysia yang selalu support aku morally dan juga kerajaan yang tengah support aku financially. Takkan aku nak sia-siakan duit rakyat kan? Itu amanah! Hehe

Aku cerita ni bukan sebab nak cakap yang aku menyesal belajar kat negara ni. Tak sama sekali, sebab aku tahu walau sesusah dan seperit mana aku rasa, ada student kat luar tu yang lagi susah daripada aku, yang lagi kencang diuji mentalnya. Pernah kawan aku balik rumah sambil ketawa terbahak-bahak lepas tu menangis berjam-jam sebab prof dia yang racist tak bagi dia masuk dalam kelas. Ada lagi sorang call aku cerita macam-macam pastu tiba-tiba menangis part cerita prof yang asyik marah2 kat dia sorang je waktu lab practical. Aku dan kawan-kawan aku yang lain juga macam boleh faham situasi pelajar yang menghilangkan diri baru-baru ni, sebab mungkin kami pernah lalui benda yang lebih kurang sama, cuma cara kami cope with the pressure berbeza-beza.

Bila orang cakap belajar kat mana-mana sama je, jangan mudah nak cakap ‘eleh, mana ada sama, kau belajar kat luar negara, bolelah cakap macam tu’, sebab susah senang belajar kat luar negara sama je kalau nak ditambah tolak dengan susah senang belajar kat dalam negara. Mungkin kau jealous bila nampak ada kawan kau yang belajar oversea selalu je pos gambar pergi melancong kat Instagram, tapi mana tahu dia selalu jealous dngan kau yang selalu bergambar ramai-ramai, buat gaya hipster tak hipster dalam event universiti. Mungkin kau tengok dia selalu pos gambar makanan sedap-sedap, tapi mana tahu yang dia rindu cuma goreng-gorengan tepi jalan yang kau selalu boleh beli lepas balik dari kuliah.

Apa-apa pun, bersyukurlah sebab kau diberi peluang untuk menjadi penuntut di universiti tak kiralah kat mana-mana pun…

– Ain

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit