Wanita dan Feminisme

Wanita Dan Feminisme

Terima kasih admin kalau confession ni diterbitkan. Aku pasti baca tajuk saja sudah pasti pembaca sedia maklum apa yang aku cuba sampaikan. Aku bukanlah golongan cerdik pandai, professional untuk kupas sgt isu ini,dan aku bukan ahli kepada mana2 persatuan fenimisme ni. Pandangan aku atas kapisiti seorang perempuan yg sgt tegas akan hak aku sbg wanita, isteri & ibu . Maafla kalau penulisan ini bercampur bahasa & tidak tepat susunan ejaan atau peribahasanya. Yang penting boleh difaham ya.

FEMINISME. Feminisme secara umumnya, yang aku baca dan faham adalah kepercayaan kepada kesamaan sosial, politik, dan ekonomi antara kedua-dua jantina, serta kepada sebuah gerakan yang dikendalikan berdasarkan keyakinan bahawa jantina harus tidak merupakan faktor penentu yang membentuk identiti sosial atau hak-hak sosiopolitik dan ekonomi seseorang. Lebih kepada berjuang untuk hak-hak seorang wanita, dlm masyarakt. Idealogi ni dah lama wujud bukan baru setahun dua ni dan ada banyak pertubuhan feminisme kat dunia ni, termasuk Malaysia. Dan diakui, ada segelintir manusia yang terlalu lantang mempertahan kan sesuatu idelogi secara mengkhinzir buta.. Aku gelar mereka adalah golongan extremis. Extremis ni kat mana2 idelogi pun mesti ada. Dan sebab itulah aku tulis confession ni.Aku percaya, ramai diluar sana salah faham tentang ideologi ni, terutamanya lelaki. Of course la kan. Its okay la bagi golongan yang tak faham tentang ideologi ni, xboleh nak paksa utk faham kan, tapi aku xboleh brain pada golongan mulut jering ni, dah la malas nk selidik pastu suka2 menggelar setiap wanita yang bersuara untuk haknya, sebagai FEMINIST yang menurut kamus dewan bahasa mereka sendiri adalah ekstrimist kepada idelology fenismisme, kafir mengkafirkan siap.

Mcm ni lah, kalau la tegas & mempertahankan hak sbg wanita dikira feminist, maka aku nk kongsi sedikit sebanyak punca aku menjadi feminist ini.

Aku dilahirkan dalam keluarga yang agak tak terurus. Aku membesar dengan persekitaran di mana lelaki tidak berfungsi dengan baik dlm keluarga aku. Ayah aku baik, tapi kuat berjudi,hutang keliling pinggang, kaki perempuan, tapi yg baik nya dia tak agressif & tak pukul anak-anak. So mak aku yang terpaksa menggalas tangunggjawab sebagai ketua keluarga, cari nafkah untuk mencukupkan keperluan kami dek kerana kelalaian ayah.
Aku ada 6 beradik, dua darinya lelaki, Along n Angah. Aku xpernah melihat abang2 aku ambil berat & bertanggungjawab dgn kami. Mereka membesar dgn pemahaman lelaki adalah ’raja’, makan berhidang, pinggan berkutip, baju berbasuh keluar sampai mlm & suka2 dan mcm2 lagilah. Kami yang perempuan bukan memanjakan mereka, tapi xde pilihan, balik rumah pinggan mangkuk baju bersepah, tapi kemas sebab kesiankan mak yang penat. Aku pernah jadi mangsa pedophile. Aku dirogol abang saudara ketika berumur 8 tahun. Aku berkahwin pada umur 19 tahun, tapi hanya bertahan setahun saja. Punca bekas suami aku mcm biawak hidup, and dia curang so aku decide utk end the marriage.

Hidup dgn persekitaran n lelaki2 begini, buatkan aku ubah mind setting aku, dan cara pandangan pada lelaki. Pada aku, LELAKI BANYAK YANG XGUNA. Alpa tanggungjawab mereka, dek terbiasa dgn persekitaran & cara hidup melayu merajakan anak lelaki & suami. Aku mula bekerja cari pendapatan sendiri. Aku jadi sgt tegas dengan lelaki. Tinggal balik dgn parents aku lepas bercerai, mcm biasa tiada sokongan dari ahli keluarga lelaki aku. Jadi, aku mula berkeras dgn mereka. Penat membebel, aku guna reverse psikology. Lepas makan tinggal pinggan atas meja, aku angkut aku letak dlm bilik dorang n lepas tu aku xmasak langung. Tinggal baju kotor besepah aku campak kat tempat bakar sampah,atau sumbat bwah katil dorang. Ya memang kami gaduh n pernah kena pukul tapi aku puas & aku nampak hasilnya. Mereka mula pandai uruskan diri. Menjanda seawal 20an, dgn wajah & penampilan yang menarik & ada kerja yg baik, banyak yang mula mendekati aku, terutamanya SUAMI ORANG. Tapi aku xlayan, aku cukup anti dgn SUAMI ORANG sbb aku merasa sakitnya diduakan. aku cuma melayan bujang sahaja & menggunakan mereka utk kepentingan sendiri. Mcm orang kata, friends for benefit. Tolong anta kerja ke, tayar bocor ke etc2. Aku xpernah jatuh cinta, setakat suka2 mcm tu je. Aku buat mcm yang lelaki kat socmed selalu bising tu, aku xpernah belanja lelaki, sbb aku xpernah ajak lelaki keluar dorang yg invite aku n if ko ajak aku keluar ko kena modal, if x duduk diam or keluar je dgn orang lain. Kalau ada cubaan utk mintak aku belanja, memang itula 1st & last aku keluar dgn dia. Even aku mcm tu, ramai kawan lelaki aku xpernah bosan keluar dgn aku sbb aku seorang pendengar yang baik & happy go lucky.

Setelah 6 tahun menjanda, aku berkahwin semula. Aku minta hantaran tinggi,walau dia bukan dari keluarga kaya & kerja bagus2,take it or leave it n dia sanggup. Aku xmenilai luaran, sikapnya yang workaholic, penyayang jaga aku dgn baik membuatkan aku pilih dia diantara banyak2 kawan aku. Dia yg paling cool, xcepat melatah. Mcm2 aku uji dia tapi dia hadap, xkisah background aku n jumpa mak ayah aku baik2, ditambah pula dgn family background dia yang agak religous. Mula2 kawin,satu je masalah rupanya dia pun tergolong antara yang berfikir suami adalah ’raja’. Dia rasa bagi nafkah ala kadar dah ckup, selebihnya sbg isteri yg solehah aku kena buat utk kutip pahala. Bila bergaduh, dia mengungkit rugi bagi hantaran tinggi tapi bini garang. OH DIA SILAP BESAR. 2 tahun perkahwinan kami mcm ribut taufan dek pemahaman dia tu plus ego, berbeza dgn pemahaman & pendirian aku. Jadi kerja aku pulak nk didik dia utk ubah dia, sbb dia selalu merungut aku xmacam mak dia, just diam n menurut apa ayah dia buat. Nasihat demi nasihat xjln, ckp direct pun asyik gaduh je, last2 aku guna reverse psikologi balik. Dia lepak dgn kawan lama2, aku pun keluar lepak dgn kawan2 aku, weekend balik rumah mertua weekend depan balik uma parents aku, letak baju kerja sepah2, aku xbasuh sampai dia panic xde baju nak pakai, tido depan tv aku kunci pintu bilik etc2 n sampai tahap dia xbalik sbb marah, few times so aku amek kesempatan reward myself, aku pergi bercuti kat mana2 yang aku nak, upload kat socmed and show to him aku boleh buat apa yang aku nak, IF AKU NAK,mcm yang dia buat.Dia kerja, same goes to me, malah expenses bulanan aku cover lebih sebab gaji aku triple dari gaji dia, tapi utk dia membibik kan aku, A BIG NO. Even mcm tu, Aku xkan buat benda bodoh mcm keluar dgn jantan lain etc2, aku letakkan hati pada Allah. Aku menangis cuma pada Allah & dlm waktu2 mcm tu aku selalu anggap adalah me time aku dgn Allah. Aku terus terang dgn dia, duit hantaran kahwin aku guna utk beli kelengkapan rumah dan saving bersama, malah aku sendiri menghulur duit pada mak ayah dia, bila dia xdapat bagi. Akhirnya dia mengalah, berjanji utk berubah. Allah mendengar doa2 aku. Masuk tahun ke-3, kami makin bahagia, dia sendiri akui ketegasan aku mempertahankan hak aku sbg wanita membuka mata dia, meletakkan dia di no. 2 selepas Allah mendidik dia menjadi suami dan lelaki yang lebih baik. Dia betul2 berusaha utk berubah, lebih hormatkan aku sebagai isteri dan dia juga dapat merasa rezekinya semakin luas & sentiasa merasa cukup semenjak kami mula bahagia. Jadi benarlah keyword ” Happy wife, Happy Life”, kata suami aku. Dan aku dah tak keras sgt pada dia,melayan dia pun aku jadi ikhlas melihat effort dia. Aku mula percaya banyak lelaki yang baik sebenarnya, mungkin mereka tersalah masuk simpang, dik kerana didikan cara melayu oleh mak ayah lebih berbanding didikan dlm islam. Jujur aku kata, aku tidak menolak poligami seandainya suami aku yang sekarang xkan berubah walau seinci jika dia mahu, sangat mampu utk adil, zahir & batin. Aku kerap menasihati kawan2, kakak2 aku yang punya masalah rumahtangga, yang kebanyakkan ditindas dan dinafikan hak mereka. Letakkan hati pada Allah, dan mula la tegas dgn diri sendiri.. Bila lelaki kita alpa, sesudah kita berlembut tak berhasil, buatlah sesuatu demi kebahagiaan semula, bukan hanya diam membuta tuli dgn alasan mencari syurga. Bercerai bukan jalan penyelesaian, tapi tegas mungkin dapat menyelamatkan hubungan dan kembalikan keharmonian rumahtangga. Lelaki2 ini bukan maksum, mereka juga kadangkala perlu dididik & ditegur bila mereka alpa. Pada imam & bakal2 imam, wanita sekarang bukan lagi wanita 50 tahun kebelakang, kami mampu capai apa yang kamu capai sekarang, malah kami pula yang mampu untuk menafkahi kamu. Jadi berpijakla dibumi yang nyata, belajar dan bersiapla untuk membimbing wanita kamu, bukan menyalahi/menerakakan kami sekiranya kami berdiri bila dizalimi. Sekeras2 & setinggi2 mana wanita, mereka masih perlukan seorang pembimbing, yang buat mereka rasa dihormati sbg wanita & isteri, percayala if u can treat your lady seperti ratu, you’ll be the king, tanpa paksaan. Ya kami wanita2 sekarang ini mungkin feminist kerana kami sudah sedar & berani menyuarakan hak kami, tapi kami bukan extremist. Dan pada wanita2 yang masih single, ya soal jodoh itu ketentuan Allah, kalau kau da tau lelaki tu suami orang, knp perlu melayan sampai terjodoh. Siasatla latar belakangnya, jika dia tak mampu adil pada isteri, sudah pasti tidak juga pada kamu. Elakkan perkara lebih membawa keburukan dari kebaikkan, ada perkara manis pada awal, tapi sgt nyeri dihujung, dan sebaliknya. Sama2 kita memartabatkan sesama wanita, bukan menjatuhkan. Jangan sering menunding pada takdir, bila kita mampu buat pilihan. Mungkin tak salah jadi feminist, tapi bukan extremist.

– NK

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit