Wanita dan Mengandung

Hai. Nama aku Siti. Dah berkahwin hampir 10 tahun, memiliki 3 orang anak dan kini hamil anak ke 4.

Alhamdullilah aku nak share pengalaman hamil aku. Setahun aku kahwin masih tiada bayang kehamilan.

Aku dan suami rileks saja tapi selalu di tekan oleh mak mertua. Dia selalu bandingkan adik suami aku yang kahwin lewat beberapa bulan dari kami tapai isterinya sudah ada tanda2 kehamilan.

Stress juga setiap kali balik kampung mak mertua akan bising. Tapi kami berdua suami isteri cool saja. Kami berdua tahu yang kami ini sihat zahir batin. Cuma rezeki memiliki anak dalam tempoh setahun perkahwinan bukan berpihak pada kami.

Sebulan sebelum 1st anniversary kami, aku rasa badan aku ada something. Ada suara bisik “u have something in your tummy.”

Aku check period tracker, yup lagi seminggu sepatutnya aku datang haid, bila aku cerita pada bff aku. Dia sakan gelak, katanya itulah naluri keibuan. “Once kau rasa pregnant, kau akan pregnant.”

Then aku buat UPT, tiba2 double line naik. Menjerit aku panggil suami. Then atas nasihat bff aku tadi, aku pergi KKIA. Sekali lagi aku buat UPT. Keputusan pun sama, aku positif hamil.

Then misi suruh aku balik katanya belum layak buat buku pink, at least 12 week and above, kandungan aku masih fragile. Start dari sini mulut aku tak berhenti2 doakan kandungan aku selamat hingga bersalin.

Masa mengandungkan anak sulung aku alami alahan yang teruk. Bukan morning sickness tapi sampai ke malam sickness.

Setiap malam tepat jam 3 pagi aku mesti terbangun sebab pedih hulu hati, lapar and loya. Kalau perut kosong memang aku loya even tengah tidur malam. Tapi semua ni aku enjoy sebab memang aku nak anak.

Oh ya, korang nak tahu tak amalan yang aku buat untuk hamil ni. Bab makanan yang sihat, doa2 semua dah ramai yang share. Ni aku share pengalaman aku yang lain dari yang lain.

1. Aku minta orang doakan aku. Sedara mara, jiran tetangga, kawan2 dan semua kenalan memang asyik tanya bila nak mengandung, then setiap kali itu aku minta mereka doakan aku.

2. Sedekah. Setiap kali office mate atau kawan sekolah aku bersalin, aku tanya dia, barang apa yang dia tak cukup atau belum beli. Aku belikan, ada tu sampai aku post kan lah.

Then bila bersalin aku bagi duit cash. Aku cakap sedekah. Aku minta doakan aku juga dapat anak.

Sebulan sebelum aku notice aku hamil, aku ziarah biras aku dalam pantang. Then aku masukan duit dalam sampul, aku letak bawah bantal.

Bila aku balik biras aku call tanya, betul ke amount yang aku bagi ni, katanya banyak sangat, mungkin aku silap sampul duit.

Tapi aku tegaskan aku ikhlas, memang nilai itu yang aku nak sedekah, akhir perbualan aku mohon dia doakan aku hamil.

3. Jaga mulut. Bab ni memang aku perhatikan mulut kawan-kawan aku yang masih belum di kurniakan anak.

Mulut mereka bab mengata anak orang no 1. Sebab ni juga aku malas nak bawa anak-anak aku ke office bilamana weekend pun aku kena kerja half day.

Aku rela hantar ambil anak ke rumah pengasuh dari jadi bahan umpatan office mate.

Ceritanya begini. Bila ada event yang memerlukan pekerja stay up untuk deco atau buat preparation mesti ada few office mate akan ambil anak di taska dan bawa ke office. Sehinggalah kerja-kerja siap dilakukan.

Aku nama kan kawan aku yang bawa anak ni Kak Ina dan Kak Ida. Kak Ida bawa 3 orang anak dan Kak Ina bawa 2 orang anak. Mereka berdua ni ada anak yang sebaya, lagi pun anak-anak mereka dah akrab, time sebegini lah nak berjumpa.

Bila para ibu sibuk buat kerja, anak2 ni yang akan meriuhkan suasana. Menjerit, berlari, bermain, gelak tawa itu biasa. At least kurang sikit mengantuk kami disini.

Tapi aku ada officemate yang aku namakan Kak Long Kawasan, dah kahwin 6 tahun tapi belum di kurniakan anak.

Aku rasa sebab dia belum di kurniakan anak sebab mulut dia yang suka mengata anak Kak Ina dan Kak Ida ni. Tapi Allah juga yang Maha Mengatahui.

Di pendekan cerita, setiap kali anak Kak Ida dan Kak Ina ni datang direct dari taska, Kak Long Kawasan akan mengumpat.

“Eeii, anak diorang ni busuk lah, tak mandi ke. Berlari sana sini tak reti duduk diam ke,…” bagi aku tak lah busuk sangat berbanding bau badan orang tua yang tak pakai deodorant. Setakat bau aiskrim coklate tumpah kat baju tu normal lah.

Itu belum anak Kak Ina atau Kak Ida menyanyi atau menari. Kak Long Kawasan akan cakap “eiiii gediknya korang.” aku yang dengar ni pun tersentap.

Nak je aku jawab balik, “sebab tu lah tuhan tak nak bagi kau anak sebab mulut kau jahat. ” tapi aku malas nak bergaduh, aku nak jaga relationship di tempat kerja.

Aku prefer ajak anak-anak Kak Ida dan Kak Ina ni duduk di suatu sudut and makan bekal yang aku ada bawa lebih.

Sebenarnya aku pun ada anak sebaya Kak Ida dan Kak Ina, Aku fikir jika aku bawa anak aku ke pejabat mesti Kak Long Kawasan akan mengata anak aku juga.

Lagi 1 setiap kali ada office mate yang mc untuk pergi checkup perut Kak Long Kawasan akan cakap sekuat hati bagi 1 jabatan dengar kononya nak sampaikan berita dah macam mami jarum, “pergi check perut lah tu pergi mana lagi. ”

Bagi aku normal lah budak2 umur 4-5 tahun menari menyanyi dll as long as normal development. Lain lah kalau baring kaku je, itu ada masalah kesihatan namanya. Pleaselah jaga mulut kalau kau nak rezeki yang tak ternilai dari Allah.

Itu je lah kot aku nak share perkara yang buat kita terhalang untuk tidak hamil. Hamil ni cepat atau lambat bila Allah tahu kita mampu dari segala segi untuk memiliki anak.

– Kak Siti (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Aku pon menyampah dengan budak bising. Dengan keluarga je okay. Kalau dengan orang luar, memang taklah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *