Wanita, Dirimu Sangat Berharga

Assalamualaikum. Sedikit info perkenalan diri. Nama aku Akim. Umur aku nak masuk 30-an dan aku bekerja sebagai eksekutif di salah sebuah syarikat SME di Malaysia. Dan aku juga lelaki.

Baru-baru ini aku ada terbaca tentang beberapa luahan muslimah, yang sudah terlanjur dan ada juga yang belum sampai ke tahap itu, tapi sudah biasa ‘ringan2’.

Aku jadi sangat sedih, walau aku tahu ia bukan mewakili muslimah majoriti. Kerana maruah kalian sangat tinggi wahai muslimah. Tapi mengapa kalian perlu murahkannya kepada insan bernama lelaki yang tidak berhak ke atas dirimu.

Tiada istilah ringan-ringan pada aku, kerana harga diri kalian aku lihat sangat-sangat berharga.

Aku memang pencinta wanita. Eh jangan salah anggap, bukan buaya daratan tu. Tapi aku memang secara genuine attracted kepada wanita (ofkos sebab aku lelaki).

Kalau tidak kerana aku lihat Islam melarang perhubungan special antara lelaki dan wanita sebelum pernikahan, dah lama aku couple. Jujur.

Cerita pasal couple, Allah pernah selamatkan aku darinya ketika aku di bangku sekolah Form 5. Perempuan itu merupakan perempuan baik dan masing-masing menunjukkan interest.

Jadi waktu tu, aku dah beranikan diri set nak ajak dia bercouple.

Tapi ada sesuatu yang buat aku rasa sedikit tidak selesa, jadi malam tu aku solat istikarah di surau sekolah asrama kerana plan esoknya tu bolehlah nak berterus terang dengan si dia. Mintak petunjuk Allah, konfiden sikit.

Jadi aku pun bersolatlah istikarah pertama kalinya dalam hidupku.

Solat sunat 2 rakaat, do’a, dah. Siap. Simple. Tup tup selesai sahaja aku solat, aku terus ke bilik study room, dan apa yang aku lihat kemudiannya buat aku terkejut.

Kebetulan seorang kawan aku sedang memegang satu artikel tentang ‘haramnya couple’ dan kesedihan terpapar di wajahnya.

Dia memang dah bercouple dengan seorang perempuan satu batch di sekolah, tapi malam tu dia kata dia nak move on sebab tak nak buat benda yang Allah larang lagi.

Aku pun cubalah baca artikel tu, tak nak buat kesimpulan terburu-buru. Aku baca sepatah-sepatah. Hujahan dalam artikel itu sangat clear.

Kalau korang pernah baca ada satu artikel yang ditulis seperti soal jawab, “bolehkah bercouple dalam islam… ada tak istilah couple islamik..” dsb, memang jelas dalam artiket tu yang tiada hubungan khusus sah antara lelaki dan wanita mahram melainkan pernikahan.

Jawapan-jawapan diberi bukan pendapat peribadi tapi semuanya dibalas dengan dalil-dalil dari Quran dan hadis, satu-satu.

Waktu tu aku terpana. On the spot Allah menasihat aku. Kalau dengan hujjah jelas depan mata macam tu pun aku menolak, aku takut Allah tak sudi lagi beri aku hidayah lepas ini.

Jadi dengan berat hati, mahu atau tidak, aku kena stop niat aku nak bercouple itu. Esoknya, aku fotostat artikel tersebut, sign atas kertas dan masukkan di bawah meja wanita itu.

And the rest is history. Cuma sekarang apabila melihat kebelakang, aku rasa sangat bersyukur sebab Allah telah memelihara aku dari bercouple waktu tu.

Dia jualah yang telah melindungi kami berdua yang masih muda dari perhubungan yang tak tahu hendak di bawa ke mana itu. Semenjak kejadian itu sampai ke hari ini aku tak pernah bercouple.

Fast forward, di universiti, keinginan aku untuk bercouple terus ada, selain dari tarikan yang ada pada wanita, ia juga kerana aku seorang yang suka persahabatan yang eksklusif. Cam bff atau kawan rapat one-to-one. Biasanya lelaki, kawan jenis beramai-ramai.

Huha huha dengan satu geng. Kawan heart-to-heart tu kurang. Sebab itu kadang muncul rasa ingin berteman.

Aku pernah terfikir, kalau ada satu sahaja perkara yang Islam larang, tapi Allah nak benarkan pada aku, aku akan mintak untuk bercouple. Dan kalau memang dibenarkan, akulah orang pertama akan melakukannya.

Heh. Kerana aku tak couple bukan sebab apa-apa social benefits dsb, tapi hanya sebab aku percaya Islam tak ajar aku untuk fokus perkara tu sekarang. Belum masanya lagi.

Dan aku juga tak nak jadi perosak kepada wanita yang bakal jadi isteri orang. Sepertimana aku juga mengharapkan dapat isteri yang masih terpelihara dari nodaan sang lelaki.

Apa yang aku nak cuba sampaikan di sini, wanita kalian sebenarnya sangat special. Wanita selalu memandang rendah terhadap kemampuan yang ada pada mereka. Wanita ini ada persona. Tak kiralah yang cantik atau kurang cantik, pada wanita ada tarikan.

Kerana itu apabila wanita melintas, autom4tic sebahagian lelaki akan menoleh, sebab persona yang ada pada seorang wanita. Dan wanita yang paling dihorm4ti adalah wanita yang terpelihara dirinya.

Wanita yang terjaga ni, ramai tak tahu, tapi dia akan menimbulkan satu respek yang tinggi pada orang-orang di sekelilingnya, terutamanya lelaki. Siryes.

Bila kalian memilih untuk menjaga diri, memakai pakaian-pakaian yang sopan, menjaga batasan pergaulan, berprinsip, autom4tik nilai kalian akan terangkat tinggi.

Lelaki tidak lagi hanya melihat kalian sebagai objek kecantikan tapi satu susuk yang dihorm4ti atas dasar intellectual. Bukan sekadar tarikan rupa, tapi pada prinsip diri dan maruah yang kalian pelihara.

Sebab itu Nabi s.a.w. kata, seindah-indah perhiasan dunia adalah wanita solehah.

Wanita ini dah memang hebat. Kadang wanita nak rasa hebat, dia rasa dia perlu compete atau bersaing dengan lelaki. Lelaki nak bekerjaya besar, mereka nak bekerjaya. Lelaki hebat bersukan, mereka pun nak bersukan. Tak, tak salah nak bekerjaya apa semua tu.

Tapi salahnya apabila wanita meletakkan tanda aras kemuliaan itu pada apa yang ada di sisi lelaki, maka sampai bila-bila wanita akan rasa diri mereka kurang kerana mereka tidak menghargai apa yang ada pada sisi mereka sendiri.

Ini aku ambil dari kata-kata Ustadha Yasmin Mogahed. Para lelaki tak sibuk pula nak menyusu, mengandung dsb, tapi wanita ramai yang sibuk nak kejar apa yang lelaki ada dan mengabaikan kelebihan yang ada pada diri sendiri.

Ustadha Yasmin kata, selagi wanita meletakkan target standard pada apa yang lelaki ada, bukan pada standard yang Allah beri, maka selagi itu wanita akan selalu ‘tewas’ pada lelaki.

Islam telah memuliakanmu wanita. Syurga di telapak kaki ibu. Nabi s.a.w. menyebut, siapakah yang lebih utama di sisi anak, jawapannya, ibu, ibu, ibu… dan kemudiannya baru ayah.

Tidak kurang juga kisah ulamak-ulamak besar seperti Imam As-Syafie yang disebaliknya adalah berkat seorang ibu yang banyak berkorban dan bijak mendidik anaknya dengan baik.

Wanita ada peranan mereka. Lelaki juga sama. Wanita yang memainkan peranannya dengan sebaik-baiknya, mereka mampu menggoncangkan dunia. Serius talk.

Jadi nasihat aku kepada wanita. Mahalkan dirimu. Sebab kalian memang mahal. Harga diri kalian sangat tinggi di sisi Islam. Pelihara mahkota ‘malumu’, maka kau akan dapati lelaki-lelaki mainan tak akan mudah mendekatimu dan kau akan lebih dihorm4ti mereka.

Yang lebih utama, lakukannya ikhlas kerana Allah. Pasti, Allah akan memberikan balasan yang terbaik buatmu. Ingat, jagalah (hak) Allah dan Allah pasti akan menjagamu… hadis..

Kepada semua adik-adik pula, tak kiralah lelaki atau perempuan, mungkin boleh follow pesan Kak Normaliza Mahadi.

Hidup ini panjang lagi ceritanya. Nak habiskan belajar. Nak kerja. Nak tolong mak ayah. Nak buat simpanan. Nak pergi haji. Nak tambah ilmu agama. Nak belajar hidup berdikari.

Tak perlu nak terburu-buru hal cinta dan jodoh. Persiapkan diri dengan ilmu dan mandiri, nanti dah sampai masanya, barulah fikir soal kahwin semua tu. Banyak lagi benda penting dalam dunia ini dik selain cinta dan lelaki/ perempuan.

Ok, tu saja kut yang nak aku luahkan. Tolong doakan untuk aku juga agar bertemu dengan wanita sebaik-baik perhiasan dunia untuk dijadikan sebagai isteri dan peneman bersama untuk melalui ujian hidup di dunia ini.. Thanks.

– Akim (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *