Wanita Hamil a.k.a Job Hunter

Assalamulaikum warga IIUM. Pertama sekali terima kasih admin kalau sudi siarkan confession aku ni. Just nak meluah rasa kecewa. Tapi inshaAllah aku cuba untuk baik-baik saja dan fikir positif.

Begini ceritanya. Aku dulu grad tahun 2013. Beberapa bulan sebelum aku grad, aku dah diterima bekerja sebagai permenant staff dekat salah satu company yang gah dan agak besar. Hampir dua tahun aku kerja di situ dan semuanya baik-baik sahaja.

Tak ada masalah, environment okay, cuma biasalah kalau company besar politik office tak boleh lari. Kau kipas banyak, kau dapat lebih. Kau tak pandai kipas, begitulah kau 10 tahun akan datang pun. Tapi itu bukan masalah bagi aku.

Tahun pertama aku kerja, enjoy lagi. Tahun kedua pun enjoy lagi. Tapi time tu aku sudah terdetik, sampai bila aku nak berada di level yang sama. Kakak senior belakang aku dah 10 tahun kerja situ. Gaji permulaan dia RM1500. Sekarang sudah 10 tahun, gaji dia sama dengan gaji fresh grad sekarang.

Bagus company ni, dia still ikut market fresh grad starting salary RM2300-RM2800. Tapi untuk orang lama-lama, kenaikan gaji tetap ikut gaji awal 10 tahun yang lalu. Dari sudut skill dan knowledge, di situ lah ilmu kau. Tak kemana. 10 tahun buat kerja sama.

Kakak tu siap pesan, kalau kau nak tukar kerja atau nak tambah ilmu atau skills, tukar sekarang. Jangan jadi macam dia. Dah tua-tua gaji tak banyak, skills pun tak ada. Time tu aku muda lagi. Tapi lama-lama aku jadi takut. Takut dengan masa depan. Even aku belajar jugak skills baru tapi tak diguna pun tak jadi ape.

Sampailah satu saat, aku buat keputusan untuk tukar kerja. Aku tak tahu ini keputusan yang betul atau tidak, tapi inilah permulaan segala perubahan aku hari ini.

Aku tukar kerja baru dengan semangat baru dan azam baru untuk menuntut ilmu. Nak mendalami segala macam kemahiran dalam bidang yang betul-betul aku minat. Aku minat IT. So, kau tahu aku tukar kerja apa? Aku apply jadi intern balik dengan sebuah company IT yang baru je buka. Melihat pada kesungguhan aku yang betul-betul nak belajar, bos tu terima aku.

Dan alhamdulillah bos tempat baru aku sangat-sangatlah baik. Walaupun dia Cina, tapi aku respect gila-gila pada dia. Dia layan semua soalan-soalan bodoh aku. Dan aku jugak jenis budak yang tak tahu malu asyik tanya je.

Kadang-kadang menda dia dah terangkan 10 kali pun aku tanya lagi. Maafkan aku bos. Dia ajar aku macamana nak develop banyak menda start dari zero sampai la ke hero. Sampai tahap kau campak la apa pun masalah, inshaAllah aku boleh buat.

Berkat ajaran bos aku, aku dah pandai buat macam-macam. Dan bos aku ni dah tua, tapi dia still belajar. Sebab dia lah, sekarang alhamdulillah aku tahu banyak menda. Idea ada, cuma kadang perlu masa.

Kau campak la ape pun, inshaAllah aku boleh dan kalau tak boleh pun, aku akan cuba belajar. Hampir 2 tahun jugakla aku jatuh bangun dengan bos aku tu, budak intern bertukar ganti sampai aku sorang je tak berganti-ganti.

Beberapa bulan sebelum company aku tu closed sebab tak ada projek, bos aku ajar aku macamana nak cari kerja kat laman-laman freelance. Dia ajar aku cara nak jadi freelancer. Dia ajar aku cara cari project oversea. Tapi time tu aku tak tahu company nak tutup.

Sampai satu masa, bos aku cakap, dia dah tak ada duit. Dia akan tutup company dia dan dia bayar gaji aku sebulan. Dia betul-betul minta maaf. Ya Allah time ni aku sedih gila. Siapa lagi nak ajar aku. Tapi tu la, sampai bila aku nak jadi budak intern.

Lepas pada company tu, aku apply banyak company. Harini apply. Harini jugak ada orang call. Panggil interview. Tapi time tu aku darurat perlukan kerja, aku grab je mana-mana kerja yang berkaitan. Aku jadi programmer untuk satu company, dengan contract 3 bulan.

Belum habis contract, company lain dah panggil aku kerja. Tapi company yang aku kerja time tu, pun offer untuk extend contract aku selama setahun. Tapi time ni aku dah start jadi tamak. Sebab banyak sangat company yang aku pergi interview panggil aku kerja. Akhirnya buat pilihan untuk pilih company yang offer gaji paling tinggi. Dan company ni pula company oversea.

Sekarang, aku kerja di company yang HQ dia kt oversea. Cuma, dia baru je buka branch kat malaysia dalam setahun lebih. Pekerja kebanyakan dari negara depa la. Tak pasti kenapa tetiba diorang nak try market Malaysia. Gaji aku time ni dah lebih dari market gaji Malaysia sebab HR depa bayar gaji ikut market negara diorang.

Awal-awal tu aku syukur sangat. Aku ingat aku dah berjaya. Skills ada, gaji pun dah puas hati. Aku memang berterima kasih sungguh-sungguh pada bos aku dulu ajar aku macam-macam. Bulan 4 hari tu aku di sahkan mengandung. Alhamdulillah tambah-tambah aku happy.

Tapi tu la. Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Branch kat Malaysia ni kecil saja. Lepas lebih setahun mereka beroperasi, baru diorang sedar market Malaysia tak sesuai dengan perniagaan yang diorang buat ni. Baru-baru ni, diorang dah buat decision untuk tutup company ni. Dan sekali lagi aku terpaksa memburu kerja.

Okay, masalahnya bermula di sini. Banyak company panggil aku interview. Dan aku pun dengan yakinnya menghadirkan diri walaupun tahu tengah mengandung. Perut aku kecik, aku mengandung pun orang tak perasan. So, untuk interview pertama aku tak bagitahu aku mengandung, company tu call aku untuk start kerja.

Bila aku tahu company tu comfirm hired aku, aku dengan confident nya bagitau aku sekarang dah 5 months pregnant dan aku okay untuk unpaid leave time bersalin nanti. Kau tahu apa company tu buat? Serta merta reject beb. Pehh. sedih gila. Dia kata dia akan panggil aku balik lepas aku bersalin.

Company kedua aku pergi interview, memang dia betul-betul nampak berminat. Tapi at the end of the interview, aku berterus terang yang aku mengandung. Yang ni memang nampak perubahan muka tukang interview. Dia yang sebelumnya semangat interview aku, terus mati kata.

Dan dia cakap dia akan contact aku balik dalam masa 2, 3 hari hari. Sampai ke hari ni, tak ada pun yang call dari pihak diorang. Bila aku email diorang tanya status, barulah diorang bagitau, aku tak shortlisted. Sekali lagi sedih. Ya, mungkin aku tak layak juga untuk kerja di situ.

Company ke tiga, call aku, interview aku melalui phone. Dan dia email aku test, aku siapkan test dia bagi. Dan seterusnya dia panggil aku interview. Tapi yang ni, sebelum aku pergi interview aku dah bagitau siap-siap aku mengandung dan adakah diorang sudi terima aku kalau aku berkelayakan?

Sebabnya aku dah jawab test yang ambil masa beberapa jam juga untuk siapkan, dan diorang dah tahu tahap aku sampai diorang panggil aku untuk ke next stage. Tapi lepas aku berterus terang, dia bagitau aku dia akan contact balik. Dan sampai sekarang tiada khabar berita. Hahaha. Aku tak tahu la nak cerita camana, semua yang call aku panggil interview, aku dah bagitahu awal-awal aku mengandung, terus hilang dan senyap.

Apa orang mengandung ni tak layak untuk bekerja ke? Aku faham mungkin company tak nak bayar maternity leave, atau mungkin diorang ada long-term project yang perlukan orang untuk handle tanpa cuti lama dalam masa terdekat. Tapi tu la, sedih la jugak. Aku cuba positif.

Tapi kadang-kadang aku terfikir kenapa harus di diskriminasikan wanita mengandung. Kami pun ada komitmen. Kami bukan tak boleh kerja. Boleh sangat, malah aku rasa inshaAllah mampu untuk bekerja macam orang tak mengandung. Untuk keadaan aku la. Lain orang, lain fasa diorang time mengandung. Tapi untuk aku, inshaAllah aku mampu lagi. Tapi tu la, kalau dah tak diberi peluang, tak guna juga merayu-rayu.

Aku pernah contact balik company first aku kerja lepas grad dulu, kau tau apa diorang cakap, kita tak terima orang yang dah berhenti. Amboi. Terasa aku sampai ke tulang sum sum. Mana-mana company yang aku pergi interview sebelum ni, bukan lah 100% aku salahkan mereka.

Mungkin ada yang lebih orang yang lebih layak diorang interview lepas pada aku. Mungkin juga skills aku ni tak ada la hebat mana, sembang je lebih. Dan aku pun akui banyak menda lagi aku kena belajar dan memang aku tengah belajar pun. Cuma tak tahu nak cakap, sedikit terguris hati ini. Tapi tak apalah, sekurang-kurangnya aku dah usaha dan inshaAllah akan usaha lagi.

Sekarang, aku ingat nak fokus jela dengan kerja freelance. Kalau ada rezeki. Aku cuba apply balik apa yang bos aku ajar macamana nak submit proposal untuk bid projek-projek freelance. Tapi tu la, aku masih mencuba. Sedikit kecewa, tapi masih berusaha.

Aku tak minta ehsan apa-apa, cuma aku nak minta kalian doakanlah aku di temukan balik dengan kerja yang tetap. Aku apply kerja freelance pun kadang-kadang tak yakin, sebab aku sorang-sorang. Orang perempuan ni, kalau time datang blur dia, blur betul. Huhu.

Maafkan aku. Sebab tu la kadang-kadang rasa tak yakin. Tapi tak apa, aku cuba. Andai satu masa nanti aku di beri peluang jadi bos, aku janji aku tak kan diskriminasikan sesiapa. Cacat ke, mengandung ke, as long as kau boleh kerja, aku ambil. Itu angan-angan aku la.

Dan harapan aku, moga-moga bos di Malaysia ni terbuka hati untuk ambil orang-orang macam kami bekerja. Sekurang-kurangnya bagilah peluang. Itu ajelah. Yang nak kecam silakan, jangan lupa doakan aku dan orang-orang yang turut mencari kerja.

Semoga kita semua di pertemukan dengan rezeki yang lebih baik selepas ini. Buat yang masih mencari kerja, all the best. Moga Allah temukan sesuatu yang terbaik untuk kita dari sisi-Nya. Aamiin.

Okay, bye…

– Sara (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *