Wanita, Kecantikan, Supplement, dan Penyakit

Bila tengok tajuk, rasanya ramai yang dah tahu apa yang akan saya ceritakan.

Saya terpanggil untuk berkongsi apabila melihat ada artis yang perlu mengalami pembedahan disebabkan kanser dan ketumbuhan di dalam rahim.

Wanita memang sinonim dengan kecantikan. Bila nak cantik, kita makan supplement, makan kolagen, cucuk sana, cucuk sini.

Semua tu bukan semua orang sesuai tetapi kebanyakkan wanita tiada ilmu bidang kesihatan dan akhirnya sebab nak cantik, apa sahaja orang cakap akan beli, makan atau pakai (skincare).

Tak selidik samada mereka sesuai ke tidak nak makan supplement tersebut, dan skincare tersebut.

Jika perasan sekarang ada banyak wanita ada masalah hormon yang menyebabkan kitaran haid terganggu, kulit berjerawat, dan yang lebih menakutkan semakin kerap kita dengar wanita ada cyst, endometriosis, fibroid etc.

Jika supplement tersebut mengandungi estrogen/ phytoestrogen, sesiapa yang ada masalah hormon tidak sesuai makan supplement tersebut.

Jika anda makan juga, mulalah akan ada semula semua ketumbuhan yang mungkin anda pernah ada.

Kebanyakan penjual tiada ilmu, mereka bukannya ada sekuarang-kurangkan ijazah dalam bidang nutrisi, atau farmaseutikal.

Kebanyakannya bidang terjun, jika anda tidak selidik sendiri, kesannya kepada anda sendiri.

Kolagen begitu juga. Disebabkan nak kulit wajah yang mulus, ramai akan ambil kolagen.

Jika anda ada masalah hormon (kebanyakan wanita, anda pun tak tahu badan anda sesuai atau tidak), akhirnya akan ada cyst, fibroid. Masalah terbesar ialah anda ada ketumbuhan ini tetapi anda sendiri tidak tahu.

Jika period anda lain macam contohnya berterusan melebihi 15 hari, atau semasa bersama dengan suami rasa sakit, sila pergi klinik untuk buat ultrasound. Murah sahaja dalam RM50 sahaja macam tu sehingga ke RM100. Carilah klinik yang murah.

Ramai wanita juga ada masalah nak mendapatkan cahaya mata kerana cyst, fibroid, endometriosis ni. Cuba kita tengok semula apa yang kita makan?

Jika masalah tersebut tidak berpunca daripada supplement, ia juga boleh berpunca daripada makanan contohnya ayam, susu, semua makanan berasasakan tenusu, makanan segera, jeruk, makanan tinggi gula etc.

Boleh google sendiri ada banyak lagi makanan yang tidak elok untuk kesihatan wanita.

Antara makanan yang bagus untuk elakkan masalah ini adalah makanan yang tinggi antioksida, dan tinggi alkali.

Kebanyakan sayur-sayuran terutama yang berwarna hijau memang bagus untuk kesihatan. Teh hijau juga bagus di amalkan.

Ada banyak lagi buah-buahan yang bagus contohnya avocado, anggur yang gelap, blueberry etc. Minyak zaitun juga bagus untuk kesihatan kerana tinggi antioksida dan alkali.

Jika mampu setahun sekali boleh pergi buat medical checkup untuk ketahui kesihatan masing-masing termasuk la kandungan gula dalam darah, fungsi hati, buah pinggang etc terutamanya jika anda amalkan sebarang jamu, supplement etc.

Selain daripada masalah wanita, kita juga perlu risaukan buah pinggang kita.

Jika ambil supplement terlampau banyak, semuanya akan diproses di hati, dan dikumuhkan melalui buah pinggang.

Dua organ ni jika dah rosak, akan susah hidup masing-masing. Lagi tipis peluang nak menimang zuriat, dan anda dan hospital akan berkawan baik sebab setiap 3 hari perlu dialisis.

Supplement juga dos nya adalah lebih tinggi daripada makanan semulajadi.

Kesannya jika terlebih ambil supplement, boleh jadi batu karang pula. Dah menambah masalah nak keluarkan batu daripada buah pinggang atau hempedu. Sakit tau. Ia juga dah membazir duit asyik ke klinik dan hospital.

Jadi, berhati-hatilah wanita jika nak membeli supplement, skincare atau apa-apa yang memerlukan anda makan atau sapu.

Kita tak nak sebab nak cantik, ada kemudaratan di kemudian hari. Kulit yang gebu lama-lama akan kendur juga.

Tetapi jika dah kena kanser ke atau sebarang penyakit yang bahaya, hidup kita akan berubah cik puan sekalian. Nak-nak jika kena tahap yang dah teruk.

Akhir kata, jadilah wanita bijak. Jangan ikut nafsu. Nak makan apa-apa berpada-pada, nak sapu apa-apa pun di kulit, berhati-hati kerana ia akan meresap masuk ke dalam badan anda.

Untuk skincare pastikan bebas merkuri, jika pakai sebulan, kulit makin menipis, jadi cerah putih pink tetapi sensitif, tengok-tengoklah ya, takut ada merkuri.

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *