Hai, nama aku Serra Areline. Kawan-kawan panggil aku Serra. Umur aku 40 tahun, tahun 2025.
Aku nak berkongsi kisah kehidupan rumah tangga yang aku terpaksa lalui sepanjang kehidupan ini. Aku bukanlah asal dari keluarga yang terlalu miskin tak juga terlalu kaya, hanya sederhana. Namun sejak kecil, kehidupan aku ‘broken’.
Parents selalu bergaduh dan drama pukul memukul ni tak pernah lekang. Tapi kesabaran mak aku ni jelas tak pernah pudar dengan alasan bertahan kerana anak-anak. Tapi apa yang parents aku tak tau anak-anak mereka built mental illness, like PTSD (post-traumatic syndrome disorder) dan borderline personality disorder(BPD).
Aku pulak sejak berumur 5 tahun-8 tahun, jadi mangsa lelaki durjana Paedophilia. Sakitnya, Allah sahaja yang tahu, kerana aku tak dapat menjelaskan kepada parents aku, even my father was Policeman. Ni semua terjadi di rumah dan disekolah.
Walaupun begitu, aku usaha teruskan pelajaran seboleh yang mampu. Aku taklah cemerlang dan gemilang, tapi mampulah untuk meneruskan kehidupan dengan pelajaran yang ada. My parents, bukan sahaja sering bergaduh tapi aku dan adik yang nombor 2 tu selalu dipukul.
Sehinggalah aku berumur 18 tahun perkara ini masih berterusan. My father orang yang paling bertanggungjawab dalam ketidakstabilan keluarga aku. Mak aku penyabar sampai ada perempuan lain which is girlfriend abah aku tidur dirumah pun tetap bersabar dan belajar menerima.
Aku anak sulung, aku lah paling banyak menentang abah aku. Cakap lembut tak jalan, lama kelamaan menimbulkan rasa benci, kerana aku sendiri nampak segala kerosakan didepan mata. Abah aku memukul mak aku depan girlfriend ‘bertudung labuhnya’ itu lalu mereka hanya tersenyum dan boleh tidur sama-sama dirumah kami.
Penyudahnya aku dan adik beradik lain trauma dengan Wanita bertutup litup. Kami hilang watak penting dalam hidup aku iaitu ”father figure”.
Pada usia aku 19 tahun, aku dijodohkan dengan seseorang dari Negeri Sembilan. Aku setuju sahaja dengan perkahwinan itu. Aku cuba mencari bahagia dengannya tapi apa yang terjadi ex husband seorang yang panas baran, dan malas menunaikan Ibadah especially solat dan puasa.
Kesudahnya aku memang selalu kena maki dan tak boleh dibawa bincang even aku sudah bertungkus lumus jadi wanita yang baik.
Aku selalu stress, sedih dan keletihan mental. Ketika ini aku bukan sahaja tertekan dengan bekas suami yang sering bertukar-tukar pekerjaan, malas tapi duduk pula rumah dengan seluruh ahli keluarganya dan kena bertahan dengan sikap masing-masing. Perangai toxic, yang suka menyalahkan aku kenapa tak mengandung lagi, dan macam-macam.
Aku ajak suami solat dan puasa tapi aku kena maki dan macam-macam sindiran aku hadap. Keluarga ini juga sangat percaya dengan perbomohan.
Mereka percaya yang aku ada saka belaan memandangkan aku tak mengandung dan ya, sejujurnya sepanjang perkahwinan itu, kalau aku berjauhan dengan suami, aku merasakan seolah-olah ada sesuatu yang cuba ‘’meniduri aku’’.
Aku cuba dapatkan khidmat nasihat pihak pejabat agama Negeri Sembilan, tapi aku dinasihatkan oleh seorang pegawai agama berpangkat besar dalam pejabat agama negeri sembilan dengan satu perkara luar akal, suruh berhajat di kuburan para wali. Damn it!
Setelah bergelut 4 tahun dengan keadaan ini, aku balik rumah parents aku dan mohon fasakh serta masalah seolah-olah ada yang meniduri aku tu pun hilang.
Setelah hampir 8 tahun aku membujang, sekali lagi aku bernikah. Dia seorang lelaki yang kematian isteri dan mempunyai seorang anak angkat perempuan. Apa yang berlaku, semasa isterinya hidup mereka tidak mendaftarkan anak ini disaluran yang betul. Jadi JKM mendapat tahu perkara ini setelah dilaporkan oleh pihak sekolah anak tersebut.
Menurut dia dan keluarganya, JKM beri tempoh terdekat untuk lelaki ini mencari ‘’ibu’’ kepada anaknya memandangkan anak perempuan ini sudah masuk umur akil baligh. Jika tidak JKM akan mengambilnya untuk dijaga bawah pelindungan JKM.
Aku simpati dengan keadaan mereka. Tapi simpati aku ni tidak dapat mengubah apa-apa sikap perangai buruk si dia. Bila sampai rumah yang dudukinya selepas bernikah, segalanya terbongkar. Aku lupa nak beritahu, aku berkahwin untuk kali kedua ni memang tak berkenalan lama. Hanya sekali pertemuan sahaja iaitu semasa merisik. Dan tiada istilah dating.
Aku pun tidak berkenan menormalisasikan dating dan berdua-duaan dengan lelaki tambahan aku ada trauma rogol. Si dia ni mempunyai sikap pengotor yang tidak boleh dibincang, dia tak suka rumah bersih dan korek hidung, kentut merata-rata. Tapi mempunyai perwatakan ala-ala Islamic mungkin kerana berasal dari Kelantan.
Puas aku membersihkan rumah, tapi akan jadi perkara yang sama. Kami selalu bergaduh sehinggalah kerana masakan pun menjadi isu besar. Dia banyak kali mengugut aku, hinggalah sanggup menyebarkan gambar bogel isteri sendiri. Aku punyalah mengamuk tapi dia tak endahkan sehingga aku jatuh sakit.
Aku lumpuh setengah tahun akibat stress dan tekanan perasaan dan kecederaan spinal cord. Sepanjang aku sakit, hanya kenalan sahaja yang berulang alik menjenguk aku di hospital. Setelah aku sembuh, aku cuba berbaik dengan dia memandangkan aku rasa kesian kepada anak perempuannya. Ingat ada simpati, malahan aku dipukul dengan teruk dan hampir dibunuh.
Aku terlepas dari penyikasaan ini dengan merayu kepadanya dan mengikut sahaja semua kehendaknya. As well aku melayan nafsunya walaupun setelah ditumbuk diterajang. Siksanya Allah sahaja mengerti. Aku masih teringat pengalaman berjalan ketempat kerja dengan mengalir air mata kesakitan. Aku baru sembuh lumpuh, badan aku masih tak stabil.
Kawan sekerja aku bersimpati dengan aku dan cuba sembunyikan aku dari dilihatnya. Nak report polis? aku ada pengalaman buruk dengan polis, sehingga aku malas nak berhadapan dengan mereka semula. Selepas itu aku mohon fasakh sekali lagi.
Alhamdulillah, hakim tak banyak cerita kenapa dan mengapa sebab aku ada record kesihatan. Dia cuba mengelirukan hakim dengan perwatakan ”alim” kononnya aku melarikan diri dari rumah dan nusyuz, tapi not everyone was stupid.
Dipendekkan kisah, aku berusaha untuk bangun dari kesedihan yang melanda. Aku build kerjaya yang berpendapatan baik. Tahun 2018 aku mengambil keputusan untuk berhijrah ke Western Country untuk memulakan semula kehidupan. Aku ditawarkan jawatan yang baik disini.
Alhamdulillah, aku sangat suka pemandangan indah western country. Hidup aku normal semula. Aku travel banyak negara disini, Europe, UK dan middle east. Takdir jodoh, sekali lagi aku ditakdirkan bertemu dengan seorang lelaki yang berasal dari Palestine disini. Dia muda 7 tahun dariku. He was so perfect physically.
Aku banyak kali menolak ajakan dia untuk berkahwin memandangkan dia masih muda dan ada rupa. Aku ni tak berapa cantik dan dah berumur. Cuma apa yang menyebabkan aku terima juga pernikahan itu, sebab rasa simpati kepada dia yang mengalami traumatic sejak kecil kerana perperangan dan dia juga mangsa Paedophile serta dia hanya bersendirian di negara ini.
Awal perkahwinan segalanya indah, romantic tu macam ala-ala orang Italian style, boleh buta orang yang meilhat. Hahaha! Tapi semuanya tidak lama, rupa-rupanya dia ada sikap buruk another level yang sangat berbahaya. Bila dia mengamuk, satu bandar London dia boleh menjerit, menyumpah dan kencing merata-merata tanpa segan silu.
Sebenarnya sebelum-sebelum ini pun dia memang ada jenayah lampau. Dia juga mengajak aku buat macam-macam perkara yang tak masuk akal, seperti mencalar kereta mewah dan menyerang orang awam. Cuba bayangkan aku yang asal dari Malaysia, even kehidupan aku takdelah cemerlang sangat tiba-tiba dari seseorang yang professional bertukar jadi penjenayah di Western Country!
Dia suka memaksa aku membuat perkara yang luar dari batas kebaikan manusia. Aku malu teramat dan mula rasa bimbang. Dia juga consume dadah dan arak, dan mula control hidup aku, dia paksa aku berhenti kerja, malah dia spread hatred antara aku dengan company aku bekerja. Telefon atau apa-apa alatan komunikasi dia rosakkan dan musnahkan. Aku tak boleh berhubung dengan sesiapa.
Disatu tahap, dia memaksa aku melakukan hubungan suami isteri sehingga 10 kali atau lebih dari itu. Hidup jadi tak normal, makan entah kemana, ibadah jadi tak menentu. Dia juga mengugut untuk mencederakan aku. Hidup aku terumbang ambing, aku cuba melarikan diri tapi tak mampu.
Sehinggalah kesatu kemuncak hilangnya kesabaran, dia memaksa aku melakukan hubungan dari dubur, aku menangis dan merayu supaya tidak diperlakukan sedemikian, tapi dia mengasari tubuh badanku. Kesengsaraan ini tidak terucap dengan kata-kata, darah banyak sekali aku lihat dari tubuh sehingga aku tak terdaya dan pengsan. Dia memperlakukan aku seperti binatang.
Setelah aku terjaga dari pengsan sekali lagi dia ‘’merogol’’ ku. Sakitnya usah ditanya, aku hanya mampu menyebut ‘’Ya Zaljallah li wal ikram!’’ berkali-kali. Setelah selesai dia masuk kebilik air dan menutup pintu, kali ini Allah beri aku ilham untuk lari keluar dari rumah. Miracle! Allah selamatkan aku tanpa dia sedar aku dah keluar rumah.
Aku berlari sejauh 3-4km dari rumah diawal pagi ketika itu, dan meminta bantuan dari pekerja sebuah hotel untuk menghubungi polis. Disinilah bermula bantuan yang aku dapat secukupnya dari negara yang aku duduki sekarang.
Suami aku ditangkap polis atas kesalahan ‘’Rape and assault’’ dan aku diberitahu segalanya tentang latar belakang dia oleh salah seorang pegawai polis. Dia ada salah laku yang nyaris-nyaris hampir sama satu ketika dulu cuma tidak sempat merogol. Dan dia memang di register sebagai ‘’sex offender’’.
Polis dapat segala bukti dari apa yang dia dah buat kat aku, dan dia dari dalam penjara menceraikan aku talak 3. Dengan kejadian ini, aku dapat flash back, nightmare dan hampir ambil nyawa sendiri.
Ingat tak family aku yang aku ceritakan diatas? None of them support aku dalam hal ini dan negara kita susah orang nak faham suami rogol isteri malahan kita tak implement pun undang-undang ni.
Allah perancang yang terbaik! Sebenarnya aku dapat ugutan dari beberapa pihak, memandangkan mereka tahu status Refugee dia akan di revoke setelah habis hukuman penjara dan dia akan diharamkan masuk ke negara ini kembali setelah dihantar balik kenegara asal. Dan aku dapat perlindungan sepenuhnya dari government negara western ini.
Hampir setahun aku cuba heal. Aku tutup semua komunikasi yang tidak membantu pembaikan diri dan resilient. Aku steadfast pada agama ini, aku lebih dekat kepada Allah, consistence Tahajud, solat sunnah taubat dan bercampur dengan komuniti setempat.
Allah memperlihatkan kepada aku tentang bagaimana negara luar menyantuni wanita yang menjadi mangsa Sexual & Domestic Violence regardless your immigration status.
Walau mereka non muslim dan berlainan warna kulit dan bangsa mereka menganggap aku macam anak dan adik kandung sendiri. Yang lelaki sangat menghormati aku sebagai wanita muslim dan aku tak mengalami isu racist disini.
Aku bertemu dengan ramai wanita dari negara so called Muslim country yang disepak terajang para suami, yang dianiaya dengan pelbagai sudut, termasuklah yang mahu menjual isteri,mempergunakan isteri hanya sebagai hamba.
Aku terkilan, mengapa ramai so called lelaki Muslim sanggup menganiaya wanita dalam dunia ini. Di mana permulaan semua ini berakar umbi?
Namun, dari pemerhatian aku, ini adalah bermula dari institusi kekeluargaan dan menjadi tanggungjawab individual menjaga akhlak. Aku sangat bersyukur, aku dapat mental health support yang sangat gemilang dinegara ini.
Doktor menasihatkan aku tidak bergantung kepada pelbagai jenis ubat dan refer aku kepada group yang membantu untuk rebuild life, well-being.
Nak diceritakan sampai 10 muka surat pun takkan habis. Aku nak conclude kisah aku disini, aku memilih untuk bujang selepas ini dan focus kepada pelajaran dan kerjaya. Aku dah tak kisah orang cakap tak kahwin tiada anak dan bila dah tua sunyi nanti, siapa nak doakan. Semua itu hanyalah kata-kata dan tanggapan manusia semata-mata. Aku sangat yakin, Allah the best planner.
Kepada wanita diluar sana especially warganegara Malaysia, jangan biar diri anda dibuli orang yang sepatutnya menjadi pelindung anda, specificly lelaki tak bertanggungjawab. Jangan jadikan alasan anak untuk bertahan. Islam tak mengajar kita untuk bertahan dengan kezaliman. Tubuh ini pinjaman Allah, ada akal guna.
Biarlah bercerai sekalipun, asalkan tak gila, tak sakit!! Sakit berpisah sementara sahaja, minta Allah perlindungan. Kita wanita kena kuat, jangan bergantung sepenuhnya kepada lelaki.
Aku ada Hasrat yang tinggi, jika aku direzekikan balik Malaysia, aku nak tubuhkan pertubuhan khas untuk wanita teraniaya dan aku nak volunteering bekerja untuk kanak-kanak berkeperluan.
Aku dalam proses menghabiskan pengajian dalam Psychology, aku nak bertugas secara volunteer tanpa meminta bayaran dari sesiapa demi menyokong emosi, well-being bangsa ku.
Aku juga percaya, penyakit mental dan fizikal boleh disembuhkan dengan mengamalkan segala perintah Allah, mendalami Al-Quran dan Sunnah serta memahami maksud tujuan hidup selain consume ubatan doctor. You know what? I learn this from this lovely country.
Maaflah, aku sometime tak berapa setuju dengan kenyataan orang negara kita yang hanya berpandang buruk tentang orang west country. Ada kebaikan amalan berakhlak mereka yang tak setanding negara kita even Malaysia dikatakan Islamic country.
Benar kata-kata, untuk mempelajari hidup secara mendalam, berjalanlah melihat ciptaan Allah, bertebaran lah keseluruh bumi Allah. Akhir kata, semoga tahun 2025, wanita semakin cerdik, cerdas dan Berjaya! Aamiin.
Yang ikhlas,
– Serra Areline (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit