Untuk part I, (https://iiumc.com/wanita-kuatlah/).
Hi, terima kasih IIUM Confession kerana menyiarkan confession aku. Aku ada baca komen-komen, terima kasih kepada semua yang sudi baca dan komen.
Aku besyukur untuk semua komen yang diberi tak kira yang memberi kata-kata semangat atau berupa negative side. Wallahi, aku bukan AI atau cerita yang sengaja direka.
Allah melihat setiap apa yang berlaku diatas bumi ini, sedangkan para utusan Allah yang maksumkan ada yang kecam dan dibenci, apatah aku insan yang kerdil lagi penuh kejahilan. Aku terima seadanya apa pun yang dikatakan. Aku terima sebagai pengajaran dan untuk kebaikan diri aku.
Masyarakat khususnya kadangkala tidak peka kepada keadaan sekeliling, sebab itu mengapa sejarah yang aku lalui ini orang beranggapan seperti dongeng semata-mata kerana factor tidak pernah mengalami situasi yang dialami insan lain.
Jika sesiapa yang pernah bercampur atau mengenali dengan wanita-wanita dari Pakistan, Afghanistan, Africa dan seumpanya akan ada cerita yang lagi luar biasa berkaitan domestic violence, sexual harassment, Female Genital Mutilation dan sebagainya.
Sepanjang aku mendapat perlindungan disini dan bercampur dengan komuniti setempat, ada masa aku rasa apa yang berlaku kepada aku hanya kecil je berbanding mereka.
Di usia muda mereka bukan sahaja menghadapi penderaan dari pasangan sendiri malah society dinegara asal mereka.
Berapa ramai kenalan aku yang beasal dari negara-negara ini yang ahli keluarga dibunuh kerana force marriage, yang diugut bunuh sehingga terpaksa lari dari negara asal dan ada yang dipancing oleh pasangan sendiri untuk ikut kenegara ini,
Dan akhirnya bila berjauhan dari keluarga wanita berkenaan mereka diberi layanan seperti binatang dan hamba. Bertahun-tahun menderita.
Aku akui sebab utama aku seperti tak boleh lari dari jodoh yang abuser kerana terlalu lama berada dalam situasi ‘’gaslighting’’, dari kecil sehinggalah membawa kebesar.
Aku ada mention yang aku ada PTSD, BPD. Dan aku selalu bertanya dengan GP (doctor) & Psychologist aku disini kenapa aku sentiasa dalam circle ini,
Mereka jawab Vulnerable women macam aku sometime ada ‘’bau’’ yang dapat dihidu oleh pemangsa dan akan ada attachment negative. Apa yang aku dapat dari rawatan disini bukan sahaja mental health tapi mereka guide macamana nak kenali dan kendali ‘’pemangsa’’.
Aku juga akui memang ada silap dalam setiap hubungan perkahwinan aku yang lepas. Dua darinya kerana aku simpati dan terima sahaja perkahwinan itu dan perkahwinan pertama sebab menghormati jodoh yang diperkenalkan oleh orang-orang tua.
Mamat Palestine tu, sebab aku benar-benar simpati terhadapnya tambah-tambah aku berniat benar-benar nak sokong emosinya. Even dia buat aku menderita tidak sedikit pun goyah hati aku untuk terus support saudara kita disana, dan negara-negara lain khususnya yang bergolak.
Untuk yang mencadangkan aku berkahwin lagi, I’m so sorry saudara, aku memang dah tutup pintu hati aku. Aku redha dah dengan keadaan single ini. Aku berdoa Allah gantikan suami untuk aku disyurga, In shaa Allah.
Walaupun aku duduk di negara western yang indah ini, fikiran aku masih memikirkan kemaslahatan di negara kelahiran.
Kalaupun aku tak berkesempatan menunaikan hasrat aku untuk fully support seperti yang aku nyatakan pada confession aku yang lepas, aku akan pastikan ada penyambung niat aku itu.
Walaupun aku selalu berada dalam situasi yang ‘’broken’’ aku masih berpegang kepada: Al-Maidah ayat 2, “Dan tolong-menolonglah kamu dalam kebaikan dan ketakwaan” dan sebaik-baik manusia adalah yang paling banyak manfaatnya kepada manusia lain.
Akhir kata, aku akan sentiasa doa untuk semua rakyat Malaysia tak kira dimana jua berada. Dan aku tak mengatakan semua lelaki itu jahat, hanya focus kepada yang kurang berkahlak dan tidak faham tujuan diciptakan untuk melindungi wanita.
Sekeras mana pun wanita, lelaki tidak layak memukul, abuse mentally. Tiada alasan untuk pukul wanita. We must love and respect each other.
Thanks again and this is my last confession.
If one day you know ada volunteer organisation yang bergerak untuk support wanita dan kanak-kanak berkeperluan serta segala perkhidmatan adalah percuma tanpa bergantung dengan mana-mana sumber sumbangan, it may be one of my organisation, in shaa Allah.
Semoga hajat ini tercapai dan dipermudahkan Allah.. aamiin.
Yang ikhlas,
– Serra Areline (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit