Wanita Kulit Sensitif vs Kulit Berkerak

Assalamualaikum semua. Berbesar hati jika admin siarkan kondisi kritikal saya ni. Lihat tajuk, dah boleh agak kan? (mungkin.. Hehe). Isu sensitif wanita. Kaum lelaki mungkin nak baca confession2 di ruangan lain? Heeee…

Intro… Umur akhir 20-an dan masih single. Antara adik-beradik, saya sahaja yang ada kulit versi EXTRA sensitif. Salah pakai pencuci muka, dalam tempoh 24 jam dah naik jerawat batu. Solusi untuk muka, hanya pakai wet tissue dan Alhamdulillah, jerawat tak seteruk dulu.. Pendek kata, salah krim atau ubat, memang akan efek dalam tempoh 24 – 48 jam. Oh, seafood pon tak boleh makan. Jadi, memang kena tahan nafsu makan seafood.

Kembali kepada isu kulit sensitif tu.. Dulu (agak2 18 tahun lepas), TERSALAH pilih deodorant (terjebak tgk kawan2 pakai dan speedstick packaging purple tu memang wangi). Bila pakai, memang wangi dan segar. Tapi dalam masa yang sama ketiak jadi gatal2. Ingatkan miang biasa2 je dan saya continue pakai, hampir 3 hari (saya ignore rasa gatal tu) . Sehinggalah naik ruam yang sangat2 merah dan sangat2 gatal. Terus berhenti pakai deodorant tu dan doktor suruh sapu krim + makan ubat utk hilangkan rasa gatal tu. Settle!

Isu kulit sensitif tu juga affect area bawah sanaaa tuuu.. Pernah sampai 1 tahap naik kurap, gatal sampai ada gelembung air. Punca, sebab tersalah gune pencuci dan mungkin penggunaan shaver yang menyebabkan gatal tu merebak. Masa tu muda sangat2 dan takut nak share dengan orang lain, termasuk mak sendiri. Bila dah teruk sangat2 (sampai tahap kena letak tisu, kalau tak seluar akan basah kat bahagian tu), terpaksa juga tunjuk kat mak (sambil menangis2 sebab takut..) Terus bawak pergi klinik pakar kulit dan dapat ubat sapu + makan) – langsung gatal2 tu stop dan kurap kering – no more kurap Sampai sekarang!

Tapi 2-2 isu terbesar yang saya highlight kat atas tu mengakitbatkan kulit saya kekal hitam dan berkerak (baca sebagai-parut, BUKAN DAKI DEGIL). Macam2 yang saya buat untuk hilangkan – scrub mcm2 jenis (scrub guna gula, guna garam, guna komersial scrub), krim jenama molek2, sabun siam, sabun putih dalam masa 5 minit, etc, etc- TAPI tak ada 1 pun yang berkesan/beri perubahan. Betul2 buat saya hilang keyakin. Nak kahwin pun saya takut suami saya nanti hina/pandang rendah kat saya (sampai dalam otak dok fikir, mesti kena cerai lepas 1st night) T_T

Baru2 ni saya bertemu bakal jodoh (sebab masing2 tak confess apa2, cuma saya sahaja rasa acah2 bahagia.. Hahaha). Tapi saya risau kalau andaian saya berkenaan insiden lepas 1st night tu betul2 terjadi.

Bantulah saya…… Hari-hari nak menangis bila fikir nasib badan ni.. Tolong bagi saya sebarang cara atau solusi untuk hilangkan hitam pada bahagian tu dengan pantas dan berkesan……

– Wanita Extra Sensitif

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *