Assalamualaikum. Terima kasih pda iiumc kerana sudi untuk post confession ni.
Firstly, aku merupakan seorang pelajar di sebuah kolej. Tujuan confession ni dibuat adalah untuk berkongsi serba sedikit pandangan aku terhadap isu lelaki, wanita dan pandangan berdasarkan pengalaman yang sedia ada.
Dalam kelas aku, ada dua orang perempuan ni yang pada aku memang cantik dan cerdik. Aku namakan diorang Sofi dan Nina Nina ni cantik dan seiras-iras kacukan, tapi sayangnya dia ada sifat suka ‘tayang aset’ dan attention seeker. Itu je perangai dia yang paling aku tak berkenan. Macam tu jugak Sofi,ada kacukan sikit. And of course lah kan Sofi dan Nina ni pun tak kurang ramai juga peminat.
Ok sekarang aku nak share tentang pandangan makhluk bernama lelaki terhadap dua orang wanita ni. Bila aku comparekan cara pandangan seseorang lelaki masa pandang Sofi dan Nina ,terus terang memang boleh bezakan. Aku perhatikan, lelaki bila pandang si Nina ni, diorang akan fokus dekat bahagian ‘aset’ tu. Lain dengan cara lelaki pandang si Sofi ni. Diorang hanya pandang muka sahaja dan terus senyum. Seolah-olah satu nikmat bila dapat pandang dia. Satu kebahagiaan. Haha.
Sofi ni seorang wanita yang cool je pada aku dan dia suka bergaul dengan member-member dia je termasuk lah aku. Bukannya dia sombong,cuma mungkin dia rasa selesa dengan kawan-kawan dia je.Earphone dan Sofi ni memang tak boleh dipisahkan. Songs lover,maybe ? Aku sangat adore dengan perempuan yang macam ni. Dah cukup cantik dah, pintar, lepastu dia tak kisah pun untuk tarik perhatian lelaki untuk suka dia.
Since aku dengan Sofi ni rapat, pergi mana-mana pun kitorang mesti berkepit. Dan setiap kali tu lah,akan ada mata-mata lelaki yang pandang si Sofi ni. Kadang aku rasa bangga jugak bila berjalan dengan dia ni. Bangga sebab walaupun dia tahu lelaki pandang dia, dia still maintain cool je. Senang cerita tak tergedik-gedik macam si Nina tu.
Kadang-kadang aku pelik jugak dengan si Sofi ni. Bukannya takde lelaki yang handsome suka kat dia. Ramai je. Even yang hot stuff pun usha dia. Tapi dia boleh buat macam tak ada apa2. Tapi aku tau yang si Sofi ni ada minat kat dua tiga lelaki. Dan menurut firasat aku yang boleh dipercayai ni, lelaki-lelaki yang dia suka tu suka jugak kat dia. Dan dia tahu. Cuma itulah, dia pilih untuk relaks je. Haih.
Okay cerita pasal Nina ni pulak, dia ni bila aku cakap dia ‘attention seeker’ , I meant it. Since Nina ni memang tau yang si Sofi ni memang ramai peminat, dia suka menempek dengan geng kitorang. Aku tak tahu apa motif dia sebab sebelum ni takde pun nak rapat sangat macam sekarang ni. Nasib baik lah si Sofi ni cerdik. Dia tahu Nina ni ada niat lain. So dia playsafe je.
Nak dijadikan cerita, satu hari tu. Nina dengan Sofi ni tak bertegur pun sepanjang pagi tu. Sebab apa aku tak pasti. Bad mood maybe. Then aku dan Sofi ni pergilah beli air kat mesin gedegang tu. Haus la katakan. Yang Nina ni duduk kat bench yang berhampiran dengan mesin air tu. Masa kitorang beli air, ada sekumpulan lelaki yang pada aku boleh tahan kacaknya pun lalu. And macam biasa usha la si Sofi ni. Dan tiba-tiba ibarat The Flash, muncul si Nina kat sebelah kitorang dengan ramahnya.
Haha sadiskan hidup dia. Terlampau bergantung dengan perhatian. Tadi tak rapat pun boleh jadi rapat terus. Aku bukannya tak nak husnuzon, tapi aku dah hadap benda ni selalu sangat dah. Muka Nina ni dah cukup cantik dah pada aku. Tapi kenapa dia pilih untuk seek people’s attention towards her? Bukannya kami tak tegur, tapi dah macam masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Eh terbalik eh. Kawan-kawan sekelas kami pun dah masak dengan perangai dia yang serupa plastik. Paling menghairankan kitorang, ada je tiga empat orang classmates perempuan kitorang yang dia tak bertegur. Tapi lelaki kelas lain boleh pulak bergurau senda. Hmm pelik bin ajaib.
Aku tak nafikan yang Nina ada ramai kenalan dekat kolej ni. Mungkin tu salah satu sebab dia feeling confident buat apa-apa kat kolej ni.
Banyak lagi lah cerita yang aku nak kongsi tapi aku rasa buat masa ni,cukup lah itu sahaja hehe. Ok point sebenar yang aku nak cakap ialah, kita sebagai perempuan kena jaga perwatakan kita and always be humble. Attention yang kita dapat tu tak kekal lama pun. Apa yang kita perlu adalah hormat dan redha dari orang lain. Jangan terlampau sibuk untuk kejar ‘keglamouran’ dan perhatian dalam hidup. Its totally not worth it.
Dan walaupun kita ni disukai ramai, jangan terlampau berbangga dengan kelebihan tu. Allah kalau nak tarik nikmat tu,sekejap je. Be humble and cool like Sofi. Plus tak lari pun jodoh kalau dah ditetapkan. Haha. Ok good luck guys.
– Kawan si Sofi
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit