Wanita Misteri

Hi Semua.. Terlebih dahulu, terima kasih admin kerana menyiarkan cerita aku.

Dalam tiga (3) bulan lepas, aku dapat whatapps dari seseorang ni, sekadar mesej ‘Hi’. Then tanyalah siapa.

Dia jawabla nama dia ROS (bukan nama sebenar). Aku malas sangat nak melayan orang tak kenal ni. Aku biar jerla.

Week after, dia greeting mesej lagi. Then another week dia greeting mesej lagi. Aku still tak layan.

Then, aku ada time free. Saje membelek telegram (jarang buka telegram aku ni). Then tertengok contact dia ni. Macam cun la plak. Then aku messages dia balik.

Kami bermesej and aku rasa seronok and selasa dengan dia. Kami mengenali lebih dalam, bertukar gambar dan voice chat, messaging dsb. Bila dah selesa, aku ajak la dia keluar, dia diam, ajak call, dia diam.

Ape benda ni? Aku kene scam ker.

Actually, sepanjang kami kenal ni, pernah messages aku dia sidai berminggu. Aku rasa macam dah angau, tapi dia ni macam tak nyata plak. Tapi nak kata tak nyata, macam nyata. Nak kata scammer, takde plak aku rugi apa2 – setakat ni.

Ada gak aku usaha cari dari dia ni kat sosmed – tak jumpa. Do some tricks/pencarian on info yang aku ada (based on gambar, phone no and penceritaan dia) – still tak dapat.

Pernah juga aku hantar dia bunga (dari info tempat dia yang dia kata dia bekerja) – dia tak jawab call florist tu. Burn mcm tu jer bunga tu.

Saja share nak meluahkan. Lagi satu, nak tanya kot sesape tau cara nak dapatkan details orang dari nombor telephone. Geram pun ada gak ni, macam ingin tapi tak ingin.

Jangan nak kecam suh aku bersabar plak, kot nak cakap aku dah sidai dia sebelum ni, ni time dia sidai aku.. takde2.. lain cerita dah sekarang, haha.

– AARHAZRAWAM (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *