Terima kasih kepada admin keran memberi peluang untuk luahan saya ini disiarkan. Semoga ianya menjadi tauladan kepada bakal2 isteri dan bakal suami.
Kebelakangan ini saya melihat terlalu banyak luahan wanita yang suka menentang lelaki atau suami. Pantang statement prowanita dari mana-mana terus viral. Rase pelik tapi respect ramai lelaki yang mengambil pendekatan mendiamkan diri. Diam tidak bermakna setuju dengan kenyataan wanita.
Ok kembali kepada tajuk di atas. Saya telah berkahwin dan dikurniakan 3 orang yang comel2. Alhamdullilah. Isteri saya bukan dikalangan yang berpendidikan tinggi tapi takat spm je berbanding saya kelulusan ijazah kejuruteraan. Pemilihan ini adalah berdasarkan pengalaman ramai wanita yang berpendidikan tinggi lebih cenderung utk melawan suami ataupun ego. Namun isteri sy tetap berkerja dgn pendapatan 2000 sebulan. Alhamdullilah.
Selama berkahwin 5 tahun saya akan membuat aktiviti ini bagi memastikan isteri saya tidak terjerat dgn ideologi wanita moden konon hak wanita perlu dijaga dan kesemarataan dalam keluarga.
1. Xpayah nak sama level dgn laki. Sebenarnya taraf wanita dah lebih tinggi dari lelaki. Klu nak sama maknanya menjatuhkan diri sendiri.
2. Sibuk kerja pun camne kene buat kerja rumah memasak, basuh kain lipat baju menyapu. Klu rase xlarat berhenti kerja. Laki boleh mbantu tapi bukan ambik alih tugas. Lelaki bantu sediakan peralatan memask dan bahan mentah. Lelaki boleh masak tapi xboleh dipaksa melainkan isteri sakit.
3. Anak membesar sekali je, tinggi pangkat macamane pun gaji tinggi mane pun. Ingat anak itu anugerah allah, tiada syurga bagi isteri jika tidak berbakti pada suami. Alhamdullilah isteri sy berhnti kerja. Lagi byk jimat rupenye. bayaran pengasuh tu boleh beli rantai utk bini. Perasan atau x masa utk anak dalam sehari adalah 2-3 jam sebelum anak lena bagi isteri bekerja. So anak memang xcukup kasih sayang.
4. Kasih sayang, cinta dan rindu itu semua dari Allah. Jangan duk merayu dekat suami nak minta kasih sayang nak manje dan lain2. Tapi merayu dekat Allah. Insyallah perasan tu akan datang. Saya xpernah pujuk isteri melalui perkataan tapi melalui perlakuan dan doa.
5. Jangan duk tension apa yang orang lain ade. Tapi besyukur apa yang ade. Ikut kemampuan suami bukan kemahuan diri. Rezeki manusia xsame.
6. Senjata wanita adalah kelembutan tutur kata. Gunakan sebaik mungkin jangan guna kekerasan terhadap suami. Dapat dosa dan neraka biarpun meninggi suara sedikit. Syurga suami dekat ibunya bukan dekat isteri. So jgan nak jeles klu suami sayang mak die. Suami kenal mak die lagi lame dari suami kenal isteri.
7. Poligami. Jangan nak halang suami nak poligami. Makin dihalang makin menjadi. Cuba setuju dan tolong carikan jodoh. Lagi suami xnak poligami. Reverse sekologi.
Kesimpulan nye isteri orang dulu2 sampai 15 orang anak. Masak tetap maintain utk anak2. Basuh baju guna tangan bukan mesin basuh. Apa yang suami idamankan dari isteri adalah kesenangan kamu dihari tua. Contohnya kamu rindu x masakan mak kamu sekarang? Rase nak balik jenguk mak kan. Ayah ade kamu ingat? So pikir2 la wanita semoga diberi hidayah bagi kamu.
Jahat mcm mane pun suami itu dose die dgn Allah. Terus berbakti klu xtahan lapor kepada jabatan agama minta fasak. Senang.
– Adam
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit