Wanita Paling Jijik

Salam, saya nak luahkan, sebab..

Saya tak ada orang yang saya percaya.

Maafkan saya sebab kalau korang baca ni, korang rasa saya pelik, tapi ini apa yang saya simpan.

Dulu saya orang kaya. Mak ayah ada bisnes besar. Apa je yang saya nak, saya dapat. Masuk tahun 2023, semua berubah. Bisnes lingkup. Orang viral fitnah sana sini. Sampai mak ayah pinjam *** untuk teruskan kehidupan.

Saya tak pernah salahkan mak dan ayah sebab, mak dan ayah orang yang baik. Terlalu baik. Saya marah tuhan kenapa uji mak bapak saya macam ni.

Saya hampir tak nak solat, nak buka tudung, nak tunjuk yang saya memberontak dengan tuhan. Tapi, saya tak sampai hati, sebab saya sayang agama ni. Demi Allah.

Lepas beberapa bulan hidup susah, lari sana sini dengan keluarga, sorok dari semua orang, saya dapat kerja. Dekat tempat kerja saya, semua orang yang tahu masalah saya, baik sangat. Sudi bantu dan bagi sokongan.

Diorang kata saya tak ok walaupun berkali-kali saya tegaskan yang saya ok. Tapi sebenarnya, ya, saya tak ok. Mental saya hancur sebab tak pernah hidup susah macam ni. Nak makan kena fikir cukup tak untuk esok? Kalau habiskan nasi ni, esok tak cukup macam mana.

Ada sorang hamba Allah dekat area tempat kerja saya tu pun sanggup tolong bagi hadiah saya RM2k untuk teruskan kehidupan sementara nak tunggu gaji pertama kerja.

Dia cakap dekat saya, “tak perlu bayar semula” sumpah, hamba Allah ni baik sangat. Terlalu baik. Start dari situ saya mula teruskan kehidupan saya dengan keadaan mental saya baik.

Beberapa bulan lepastu, ada sorang lelaki approach saya. Dia manager berdekatan kawasan tempat saya kerja. Saya pernah kenal dia dan dia pun pernah kenal saya dulu-dulu. Dia approach saya, cakap dia nak kenal saya dengan lebih mendalam.

Mula mula saya memang rasa awkward sebab dia kawan saya sahaja pada awalnya. Disebabkan kawan, dan dia orang yang dikelilingi oleh majikan-majikan saya yang circle semua baik-baik, saya mula percayakan dia.

Disebabkan saya tengah susah masatu, dia tolong bayarkan bil telefon saya. Start dari situ, saya mula percayakan dia. Kerap lepas balik kerja, dia ajak saya jumpa dan keluar, pergi makan. Office dia tempat lain, office saya tempat lain. Tapi kami berada bawah satu company yang sama.

Start dari situ, baru seminggu dia mula cakap saya cantik, dia nak kahwin dengan saya, dia cakap nak jaga saya bila tahu semua masalah yang saya tengah hadap.

Lama-lama, saya terjatuh dalam jerat dia.

Saya bodoh. Saya bodoh. Saya bodoh. Saya bodoh sebab percayakan lelaki. Dia mula nak pegang tangan saya dalam kereta. Saya bagi. Dia buat saya rasa dihargai. Dia peluk saya. Dan lama-lama, dia ajak saya buat benda tak baik.

Dia banyak ajar saya buat benda bukan-bukan. Dia ajak saya balik rumah dia dan saya setuju. Maafkan saya, saya tahu saya bodoh.

Saya tak pernah tahu berzina tu macam mana. Apa yang dia buat pada saya cuma ringan-ringan kata dia. Dia kata itu bukan zina. Sebab saya cakap dekat dia saya tak nak berzina. Masa dekat rumah dia, timbul penyesalan ibarat suara kecil dalam hati saya. Apa yang saya buat ni ya Allah.

Walaupun saya dah mula rasa macam tu, hari berikutnya, saya masih biarkan diri saya dan diri dia buat perkara sama. Saya seronok sebab rasa ada orang sayang dan protect saya.

Tapi dalam pada yang sama, saya tak nak semua ni jadi, saya mintak pertolongan dengan Allah melalui suara hati kecil saya. Sungguh, saya perempuan jijik. Maafkan saya ya semuanya.

Sampai satu masa, semua jadi dingin. Dia kata dekat saya, dia tak sanggup nak rosakkan perempuan baik macam saya. Dia cakap dengan saya, buat biasa je jadi kawan. Tak ada lagi bahasakan diri macam orang bercinta. Dia lain sangat.

Dia kata dia takut Allah marah, dia kata dia nak berubah dan taknak rosakkan saya. Saya ok, saya terima sebab dalam pada masa yang sama saya pun tak nak buat benda ni semua. Saya serba salah dengan Allah.

Lama-lama hubungan jadi dingin, saya mula cari question macam macam. Dan lastly, dia decide untuk tak nak ada apa-apa dah. Saya marah, saya mencarut, saya cakap dekat dia tentang apa yang dia dah buat dan ajar saya.

Dia mengaku salah dia, dia kata memang dia jerat saya. Cuma setelah tu dia tak sanggup nak rosakkan saya. Lepastu, masuk sampai harini, saya putuskan contact dengan dia, saya taknak tahu apa-apa lagi pasal dia.

Saya marah diri saya sebab terlalu mudahnya percaya lelaki. Dan saya marah dia sebab ambil kesempatan atas kesusahan hidup yang saya tengah hadap sekarang.

Dia minta maaf pada saya, tapi mula2 saya tak terima. Saya cakap dekat dia, saya bersumpah dia akan rasa apa yang saya rasa satu hari nanti.

Tapi lama-lama, bila saya solat taubat, minta ampun dari Allah atas setiap kejijikan yang saya dah buat, saya terbuka hati untuk whatsapp dia semula dan cakap saya maafkan dia. Sebab saya rasa, tak mungkin Allah akan ampunkan saya, kalau saya doakan yang teruk2 untuk dia dan tak maafkan dia.

Saya maafkan, cuma wallahi saya tak lagi nak bersahabat atau berjumpa dengan dia tanpa sebarang urusan. Kelibat dia pun saya tak nak lagi tengok, sungguh saya insaf.

Harini saya nak bagitahu pada semua orang,

Jangan lah kita mengambil kesempatan di atas kelemahan, kesusahan atau musibah yang orang lain tengah hadapi. Sebab orang yang tengah ada masalah hidup, dia sangat perlukan perhatian dan kasih sayang.

Dan untuk perempuan, jaga diri, jangan terlalu percayakan dengan kata-kata manis lelaki. Ingat, lelaki baik tak akan sentuh kita sebelum adanya akad. Ini yang sifu saya dekat pejabat pesan bila dia tahu masalah saya ni.

Saya masih suci cuma dalam pada masa yang sama, saya terlalu jijik dengan diri saya sendiri dan disebabkan kekotoran ini dah bunuh mental saya untuk teruskan kehidupan.

Cuma, setiap hari saya percaya, bila Allah masih bangunkan saya, saya masih ada peluang untuk bertaubat. Saya sayangkan agama ni, saya terlalu sayangkan Allah. Mungkin Allah datangkan dia sebagai ujian untuk saya, namun saya gagal. Dan saya akan ambil iktibar atas kekhilafan ini.

Ampunkan saya wahai Allah.

– Ana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *