Wanita Perlu Tahu Apa Itu Bartholin Cyst

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hai aku N berumur 23 tahun dan masih belum berkahwin. First aku nak minta maaf jikalau cerita aku tak tersusun atau susah nak faham. Cuma aku harap ada insan yang dapat sudi bantu aku untuk rawat penyakit ni.

Bagi aku, tahun 2019 sangat menguji aku dimana doktor telah mengesahkan aku mempunyai Bartholin cyst. Yang mana sepanjang hidup, aku tidak pernah lagi mendengar nama penyakit tersebut.

Untuk pengetahuan semua, mengikut kata doktor setiap wanita mempunyai sepasang kelenjar Bartholin, satu di kanan dan satu lagi di kiri bahagian berhampiran pintu faraj. Kelenjar ini berfungsi menghasilkan cecair sebagai pelincir apabila nafsu seseorang wanita terangsang.

Setiap kelenjar bartholin berfungsi menghasilkan cairan, yang kemudian disalurkan keluar melalui saluran yang disebut saluran kelenjar barthollin.

Fungsi cairan ini adalah menjaga kelembapan vagina agar dalam keadaan sihat. Jika kelenjar bartholin terganggu, maka produksi cairan vagina turut terganggu dan menyebabkan terganggunya kesihatan vagina.

Lazimnya kelenjar Bartholin yang tersumbat laluannya boleh menyebabkan cecair terbabit berkumpul di dalam kelenjar sehingga membentuk cyst yang semakin lama semakin membesar.

Ia juga boleh terjadi disebabkan keputihan. Apabila tersumbat maka terbentuklah cyst yang mana jika terdedah kepada bakteria boleh menghasilkan abscess(nanah) dan boleh membengkak sehingga sebesar bola ping pong.

Pada Mac 2019, aku tidak mempunyai rasa sakit atau simptom yang pelik pada awal nya. Hanya dengan tiba tiba bahagian faraj menjadi bengkak sebesar bola ping pong. Hanya setelah membengkak rasa sakit itu muncul.

Entah lah. Sakit yang tidak mampu untuk describes dekat orang lain betapa azab nya sakit di bahagian sensitif. Bangun tidur baring semua jadi tidak kena. Aku ke klinik kesihatan dan doktor hanya berikan antibiotik untuk seminggu.

Lepas seminggu masih tiada beza lalu aku pergi klinik kesihatan lagi dan doktor transfer aku ke hospital besar dan set kan appointment untuk aku berjumpa dengan pakar O&G. Setelah berjumpa doktor pakar, beliau hanya menukarkan jenis antibiotik dan cuma menambahkan dos yang lebih kuat.

Dalam hari ke empat selepas jumpa doktor pakar, bengkak masih sama dan tidak ada tanda untuk mengecil. Lalu parents aku cuba ikhtiar dengan ubat kampung. Alhamdulillah setelah 3 hari menggunakan ubat kampung ianya pecah dan mengeluarkan nanah yang sangat busuk.

Apabila pecah terus rasa sakit tu hilang serta merta. Lega pada masa ni tak terucap. Bayangkan nak ke tandas pun hanya mampu mengesot perlahan lahan. Selera makan tak payah cakap memang terus hilang masa hari first sakit. Berat badan turun hampir 10kg.

Aku ingat penyakit itu berakhir sampai situ. Namun aku salah. Pada September ianya menbengkak untuk kali kedua. Terus aku ke klinik kerana merasa sakit yang teramat sangat dan ketika itu aku tidak mampu untuk berjalan seperti orang normal. Pergi klinik dengan berjalan senget benget dan seret kaki kanan sebab bengkak cyst itu sebelah kanan.

Masa ini tak fikir dah orang nak tengok pelik ke nak kata apa ke. Macam biasa doktor hanya berikan antibiotik untuk habiskan selama seminggu. Sakit masih tidak kurang jadi aku suruh parents aku pergi cari ubat kampung yang aku guna masa bulan Mac haritu.

Namun untuk kali kedua kena bartholin cyst, ubat kampung tak mampu untuk mengurangkan bengkak tersebut. Kali kedua sakit yang terasa ibarat berganda dari sakit yang pertama. Jadi aku ambil keputusan untuk ke hospital setelah menahan sakit di rumah selama hampir dua minggu. Malah ubat tahan sakit yang aku makan pun tak dapat kurangkan rasa sakit tersebut.

Bayangkan dalam masa dua hari aku hampir habiskan sebotol ubat tahan sakit. Masa ni tak fikir dah kesan yang akan datang bila terlebih dos, yang penting sakit dan rasa berbenyut tu hilang.

Setelah masuk emergency room doktor yang bertugas terus cucuk ubat tahan sakit dan transfer aku kepada doktor pakar O&G kerana data aku sudah ada untuk bulan Mac haritu. Doktor pakar terus datang check di kawasan yang bengkak lepastu terus tanya untuk proceed operation.

Hari yang sama aku selamat menjalani pembedahan untuk membuang cyst. Namun doktor awal awal lagi cakap probability cyst ni akan jadi balik dan buat masa sekarang belum ada ubat yang mampu mencegah cyst tersebut.

4 hari jugak aku kena warded dan setelah keluar ward, macam biasa rutin aku kena dressing luka dekat klinik kesihatan. Cukup sebulan lebih lepas operation, cyst tu muncul balik pada bulan November dan membengkak pada size yang sama sebelum ini.

Aku cuba positive kan diri. Sakit kali ketiga tidak sesakit kali kedua. Mungkin luka operation masih belum elok jadi ianya pecah dan nanah keluar di laluan yang sama dengan doktor ‘tebuk’ masa operation bulan September haritu.

Settle sakit kali ketiga. Aku ingat betul betul ianya berakhir. Namun sekali lagi aku salah. Cyst tersebut datang balik pada tengah bulan Desenber dan ianya masih membengkak sehingga ke hari ini. Dan disebabkan penyakit ni aku telah berhenti kerja.

Mana mungkin nak berkerja kalau berjalan pun tidak mampu. Sampai mc aku tahun lepas jadi negative. Tak pelah mungkin ada rezeki lain yang Allah nak bagi lepas ni inshaAllah.

Aku dah usaha dan try macam macam untuk hilangkan bengkak cyst ni. Serba serbi ubat dekat farmasi aku cuba lepas dapat info sedikit sebanyak melalui blog blog atau pengalaman orang. Cakap ubat apa je aku tak try semua aku try. Fusidic, herbal blend shaklee, buat six bath? Semua aku dah try tapi mungkin tidak sesuai dengan aku.

So aku harap yang mana baca post ni, aku mohon kalau korang pernah alami atau tahu info macam mana nak rawat penyakit ni aku mohon tolong share dengan aku. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian. Terima kasih

– N (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Haii siss i pon tengah kene sekarang ni i ada tengok yang boleh stopkan dari ada shaklee u boleh try search tiktok ubat bartholin cyst and lagi satu krim bio ever x silap klau u search dia akan kluar dua2 bende tu mahal tapi srs berbaloi sbb x tumbuh dah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *