Wanita Pintar


Aku bercinta tak lama, awek (sekarang isteri) pon orang kenalkan. Dari segi penampilan dia biasa2 je, tapi dia smart! Smart as a professional dan sebagai seorang perempuan. Masa nak kahwin tu keluarga dia cakap bagi je apa yang mampu, so aku bagi la apa yg aku rase sesuai.

Ok habis cerita..

Nope, tak habis lagi. Yang aku nak tulis kat sini pasal budaya melayu, perempuan atau parents yang mintak hantaran tinggi2 untuk anak perempuan mereka, alasan macam confession sebelum ni:

1. “kalau kahwin pun nak minta kurang, macam mana nak bela Makcik, anak makcik tu bukan budak kecik, belajar tinggi2 sampai ke master kalau tak tau nak jaga diri sendiri buat apa? kalau nak suruh saya bela apsal saya pulak nak kene bayar kat makcik mahal2. Makcik la yang patutnya bayar kat sana sebab suruh ‘bela’ anak makcik tu. Meh dengar sini, kehidupan suami isteri is memenuhi dan dipenuhi. Suami isteri memerlukan each other, hidup bersama tu adalah kerjasama! Bukan wonderpet je kerjasama. Suami isteri yang berkerja, bersama share economy rumah tangga. Iya tanggungjawab suami menyara family, bagi nafkah kat anak isteri. Tapi kalau isteri pon dah keje, anak hantar nursery suruh laki bayar, rumah laki bayar, kereta laki bayar, utilities laki bayar, groceries laki bayar. Sebab isteri pon bekerja, dah penat, laundry pon expect laki tolong, kemas rumah expect laki tolong, masak pon expect laki tolong, infact masak pon laki yg masak sebab sesetgh laki2 yang blajar overseas masak lagi hebat dari isteri dia sebab isteris dia blajar local, makan hari2 kat luar murah. Pastu makcik2 expect saya nak bela anak makcik lagi macam mana? Duit derang pergi mana? Kau tau la perempuan bile ada duit lebih tak habis2 nak shopping! Tukar baju, tukar make up, tukar kasut, semua nak tukar. Nasib baik laki dia takleh tukar senang2.

2. “nak dapat sesuatu kene la usaha” . ni kalau kes lelaki tu tergila2 kan perempuan tu, but still yang perempuan tu tak ingin nak kahwin ke? ke nak tunggu jadi andartu baru terhengeh? Nanti mula la cerita lelaki memilih, takut nak tackle awek masters/ phd, padahal kau tu yang ridiculous. Sesetgh kes tu, perempuan tu yang dah gatal ajak kahwin (or takut getting into andartu status), pastu demand hantaran tinggi2. Ehh, kau yg nak ajak kahwin cepat2 pastu kau pulak suruh aku bayar.. patut ke? aku yang gaji 30K pon tak nak bayar hantaran mahal2 sebab sestgh orng ni bile dah dapat duit bukan tau simpan, mula la panggil photographer mahal2, nak pasang pelamin lip lap lip lap, tumbang 3 ekor kebau, kenduri tiga hari tiga malam!

3. “senang dapat senang kene buang”. Kau ingat kau barang pakai buang ke? unless anak2 makcik tu standard pad pakai buang, then boleh la makcik2 guna anaology macam tu. Apa ingat rendah sangat ke IQ lelaki yang nak kawin ni, kawin untuk pakai buang. Kau tak tau cita2 lelaki bile dia kata nak kahwin. Dia ada perancangan. Nak kawin, nak hidup bekeluarga, nak ada anak2. Nak besarkan anak2 dan bagi kehidupan selesa, lebih selesa dari apa yang derang dapat dulu, beri pendidikan yang bagus2. Kau ingat derng tak bangga ke dapat membesarkan their little juniors?

4. “ baik beli kereta kalau dah hantaran macam tu’ memang ridiculous. Setakat 20K hantaran tu 2/3 dari monthly gaji aku je, tak payah nak keje lebih masa, ikat perut berbulan2 nak kumpul duit kahwin. Tapi masih lagi ridiculous, aku takkan setuju dengan hantaran macam tu. Korang nak kata aku kedekut ke apa ke itu hak korang, tapi aku ada hak nak jadi bodoh ke tak. Kadang2 tu, degree pon third class, ada hati nak mintak hantaran tinggi2, sedar la sikittttt. Even worse, yang spm pon pangkat tiga, nak mintak 20K baqhang, kat rumah takde cermin ke dik?

5. mak ayah dah bersarkan kami susah2, kene la bayar balik jasa derang dengan hantaran ni. Habis tu yang lelaki tu mak ayah derang senang2 je besarkan derang?

hampa.

– Bapa modern

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit