Assalamualaikum. I’m Idrina (hampir nama sebenar). Korang boleh panggil I Rin okey.
Ini bukan confession or luahan perasaan. Ini adalah sekadar pesanan untuk wanita dari seorang wanita.
I terpanggil untuk sampaikan pesanan ni sebab dah banyak kali I encounter kepala perempuan yang berbau tak menyenangkan.
So this goes out to all my ladies yang ada rambut.
Wahai kaum wanita, jaga la kebersihan diri sebab ini sebahagian daripada penampilan kita. Kalau ketiak kita rajin sapu deodorant tiap2 hari, rambut kita pun nak kena dinyahbaukan. Jadi rajin2 la shampoo rambut sekerap mungkin. Kalau jenis kuat berpeluh or selalu berpanas tu mungkin setiap hari perlu dicuci.
Some ladies ni bahagian depan and hujung rambut dia nampak cantik bersih. Tapi part atas kepala dia tu punya la berminyak memang nampak sangat dah lama tak basuh rambut. Tak payah lalu dekat sangat dengan dia pun dah boleh bau. Kawan dia hidung tersumbat kot boleh jalan sebelah dia and tahan bau dia.
Benda ni my hairdresser pernah komplen jugak. Dia kata some clients yang datang nak potong rambut datang dengan bau rambut yang tak lalu dibuatnya. Kalau datang salon nak cuci rambut tu paham la. Ni datang nak gunting rambut terus and expect orang hadap kepala busuk dia.
Yes memang you are the client. Tapi jangan la buat orang macam tu. Tak baik tau. Kalau korang yang kena hadap kepala orang yang busuk, sanggup tak? Tak mustahil korang duk ngutuk dalam hati.
But wait… apa yang I cakap ni tak termasuk indian ladies yang letak minyak kelapa kat rambut dorang ya. Yang ni I tak nak komen pape sebab I rasa this is their culture. So let’s move on…
Kepada wanita yang bertudung, just because kita bertudung tak semestinya bau kepala kita tak dapat dihidu oleh orang lain. So disamping shampoo rambut, anak tudung serta tudung kita mesti selalu ditukar and dibasuh.
Kalau kuat or selalu berpeluh, jangan la repeat pakai anak tudung and tudung yang sama banyak kali. Mungkin rambut kita wangi tapi anak tudung dah berkepam so last2 tak berapa wangi jugak la jadinya.
Moving forward, sebelum korang sarung anak tudung and tudung, cuba cium dulu. Wangi ke masham? Kalau dah masham, campak dalam bakul laundry. Ni basic hygiene 101 ladies. For me, kita yang bertudung ni kena lebih lagi jaga penampilan. Bertudung tu dah elok dah. So jom kita elokkan lagi imej kita dengan kebersihan and penampilan diri yang lebih baik.
Satu lagi perkara yang kita kena ingat. Ketinggian wanita kebanyakannya lebih rendah dari lelaki. Kalau takda rasa malu kepala dihidu sesama wanita, kena ada rasa malu dengan kaum lelaki, sebab dorang lebih tinggi so lebih senang la dorang bau kepala kita.
Kalau kesuntukan masa nak shampoo or ada masalah kepala tak boleh kena air selalu or malas, dry shampoo ada. Actually baby powder or bedak biasa pun boleh guna untuk serap minyak sebab dry shampoo tu base dia lebih kurang bedak jugak. Tabur je atas rambut dan kulit kepala biar bedak tu serap minyak. Tepung pun boleh guna tapi tak wangi la.
Tak susah pun sebenarnya nak pastikan kepala and rambut kita bebas daripada bau yang kurang enak. Tak perlu produk mahal2 pun. Cukup sekadar buat steps yang basic sahaja.
Kalau kita boleh ada perasaan tak selesa dengan orang yang ada bau tak menyenangkan, orang lain pun boleh ada perasaan yang sama dengan bau kita yang tak menyenangkan. So jom kita sama2 ubah ke arah yang lebih baik.
Thank you to readers yang baca sampai habis and sorry kalau gaya penulisan I kurang menyenangkan. Assalamualaikum.
– Id(Rin)a
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit