Untuk part I, (https://iiumc.com/wanita-yang-lemah/).
Assalamualaikum semua. First, thank you untuk admin sebab sudi siarkan kisah saya yang pertama. Bila baca semua komen2 ada positif dan kebanyakkan juga yang negatif.
Alhamdulillah dan terima kasih untuk kedua2nya. Mana yang baik saya ambil untuk memperbaiki diri. Dan mana yang tak baik saya anggap sebagai teguran dan pengajaran. Banyak juga yang saya dapat melalui komen2 anda semua. Terima kasih.
Ni baru konfess dekat IIUMC. Entah bagaimana rasanya bila tiba hari perhitungan kelak. Malu, takut dan insaf saya memikirkan dosa2 yang telah saya lakukan.
Bagaimanapun siaran kali ini saya tulis memandangkan ada yang komen tak adil untuk tunang H sepatutnya dia tahu apa kegiatan H yang sebenarnya dan H sendiri tak layak untuk dia.
Saya harap para pembaca tidak terkejut, sebenarnya tunang H cukup faham dam masak dengan kegiatan H.
Tapi saya rasa beliau sendiri ada sebab kenapa beliau memilih untuk terus bertahan dengan H walaupun cukup tahu perangai sebenarnya. Saya namakan dia sebagai Mia.
Selepas saya mengetahui H adalah tunang orang. Saya hubungi Mia kemudian saya dan Mia mengatur pertemuan 4 mata hujung minggu berikutnya.
Jujur saya cakap, Mia memang seorang perempuan yang baik. Sedap mata memandang. Dan sebaya saya. Sedangkan H pertengahan 30an.
Di pendekkan cerita, menurut Mia, saya bukan perempuan pertama yang menuntut pada apa yang H lakukan. Tapi bukan semua yang berani berdepan dengan Mia. Mungkin sebab risau akan terjadi pergelutan/ pertelingkahan.
Tapi alhamdulillah, perbincangan saya dan Mia berjalan lancar dan berakhir dengan baik. Dan saya sendiri memohon kemaafan kepada Mia sebab tak pernah terlintas untuk menjadi pengganggu di dalam hubungan dorang.
Dan betapa baiknya Mia, dia bagi pihak H minta maaf untuk semua yang terjadi dan minta saya jangan melayan H sekiranya pada masa akan datang H akan merayu semula. Itulah janji yang saya pegang pada Mia. Saya faham betapa dia menyayangi H.
Selepas bertentang mata dengan Mia barulah saya menemui H, saya ajukan semua persoalan. Tetapi H tak dapat menjawab apapun melainkan hanya kata maaf berkali2. Dan saya ada mengajukan kepadanya adakah semua wanita dia perlakukan seperti saya.
Jawapannya adalah tidak semua tapi bukan saya sahaja. Jadi saya simpulkan apa yang terjadi memang kerana silap saya sendiri. Terlalu cepat percaya, dan terlalu ikut perasaan.
Namun, bukan saya yang meragut keterunaan H seperti yang pembaca fikirkan (tergelak juga saya baca komen kesian H, saya ragut terunanya. Haha).
Selang beberapa hari sebelum H block saya, H ada menghubungi saya dan memberitahu dia sedia nemutuskan pertunangan dan sanggup bertanggungjawab.
Tapi saya yakin, sekali lagi.. Itu semua hanya tipu helah belaka. Saya juga minta H untuk berubah dan belajarlah setia kepada Mia. Kalau tak kesiankan saya, kesianlah pada Mia. Kerana Mia terlalu baik untuk H.
Untuk Mia sendiri, saya berharap dia berjumpa jodoh yang jauh lebih baik dan hidup bahagia. Tapi saya hanya mampu mendoakan dia. Saya tak zahirkan pada dia sebab siapalah saya untuk menentukan siapa yang layak buatnya.
Dan Mia sendiri lebih kenal tunangnya berbanding saya memandangkan usia hubungan mereka sejak sekolah menengah lagi.
Saya percaya macam2 yang Mia sudah lalui dan tempuhi hingga ke hari ini. Dan saya percaya, sesakitnya saya, sakit lagi apa yang Mia alami. Maaf Mia, saya tak pernah ada niat untuk melukakan sesiapapun.
Untuk saya, saya sedar saya adalah yang paling bersalah, paling hina kerana terlalu cepat percaya, terlalu cepat menyerahkan segala2nya. Saya insafi semuanya, dan belajar dari kesilapan.
Namun saya kongsikan kisah ini bukan tujuan untuk di hakimi tapi sebagai peringatan, sebab saya tahu masih ramai lagi wanita2 di luar sana yang berhubung dengan H.
Menyesal juga saya kenapa tidak mengambil detail2 wanita tersebut supaya bolehlah saya dm mereka direct agar tidak menjadi mangsa berikutnya. Hanya ini saja saluran yang saya dapat gunakan.
Semoga kisah ini smpai kepada mereka dan di jadikan tauladan agar lebih berhati2.
Sekali lagi, terima kasih kepada admin dan para pembaca. Mohon doakan yang terbaik untuk saya, Mia dan kita semua.
– Lisa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit