Wanita Yang Tawar Hati Itu Wujud

“Semoga keputusan kau sebaik-baik keputusan kak . Bila kau dah buat keputusan , kau doalah semoga hati kau tetap dengan keputusan kau . Jangan berbolak balik. Doa la . Sebab yang pegang hati kita nie Dia . Jadi kau doa semoga tetapkan pilihan kau, tetapkan keputusan dan keputusan tu merupakan keputusan yang paling terrrbaik .. Dah. Aku tanak kau berdarah hidung pagi2 . Bye”

Nasihat kak N pagi-pagi. Kak N ni bakal kakak ipar aku. inshaAllah jika dipanjangkan jodoh abang aku dan dia.. So far kitorang sekepala. Dia selamba maki hamun aku. Begitu juga aku memaki hamun dia. No heart feeling. We are open minded and transparent. Dia boleh tegur aku, aku boleh tegur dia. As sister and friend. Oh ya, kenapa dia panggil aku kakak? Sebab dalam family, tak kisah tua atau muda, semua panggil aku kakak.

Lama aku hadam ayat dia. Yelah, baru bangun tidur, dah dapat nasihat macam tu.

Apa yang dia cakap tu ada betulnya.. Aku akui yang memegang hati kita, yang membolakkan hati manusia itu adalah pemilik hati manusia itu sendiri, ALLAH. Jika kuat pegangan ini pada Dia, maka kita sendiri akan rasa tenang dengan segala jalan yang perit sudah kita lalui.

Sedang aku ralit menaip entry ni, berdering bunyi phone tanda ada notification whatsapps dari group kawan baik. Group tu akan berbunyi bila ada hot issue je. Biasalah, nak membawang.

Kawan aku mengadu yang dia kena tipu dengan boyfriend dia. Mereka dah lama kenal dah nak masuk berapa tahun dari awal kami sambung belajar. Sekarang baru tahu yang boyfriend dia ada perempuan lain. Sorang lagi mengadu yang suami dia buat hal dengan perempuan lain. Aku pun buka cerita hubungan kami yang dah lama terpekung ni.

Kami saling menasihati, pujuk, bagi kata-kata semangat agar aku dan kawan-kawan, kita sama-sama kuat, tak mudah melatah. KITA KENA JADI BIJAK.

Susah ke senang nak setia? Yang baru je berkahwin, suami dah buat hal. Yang belum kahwin ni ade jugak peluang lagi nak tukar lain, berkenalan dengan orang lain, masih sempat lagi nak buat pilihan. Susahnya nak bina rumahtangga yang mawaddah wa rahmah, till jannah zaman sekarang ni.

Sekarang mudah sangat nak berkenalan dengan orang, nak curang lagi mudah. Dekat media sosial tu bersepah. Cakap je nak rupa macam mana, criteria yang kau nak tu semua ada. Yang dah kahwin pun menggatal lagi perasan bujang. Yang bujang pula mengorat isteri orang. Aku tak faham betul jenis manusia sampah ni. Dah la menipu, memperbodohkan orang yang sayangkan dia. Tergamak dia buat macam tu. Pentingkan diri sendiri. Langsung tak rasa berdosa.

“Padahal sebelum kahwin, Allah dah tunjuk kat aku perangai sebenar dia. Tapi nak buat macam mana, dah dia yang aku nak. Terima jela.”

Kata kawan aku meluahkan rasa kesal dia. Kami pun tak salahkan dia. Yela benda dah jadi kan, jadikan ini sebagai ujian berumahtangga. Sedangkan lidah lagikan tergigit. Ini pula suami isteri.

Aku terdiam. Risau juga kalau itu yang berlaku pada diri aku nanti. Nauzubillahminzaliq. Semoga dijauhkan. Semoga pasangan yg baik untuk diri kita. Pasangan adalah cerminan diri kita. Bagaimana pasangan kita, begitulah diri kita. Bagaimana ingin mendapatkan pasangan yang baik? Kita dulu kena perbaiki diri jadi baik.

اَلْخـَبِيـْثــاَتُ لِلْخَبِيْثـِيْنَ وَ اْلخَبِيْثُــوْنَ لِلْخَبِيْثاَتِ وَ الطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِيْنَ وَ الطَّيِّبُوْنَ لِلطَّيِّبَاتِ.

“ Wanita-wanita yang tidak baik untuk laki-laki yang tidak baik, dan laki-laki yang tidak baik adalah untuk wanita yang tidak baik pula. Wanita yang .baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

(Qs. An Nur:26)

Terdetik dalam hati aku. Benarlah perancangan Allah itu maha hebat. Mungkin apa yang aku doakan selama ni, perlahan-lahan Allah dah kabulkan.

Satu demi satu petunjuk.

Lepas je aku ambil keputusan untuk meninggalkan dia, aku rasa sesak di dada ini kembali tenang. Walaupun orang nampak aku kejam, tapi ramai juga yang menyokong. Kalau nak difikirkan banyak kenangan aku dengan dia. Pahit manis, suka duka kami. Tapi apa yang aku boleh buat. Nak diteruskan pun hati aku dah memang kosong.

Lama kami kenal, makan tahun jugalah. Katanya belum sedia. Diam-diam dia buat tahi lagi ada la. Keluar dengan perempuan lain. Perempuan tu siap cari aku, untuk tanya kepastian (bukan aku yang cari dia). . Pernah juga jadi sebelum ni. Banyak kali kantoi tapi aku tetap bagi peluang. Tapi hati aku dah macam kain buruk. Dicarik-carik koyak. Nak dijahit pun fizikalnya dah tak sama.

Sekarang aku dah bijak buat keputusan. Aku dah penat jadi bodoh. Jadi aku pilih untuk lepaskan. Dah takde jodoh, bertahan macam mana punya lama pun terpisah juga. Buat apa diteruskan kalau hidup dalam keadaan curiga. Penat !

Aku bincang elok-elok dengan emak dia. Emak dia sayang aku. Aku pun dah anggap emak dia macam emak aku. Lagipun kami takde pape ikatan pun. Takde hak family dia nak halang aku. Aku terus terang apa yang anak dia buat pada aku. Dari dulu lagi emak dia tahu perangai anak dia memang macam tu. Tapi emak dia pujuk aku, suruh bersabar lagi. Emak dia pun perempuan. Nak tanak, aku harap emak dia hormat keputusan aku.

Bila apa yang terjadi pada aku, barulah mak aku pula mula bersuara yang dia dah lama tak berkenan dengan bekas kekasih aku sebelum ni. Dulu, mak aku diamkan je. Melarang pun tak, Setuju pun tidak. As long as dia nampak aku bahagia. Dia okay je. (Sebab yang busuk, semua aku simpan. Jadi dia nampak yang manis dan wangi sahaja)

Kawan aku pun mengaku yang dari dulu dia nampak aku sorang je yang terhegeh-hegeh dengan bekas kekasih aku. Mereka ada bersama aku, mereka lebih tahu penderitaan aku.

Sorang demi seorang sokong dengan keputusan aku.

Kami bincang secara matang, dan akhirnya dia terpaksa akur kesilapan dia. Dia lepaskan aku pada orang yang boleh bahagiakan aku. Aku harap dia tak ulangi kesilapan macam tu dengan perempuan yang dia jumpa nanti. Semoga dia berubah. Semoga Allah tetapkan hati dia untuk setia dengan pilihan dia nanti.

Dalam hidup ada dua pilihan.

Jika kita memilih, pilihlah yang terbaik.

Jika kita dipilih, jadilah yang terbaik.

Kepada mereka tak kiralah lelaki ataupun perempuan, jika kita tak bersedia untuk beri kesetiaan atau komitmen pada pasangan kita, tolong lah,. tolong jangan ada niat pun nak bercinta.

Benarlah, insan yang tawar hati itu wujud. Yang baik datangnya dari Allah, yang buruk datangnya dari kami, manusia yang tidak lari dari kesilapan.

Doakan aku dikurniakan pasangan yang baik. Yang penting dia sayang dan setia dengan aku sampai bila-bila. Jika diizinkan Allah. InshaAllah,.. Aamiin..

– Lovato

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *