Wanita Yang Tersakiti

Assalamualaikum semua. Terima kasih siarkan confession saya. Saya cuma nak luah isi hati sebab tiada tempat untuk mengadu, mana tau ada kawan-kawan disini yang boleh doakan saya,

“Doa seseorang muslim untuk saudaranya secara berjauhan (tanpa pengetahuannya) adalah mustajab. Di kepalanya (yang berdoa) terdapat malaikat yang diwakilkan kepadanya,

Setiap kali dia berdoa kepada saudaranya dengan kebaikan maka malaikat yang diwakilkan itu akan berkata: Amin dan bagi engkau seperti itu juga (sama seperti apa yang didoakan itu)”. (HR Muslim No:4914).

Sedikit pengenalan diri. Saya seorang yang introvert. Low self-esteem. Pendiam, suka menyendiri, tapi boleh jadi peramah bila saya dah selesa dengan seseorang.

Saya berkahwin dengan suami yang extrovert. Suami mempunyai 2 orang adik beradik, suami adalah abang sulung, dan ada seorang adik perempuan.

Adik ipar juga bersifat extrovert, outloud, berbeza dengan saya yang lebih suka diam dan pendam. Mak mertua juga seorang yang outloud, ayah mertua lebih suka diam.

Awal perkahwinan kami ok, gaduh sikit2 tu biasalah. Alhamdulillah saya dikurniakan suami yang lemah lembut, bukan baran, cuma saya perlu sabar dengan adik ipar yang kadang-kadang terlalu deras bahasanya.

Contohnya, adik pernah ‘usik emosi’ saya di dalam group whatsap family mereka dengan mengatakan saya isteri tapi macam suami, ikat kaki abangnya, sedangkan suami saya yang perlu bekerja overtime hingga tak boleh balik rumah mertua, tapi saya juga yang difitnah ikat kaki suami.

Adik ipar pernah sound kami, korang ni bercuti(honeymoon) boleh, balik rumah mak ayah tak boleh. Sedangkan kami selang 1 atau 2 minggu pasti balik. Sedangkan mereka juga yang nak cepat2 baby, tapi bila kami usaha untuk dapatkan baby(pergi honeymoon) pun salah. serba salah dibuatnya.

Bila balik pula, kena perli lagi tak panas buntut lagi nak balik rumah sendiri dah, sedangkan dah hari Ahad, dan esoknya Isnin nak berkerja dah.

Bila bagitau maaf kami balik nak rehat, kena perli lagi yelaa rumah kami tak selesa, rumah kecik, tak besar macam hampaa. Ya Allah apa lagiii yang tak kena ni. (Bisik dalam hati saja). Stress nyaa masa tu, Allah saja tahu.

Kadang-kadang rasa semua serba tak kena, sedangkan kita dah cuba bagi yang terbaik. Geram saja dalam hati. Suami lah yang kena tahan telinga dengar saya ngomel2 dalam kereta.

Saya penat, suami pun penat, kami bekerja, hujung minggu sepatutnya rehat2 tapi kami usaha juga balik selalu. Tapi itupun semua serba tak kena. Serba tak cukup. Tak qanaah. Hargailahhhhh. Sebelum saya patah hati, give up nak cuba ambil hati lagi.

Dan yang paling buat saya terkilan, mak ayah mertua hanya diam kalau adik selamber rude. Saya sedih, terkilan. Mana hak saya as kakak ipar untuk dihormati.

Saya takde cari pasal dengan orang, saya cuba bagi yang terbaik. Saya jaga lisan saya, tapi tetap kena. Kadang mak mertua nasihat saya.

Sabar lah dengan adik, mmg perangai dia begitu. Deep inside me, saya berharap sangat mak mertua tegur anak sendiri dulu, sebelum tegur saya. Tegurlah anak, kalau anak melampaui batas.

Anak tu perlu sangat teguran, nasihat, untuk kebaikan dia juga. untuk dia jadi better person.

Saya penat sabar. Sakit tau bila disakiti oleh orang yang kita sayang. Perit. Bila adik malukan saya dalam group, tapi satu teguran dari mak ayah pun takde untuk dia. Seakan membenarkan perbuatan adik.

Kalau mak saya tu, dan kalau saya perangai begitu dengan kakak ipar saya, mungkin saya dah makan cili ye. Sekurang2 nya kalau mak mertua tegur adik ‘jangan cakap macam tu dengan kak’, mungkin sejuk lah hati saya.

Kemuncak saya betul2 tawar hati dengan family suami, suami saya hilang kerja, hampir setahun tak bekerja (sebelum zaman covid). Saya pun tak pasti kenapa suami taknak bekerja, takde usaha untuk cari kerja. Saya cuba tenang walaupun simpanan hampir habis.

Cuma kalau saya terlalu penat, balik kerja sambung jaga anak sebab suami kurang jaga anak masa tu, kerap dengan handphone. Saya mengamuk juga.

Pernah saya msj mak mertua suruh ambil anak dia balik. Atau nasihat anak untuk bekerja dan bagi nafkah untuk anak isteri. Atau bertanggungjawab ketika dirumah, sama ada jaga anak dan buat housecore.

Tapi syangnya mak mertua lebih menangkan anak lelakinya. Katanya saya suka anaknya ketika berduit sahaja. Bila tak ada duit, orang tak suka.

Sekali lagi saya down masa tu hampir2 depress. Dimana peranan mak ayah untuk nasihat anak bila anak terang2 buat dosa- tak bagi nafkah pada anak isteri.

Untung lah suami, tiada siapa nak marah dia. Saya yang menanggung semua pula yang kena marah, kena sindir. Besar lah kepala suami. Dan makin rendah lah value diri saya.

Sehinggalah satu hari suami kantoi curang. Terlalu banyak masa untuk mencari keseronokan luar, tak perlu kerja, tak jaga anak, ditambah pula mak ayah yang tak pernah marah, yesss suami saya curang akhirnya. Siapa lagi saya nak cari untuk mengadu kalau bukan mak ayah dia.

Sekali lagi saya minta mak ayah datang ambil anak mereka (sebab ni rumah saya, kereta suami pun nama saya, saya tak benarkan suami guna, so mak ayah dia kena ambil dia).

Mak ayah datang rumah saya, tapi suami saya nekad tak nak tinggalkan saya, nekad nak berubah. So suami tak jadi ikut mak ayah dia.

Sempat mak mertua nasihat saya sblm mereka balik, mak mertua kata “jaga tanggungjawab saya baik2.” saya speechless masa tu. Terdiam. Tak mampu reply apa2.

Suami yang curang, tak bagi nafkah, saya ke yang tak jalankan tanggungjawab dengan baik? Atau anak lelaki sendiri? Sedih tak? Nak gila tau rasanya. Suami tak kerja, suami curang, saya juga ke yang tak jalan tanggungjawab? Victim blaming.

Saya dah bagi 100% untuk suami, family dia. Kadang2 balik rumah inlaw pun duit saya. Tapi saya saja selalu kena marah. Saya saja selalu kena tegur itu ini. Sedangkan anak2 sendiri yang bermasalah, 1 teguran pun takde.

Adakah ini dinamakan ujub? Merasakan diri, keturunan dia sahaja yang baik2, merasakan orang lain saja yang teruk. Ujub ni bahaya, penyakit hati.

Takkan tenang takkan bahagia takkan ada rasa cukup dengan orang lain, dan selalu nak sakitkan hati orang dengan lidah yang tajam. Saya mohon semua kawan2 doakan moga Allah sucikan hati mereka dan hati kita semua. Jauhkan kita dari ujub riak sombong syirik.

Lepas suami curang, awal2 dlu saya nekad nak berpisah, masa tu family suami baru sedar kesilapan mereka. Adik ada datang minta maaf dengan saya.

Dia kata depa semua nak berubah. Saya cuba bagi mereka peluang dan masa.

Saya nak tengok mereka betul2 berubah, barulah saya perlahan2 belajar terima semula. Sebab saya trauma. Trauma kalau saya bagi muka lagi, suami saya akan ambil kesempatan ke atas saya lagi.

Saya cuba husnuzon, yakinkan diri saya, depa semua dah berubah.

Sampailah satu hari, adik ipar ada bergaduh di dalam group whatsap sepupu dia. Mesej adik agak sarcastic dan ada provocation sampailah abang sepupu tu melenting. Adik, mak mertua minta maaf dengan sepupu tu. Lama2 conversation tu terhenti saja.

Tapi conversation depa bersambung dalam whatsap family kecil depa. saya saksikan mak mertua kata ‘dahlah adik, biar saja depa. Kita JANGAN JADI macam DEPA’ . Sedangkan tadi baru minta maaf tapi lepas tu kata pula di belakang.

Saya yang mmg pernah disakiti ni, senyum saja, dalam hati bisik tak habis2 perangai begitu. Holier than thou. Ujub. Narcisstic. “JANGAN JADI macam DEPA”. Saya ingt kalau dah berubah, ayat tu sepatutnya “adik jangan lawan2 mulut dengan abang sepupu tu, kena hormat’’.

Tapi sebaliknya, “JANGAN JADI macam DEPA”- macam memburukkan anak orang sedangkan terang2 anak sendiri rude dan start provoke dulu. saya pula yang dah jadi judgemental kan?

Sebab hati saya betul2 sakit kenangkan kenangan lama, lagi2 bila tahu perubahan yang dijanjikan tu-tiada. Sama ja macam dulu.

Saya betul2 dah give up untuk belajar terima mereka semula. saya serahkan kat Allah saja tentang urusan hati mereka. Moga Allah sucikan hati mereka dan kita semua.

Moga Allah tanamkan dalam hati kita cintakan ibadah, solat, khusyuk dalam solat (fahami makna al-fatihah), baca dan tadabbur Quran sebab ni pun cara2 nak sucikan hati dari ujub (merasakan diri/keturunan baik).

Alhamdulillah suami dah berubah. Suami pun dah mula buka mata, dah mula nampak sisi sebenar keluarga dia. Suami cakap, Allah nak uji supaya saya sabar dengan ujian ni. Allah bersama orang2 yang sabar.

Kadang2 sedih jugak, bila saya bawa diri daripada keluarga suami, tapi saya dikata putus silaturrahim.

Mak mertua pernah kata dengan suami, ni bahagian dia, dapat menantu macam saya. Seolah2 sekarang ni punca semua terletak atas bahu saya semua yang jadi ni salah saya ke? Bukankah saya mangsa yang dizalimi?

Entahlah. Kadang2 saya rasa saya mmg betul2 teruk. Betul2 jahat. sebab tu saya deserve ke untuk semua ni? Deserve dipijak2, diambil kesempatan macam ni. dengan suami, dengan keluarga dia.

Kalau saya yang teruk sampai saya deserve untuk terima semua ujian ni, tolong doakan moga Allah gugurkan semua dosa saya asbab saya sabar dengan ujian ni.

Satu benda yang saya terkesan sampai harini. Saya teringat lagi adik ipar pernah bagitau saya, arwah nenek dia (mak mertua kepada mak mertua saya / mak kepada ayah mertua saya) masa meninggal badan buruk dan busuk, balasan sebab buat mak mertua saya.

Mak mertua saya senyum angguk dengar kata2 adik, mengiyakan. Sedangkan arwah orang baik2, anak2 arwah pun baik2. saya yakin tu, sebab satu keburukan arwah pun tak pernah singgah di telinga saya daripada mulut orang lain.

Satu pengajaran saya dapat, jangan mencela jenazah. Dua, jangan ajar anak untuk mencela orang lagi2 jenazah kelak anak tu mmg akhirnya akan suka2 mencela orang/tajam lidah. Akhirnya, tak hormat orang. sebab tu saya doa sangat moga mereka berubah, supaya saya mati nanti depa tak cela.

Dua, moga mereka berubah, hubungan kembali jernih, supaya saya maafkan mereka dan lupakan semua, jadi saya tak burukkan / cela mereka pula depan anak2 saya bila anak2 saya dah besar nanti.

Nauzubillahmindzalik saya takn ak jadi macam tu, dan saya taknak anak2 saya dididik begitu. saya takut iman saya rapuh, asbab hati yang sakit, dendam, benci boleh mendorong saya kpd penyakit hati jugak.

Banyak lagi saya nak cerita tentang pengalaman hidup, tapi saya takut identiti saya revealed. Aib semua orang pun akan terbuka nanti. So saya berhenti setakat disini.

Terima kasih semua baca sampai habis luahan hati saya. Takde niat dalam hati saya untuk buka aib, melainkan mengharapkan doa yang baik2 dari semua. Sebab saya betul2 dah hampir putus asa nak berdoa untuk mereka. Mohon jangan keji.

Saya doakan kita semua jadi hamba Allah yang beriman, beramal soleh, suci hati, direzekikan taubat nasuha sblm dijemput Allah dan husnul khotimah hendaknya.

– Wanita hati besi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *