Warkah Buat Suami

Sehari dua ni, banyak sangat terlintas dekat wall FB saya tentang meletakkan suami pada darjat yang paling atas.

Banyak sangat tentang penulisan kitab Muhimmah dan perkataan para ustazah tentang mentaati dan memuliakan suami.

It makes me reflect everything yang saya pernah belajar dulu dalam Muhimmah. Ianya membuatkan saya sedar betapa banyak nya silap saya dan jahat adab saya dengan awak.

Terlalu banyak kurang saya dalam khidmat kepada awak. Mungkin itu cara Allah nak tegur saya.

Dan, salah satu muhasabah diri yang saya buat adalah, kalau ada perkara yang saya tersangat menyesal ketika kita hidup sebagai suami isteri adalah bila saya tak jaga betul-betul keperluan emosi awak.

Bila saya tak belai perasaan awak seperti seorang ibu. Bila saya tak dengar keluhan awak sebagai seorang suami.

Bila saya tak cuba pujuk emosi awak. Bila saya tak romantik dan sweet dengan awak. Sedangkan saya tahu bahawa awak seorang yang berjiwa sensitif.

Keperluan emosi adalah yang paling utama. Sekarang, bila saya fikir, kalaulah waktu tu saya kuat untuk abaikan segala perasaan saya dan utamakan perasaan awak.

Cuma sebab masa tu saya rasa kosong, tawar dan depress. Anxiety saya makin teruk. Waktu tu, kalau saya tahu je awak dah nak balek dari kerja, saya dah takut, cuak, berdebar. Saya akan fikir.

Hari ni awak akan marah apa lagi dekat saya. Jadi, saya terbawa dengan emosi saya sampai emosi awak semua saya abaikan.

Warkah ni pun, saya cuma berani taip kat sini. Sebab saya takut dan tak bersedia nak hantar terus kepada awak. Saya takut awak gaslighting saya. Saya takut awak victim blaming.

Saya takut awak projecting semua kesilapan tu. Saya takut saya dihina sekali lagi. Saya takut kalau awak buat semua tu balik, saya trigger dan saya akan semakin down.

Tapi, jauh disudut hati saya, saya tahu wajib untuk saya meminta maaf daripada awak atas segala kesilapan, kekurangan dan jahat adab saya terhadap awak.

Saya harap, kalau warkah ni sampai kepada awak, awak boleh faham emosi saya sewaktu menulis warkah ni. Saya cuma nak meluahkan. Rasa terkilan, sedih, risau. Sebab saya takut untuk luahkan berdepan.

Saya dekat sini nak minta maaf sangat-sangat dari hujung rambut sampai hujung kaki segala salah silap saya sepanjang menjadi pasangan awak. Saya terlalu banyak kekurangan. Mohon halalkan segala makan minum saya.

Mohon maafkan segala jahat adab saya dan segala kekurangan dan salah saya sewaktu bergelar isteri awak. Mohon maafkan segala kekurangan saya dalam berkhidmat kepada awak.

Dan saya mohon awak izinkan saya untuk keluar bekerja dan saya mohon awak boleh bagi saya keizinan umum untuk melakukan perkara yang asalkan tidak menyalahi syariat.

Kebaikan awak sentiasa saya kenang dan ingat. Segala sweet memory kita pun saya simpan. Saya rasa mungkin sekarang awak dah sangat bencikan saya sebab saya buat keputusan untuk berpisah secara drastik.

Awak pun dah blok saya semua. Cuma, saya nak awak tahu sebenarnya saya nak sangat balik duduk dengan awak dulu sewaktu kita PJJ.

Dah banyak kali saya buat keputusan nak balik duduk dengan awak.

Tapi, bila waktu tu sampai, anxiety saya akan jadi sangat teruk sampai tak boleh tidur. Dan saya akan start stress, berpeluh-peluh, shaking.

Saya rasa takut sangat. Saya dah tak kuat. Dah tak mampu dan tak tahu nak hadap baran awak. Saya buntu. Dan masa tu, awak cuma bagi saya 2 pilihan.

Kalau masih nak hidup dengan awak, saya kena ikut awak balik. Kalau saya masih nak PJJ, awak bagitahu kita berpisah je lah.

Dan saya tak sanggup nak lalui perasaan takut and anxiety tu. Sebab tu saya asyik bertangguh bila nak balik. Deep down, saya nak sangat balik. Tapi saya takut sangat. Jadi, bila saya tiada pilhan, saya pilih jalan berpisah.

Dan sampai sekarang, saya pun masih takut memikirkan kemungkinan kalau terjumpa awak. Maafkan saya sebab saya tak kuat untuk teman awak dalam perjuangan awak melawan emosi awak sendiri.

Saya harap, segala urusan kita selepas ni, awak boleh permudahkan saya sebab saya dah penat nak rasa benci kat awak. Saya kalau boleh, tak nak berpisah dalam keadaan benci. Jadi, saya mohon, mudahkan saya. Jangan sukarkan saya.

Mungkin saya boleh faham bahawa awak masih sayangkan saya dan taknak lepaskan saya. Tapi, saya sendiri dah tak mampu nak teruskan.

Dan kalau awak kenal saya, bila saya buat keputusan, saya dah takkan berpaling sebab saya dah lama bertahan.

Jadi, minta mudahkan saya. I dont want to hold any grudge against you. Saya maafkan segala salah silap awak sepenuh jiwa raga saya dan saya doakan semoga hidup awak sentiasa dipermudahkan dan dimurahkan rezeki.

Reminiscing memory,

Your Wife.

– Belacan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *