Warkah Buat Suami, Si Cinta Hati

Assalamualaikum dan Salam PKP semua. Alhamdulillah tahun 2021 ni masuk tahun ke 9 kami mendirikan rumah tangga dan still counting. Hehe.

Buat suamiku tercinta,

Saya nak cakap terima kasih sebab awak terima kisah silam saya, awak terima lamaran saya 9 tahun lepas bila saya tanya “Kau nak kahwin dengan aku?”. Tanpa ragu-ragu awak terus tanya alamat rumah sebab nak menghadap Mak Ayah saya.

Saya masih ingat yang kita memang tak ada wang ringgit yang cukup pun nak kahwin tapi entah macam mana Allah swt mudahkan semuanya dengan dapat duit KWSP waktu akad nikah.

Buat loan tu mostly pun orang buat kan. Tapi majlis kita cukup sederhana, pakai apa yang ada, pakai design baju dan pelamin lama saja, tapi cukuplah buat saya.

Saya nak ucap terima kasih, sebab saya tahu awak playboy dulu, tapi bila awak ambil serius untuk nikahi saya,

Awak terus cari wanita-wanita yang pernah awak kenal untuk minta maaf atas perbuatan awak, saya tak suruh tapi inisiatif awak sendiri sebab awak kata tak nak nanti kita dah kahwin ada yang berdendam dan bermusuh.

Perkahwinan mana yang tak diduga kan. Semua orang diduga pelbagai cara. Tapi kita diduga dengan wang ringgit.

Saya masih ingat, bila tolak segala komitmen dan hutang-hutang kita, duit kita tinggal RM400 saja nak survive dalam kehidupan bandar yang serba serbi perlukan duit.

Kita cari surat khabar sama-sama, lepastu jual dapat duit kita beli beras timbang kilo, beli bawang. Seminggu kita makan nasi goreng dengan telur sementara nak tunggu gaji kan.

Pernah juga dalam tangan tinggal RM50 dan tinggal lagi seminggu nak gaji, awak pinjam duit kawan awak untuk kita survive.

Tapi bila esoknya nak hari gaji, malam sebelum gaji dengan duit RM50 tu kita enjoy dengan seronoknya makan McD. Walaupun duit kita cukup-cukup, hutang piutang dengan bank dan dengan kawan-kawan kita tetap langsaikan.

Saya tak pernah soal awak bagi atau tak bagi nafkah wang ringgit pada saya waktu tu. Saya diam, sebab saya tahu keadaan kita. Kenangan semua tu Sayang. Waktu tu kita tak ada anak lagi. Tapi anak kita dalam perut.

Fast forward, sekarang anak kita dah 7 tahun, besar, tembam, sihat, manja, tunggal. Hehehe, tapi saya rasa lengkap segalanya. Bila sekarang, awak semakin cekap dalam uruskan tanggungjawab sebagai suami.

Dulu tak dapat bagi nafkah, sekarang awak bagi nafkah setiap bulan dan saya tak pernah soal berapa angka yang awak bagi, kurang ke lebih ke saya tetap terima.

Terima kasih sebab awak habis saja kerja terus balik rumah, tak keluar lepak dengan kawan-kawan, awak layan saya, layan anak tunggal kita. Terus putus soal dunia luar bila awak dengan keluarga.

Main phone tu biasa lah, tapi kalau ada isu semasa ke gosip ke awak tetap share dengan saya, saya tak rasa tertinggal, awaklah suami awaklah kawan. Awak sentiasa tahu batas awak untuk buat sesuatu. Saya kagum sangat.

Terima kasih sebab awak didik saya banyak perkara. Antaranya awak selalu cakap hidup dengan apa yang kita ada dan sentiasa rasa cukup. Insyallah. Jangan rasa rungsing sebab harta. Mula-mula saya tak boleh terima, tapi lama-lama saya nampak semuanya. Saya tenang.

Sepanjang kita kahwin ni walau teruk mana kita gaduh, sampai saya lari dari rumah (lari pergi bustop saja pun) sebab merajuk kena tengking dengan awak akibat salah faham komunikasi,

Lepastu kita gaduh sebab kita suka tuduh yang masing-masing pentingkan diri, kita gaduh sebab kadang-kadang saya kurang ajar pada awak, sampai awak keluar rumah pergi KL sebab rungsing dengan saya.

Tapi semua tu kita lalui sebab kita belum matang dan sedikit pun tak pernah kita cerita pada adik beradik, mak atau ayah atau kawan-kawan terdekat.

Semua kita telan sendiri, susah macam mana pun kita masih hadap sama-sama tanpa melibatkan orang lain hanya padaNya kita mengadu.

Apa yang boleh saya katakan sebelum saya dapat suami yang sekarang ni, macam-macam dugaan saya dipertemukan dengan lelaki-lelaki tak guna yang semua ambil kesempatan atas saya.

Ada yang kaki kelab, kaki kikis, kaki perempuan, kaki pukul sampai tahap cerita di balai. Saya juga hampir dijadikan isteri kedua oleh ex saya dahulu.

3 kali bagai nak rak saya bercinta, kena tipu, kena pukul, kena ugut bunuh, lebam-lebam tangan saya. Ada pula yang tipu, nak pinjam kereta, mentang-mentang waktu tu saya pakai kereta lambang H, tahu-tahu bawa Makwe lain dengan kereta saya pergi dating tengok konsert.

Ada pula tunangan orang mengaku bujang, bila dah serius barulah minta saya tunggu untuk disunting jadi isteri kedua. Kalau nak diceritakan satu per satu saya tak mampu.

Allah swt saja tahu betapa jatuhnya hidup saya saat tu. Dan kepada Allah swt jua saya kembalikan diri untuk keluar dari semua masalah dunia.

Kini saya faham, kenapa saya kecewa, disakiti, dikhianati dan melalui titik yang paling gelap dalam hidup saya dan saya tak menyesal lalui semua tu, cuma menyesal atas perbuatan jahil saya saja.

Terima kasih Ya Allah kerana hadirkan semua ujian dan dugaan ini dan bagi saya hadiah selepas lalui semua tu.

Buat semua pembaca saya tahu semua orang diduga pelbagai cara, saya tak seteruk mana, bila baca dalam KRT or mana-mana medium ni sungguh runtum jiwa baca masalah setiap orang.

Semoga kalian jangan pernah hilang kepercayaan pada Allah swt dan saya doakan kalian dikurniakan idea serta jalan keluar dari masalah dunia.

Tak lupa juga dikurniakan keberanian untuk mengorak langkah kehadapan serta tanam niat keazaman untuk berubah dalam apa jua keadaan. Jangan pernah putus zikir dan doa, kerana itu senjata orang mukmin.

Saya sentiasa pesan kat diri saya saat saya diuji dulu dan nak move on :

“Takkan ada siapa yang boleh bantu atau kesiankan diri kita melainkan diri kita sendiri”

Kalau ada diantara kalian dilanda dilema atau situasi yang sangat teruk, negatif, abnormal maka tolonglah cari jalan keluar, dapatkan kaunseling, rujuk pada Pejabat Agama, Ustaz, Ustazah apa jua jangan putus asa, selamatkan lah diri kalian, kasihanilah diri kalian.

Kita akan tahu seseorang tu boleh berubah atau tidak. Sabar tau…

Buat suamiku, semoga Allah swt kurniakan Syurga paling agung buat awak. Terima kasih sebab selama 9 tahun ni awak masih awak yang dulu malah menjadi versi lebih baik.

Saya gembira walau hidup kita tak mewah, biasa-biasa saje, kereta lambang H pun saya dah jual, beli buatan Malaysia saja tapi hati gembira melalui kemewahan ketengan yang Allah swt bagi sekarang ni.

Sampai saya rasa tak bersedia hilang awak sebab saya tahu awak hanyalah pinjaman semata di dunia ni dari Allah swt dan saya sentiasa sayang awak.

Buat ex-ex-ex-ex saya, terima kasih sebab buat saya, kalau tak, saya tak jumpa suami saya yang sekarang.

Buat Mak Ayah terima kasih sebab mudahkan segala urusan saya. Sentiasa doakan saya, saya tak mampu balas segalanya cuma mampu tak susahkan hati Mak Ayah saja. Kurniakanlah Syurga paling indah buat Mak Ayah, Ya Allah.

Terima kasih pada yang sudi baca warkah yang biasa ni dan doakan kebahagiaan kami ya. Doakan kami till jannah, meninggal dalam Husnul Khotimah sama-sama. Saya doakan buat kalian juga. Amin

– ALEXIA (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *