Baca confession ini dulu ya, (https://iiumc.com/warkah-buat-isteriku/).
Waalaikumussalam sayang..
Alahai.. Puitis sungguh abang ye. Sampaikan ada komen kata abang ni gegirl. Eww!
Ada jugak yang komen abang ni buaya. Ni saya setuju, haha.
Sebelum saya meneruskan warkah ini, saya sebenarnya tak puas hati dekat abang. Satu malaysia dah tahu muka saya ada bekas jerawat. Bertuah punya laki!
Apa apapun terima kasih atas warkah abang tu ye, banyak yang doakan keluarga kita bahagia dunia akhirat. Semoga doa-doa kalian terpantul kembali kepada kalian juga. Aamiin..
Surat abang tu dah ok.. Cuma saya sebagai wanita yang disakiti ini, ingin menambah sedikit fakta.
Nak kena puitis jugak ke? Ok.. I try..
Abang.. (sambil diiringi lagu kitaro)
Betapa hati ini sangat terharu apabila abang mengorat diri ini. Abang ingat lagi tak kali pertama kita bertemu?
McDonald Jalan silang, KL menjadi saksi cinta kita..
Abang berjersi Inter Milan biru hitam, jeans hitam, sudah cukup menggetarkan hati ini. Tapi kerana itu pertama kali, tidaklah saya menunjukkan ketidaksenonohan di depan abang. Dah tentulah saya berlagak ayu dan lembut, selembut softlan.
Saya ingat lagi bagaimana nervousnya abang ketika itu. Sampaikan straw yang abang pegang nampak terketar-ketar dihujungnya. Disitu, saya tahu yang abang sebenarnya telah terpikat dengan diri yang comel ini.
Masa tu semua indah..
Sampailah abang curang..
Abang sebenarnya tak kantoi sebab saya baca mesej. Sebenarnya minah tu yang mesej saya dulu marah-marah. Seolah-olah saya yang rampas abang daripada dia. Saya ni pantang orang cari gaduh. Saya takut. Haha
Sebab tu, saya rela mengundur diri. Saya tak rebut jantan. Saya ada maruah.
Maka, bermulalah episod kekecewaan diri ini..
Abang kenal lagi hana? Dia lah tempat saya meluah. Selepas pertemuan malam terakhir kita.. Saya masuk ke rumah sewa dengan penuh kesedihan. Muka saya tak ubah macam orang kalah judi.
Hana yang pandang saya masa tu, terus tarik lengan saya. Soalan pertama dia,
“Nasik goreng aku mana?”
Saya dahlah tengah sedih. Boleh pulak dia tanya nasik. Saya tak jawab. Saya terus menangis sepuas hati. Hana peluk dan usap belakang saya. Dia terus faham.
“Nangis je. Lepaskan semua malam ni. Esok ko kena kuat. Macam power rangers!”
Hana cuba buat saya gelak. Tapi hambar. Tangis saya makin kuat.
Kawan-kawan lain yang tengah khusyuk menelaah dalam bilik, semua keluar mengelilingi saya. semua cuba memujuk.
Cuma ada seorang kawan yang agak sinis. sampai sekarang saya ingat ayat dia
“Alaa.. baru putus cinta.. bukan putus kaki”
Abang tau tak, tak sampai sebulan lepas tu, boyfriend dia pun buat hal. Time dia menangis, saya tanya dia
“Kaki kau putus ke?”
Puas hati.
Ok. Habis cerita malam tu.
Subuh esoknya, saya terjaga. Terdengar lagu Siti Sarah. Kesetiaan. Saya layankan. Seram sejuk rasanya. Bercucuran airmata kecewa saya. Macam Niagara Falls. Terasa lemah badan, sakit segala sendi-sendi.
Baru teringat dah hampir 24 jam saya tak makan apa apa. Maknanya badan saya mengalami proses detoksifikasi ambien water.
Abang percaya ke? Mana ada. Saya gurau je. Abang google lah sendiri nama proses tu.
Pagi tu, saya ponteng kelas. Saya ajak Hana ponteng sekali. Walaupun kalau tak ajak, dia memang kaki ponteng.
Kami keluar ke KL, ke Kotaraya. Saya borong komik Shin Chan. Penyiasat Remaja. Majalah Ujang. Lagipun duit PTPTN saya baru je masuk. Mengamuk mak saya kalau tahu.
Hari tu terubat sedikit luka di hati.
Tapi, kesilapan terbesar saya adalah apabila saya salah memilih arah. Kaki saya membawa saya ke MacDonald Jalan Silang!
Hana yang tak tahu apa-apa, terus saja masuk. Saya ikut.
Ketika beratur, saya pandang meja kita dulu. Pedih.
Saya pandang bekas straw. Dua kali pedih.
Saya biar airmata saya mengalir laju. Hana tak perasan sebab teruja nak pilih menu. Yelah, dia pun terpaksa berlapar semalam bila saya tak belikan nasik goreng dia. Sampai 2 bijik dia pesan burger.
Saya cuma minum. Selera saya mati. Seperti matinya hati saya
“Betul ke ko tak nak makan?” Hana berkali kali offer burger dia yang satu lagi. Tapi saya geleng. Saya tunggu dia habiskan makanan. Saya layan komik.
Sebenarnya apa yang saya baca, langsung tak masuk otak. Sebab otak saya beriya iya mengingatkan saya pada abang.
Teringat teka teki abang. Cerita cerita abang dan game ular.
Mula malam tadi, saya dah tak nak main game tu lagi. Lagipun takkanlah saya nak pecahkan rekod sendiri.
Ok. Habis cerita hari pertama kecewa. Saya rasa saya laluinya dengan baik. Tiada adegan bunuh diri. Syabas kepada saya.
Begitulah dari hari ke hari. Ada masa-masanya saya akan layan nangis sambil mandi bawah shower. Terasa la jugak macam adegan filem dalam hujan.
Setiap kali solat, saya doa minta dipermudah urusan jodoh saya.
Sampailah bulan kedua ketiadaan abang, masa tu saya dah kuat. Bak kata orang Jawa dulu-dulu..
‘Time heals..’
Masa tu Majlis Konvo saya.
Mak, ayah dan 2 orang adik saya ada. Kawan-kawan pun ramai datang. Abang tau tak, masa tu saya berharap sangat yang abang akan muncul. Tapi hampa
Dalam ramai-ramai tu ada sorang mamat pakai baju polis. Saya tanya mak saya
“Mak buat salah apa sampai nak kena tangkap?”
Mak saya berterus terang. Rupanya mamat tu nak dijodohkan dengan saya. Eh? Hati saya terus nyanyi lagu Gerak Khas.
Masa tu saya tak rasa apa. Saya pandang polis tu. Hati saya tak berdebar. Rasa nak terkentut je.
Dirumah saya bagitau mak saya yang saya belum bersedia.
“Yang ko nak bersiap sedia bagai dah kenapa? Mak bukan suruh ko jadi polis. Mak nak ko jadi bini polis”
“Tak nak la mak.. nanti dia kena tembak. Cepat saya jadi balu”
“Kalau dah ajal, bila bila pun mati”
“Lagi satu, kalau ada orang jahat dendam kat dia, saya yang jadi tebusan. Masa tu mak jugak yang susah. Nak selamatkan saya kena pakai helikopter. sebab saya kena ikat atas bukit”
Masa tu mak saya dah tak layan. Terus masuk dapur. Hahaha, saya menang.
Bye abang polis, aku bukan untukmu. Aku doa kau berjumpa yang lebih baik.
Bulan keempat ketiadaan abang, saya betul betul sembuh. Cuma hati masih terkunci rapat.
‘Dah kawin agaknya dia..’
Saya terbayang abang segak memakai persalinan pengantin. Siap tanjak dan keris. Dan saya di tepi abang, sedang bermain kompang. Uh! Sedih..
Selepas konvo, saya masih duduk di rumah sewa yang sama. Saya bercadang nak sambung Masters. Tapi saya memilih untuk bekerja dahulu.
Saya ingat lagi, 3 Mac 2004, Selepas Maghrib, fon saya berbunyi. Nombor tidak dikenali. Public phone agaknya.
Masa tu saya terfikir ‘ni kalau bukan nak berkenalan, mesti scammer’
“Helo.. Rumah Mayat Shah Alam..”
“Assalamualaikum awak…”
Ya Allah! Aku kenal suara tu! Suara yang dah buat hidup aku jadi tak menentu selama 4 bulan ni! Abang!
“Abang ni..”
Ye.. Saya tau..
“Awak tak perlu nak cakap apa-apa, dengar je dulu.. abang rasa abang nak cuba jugak”
Cuba apa ni?
“abang nak cuba nasib dengan awak.. Abang nak awak. Abang akan usaha”
Abang tau tak masa tu saya cubit cubit lengan saya, mimpi ke? Tapi sakit. Hati saya rasa nak meletup. Terlalu banyak benda terjadi dalam satu masa. Mana nak terkejut lagi, mana nak percaya, mana nak happy. Semuanya! All in one! Rasa yang sukar ditafsir.
“Awak tak payah jawab apa apa sekarang ni. Abang nak jumpa awak”
Masa tu saya menolak. Sebab saya betul betul takut jatuh lagi
“Tunggu sana”
Dan abang letak. Saya terkebil kebil.
Dalam lebih kurang setengah jam, kedengaran pintu diketuk, saya doa dalam hati. Mintak mintak bukan posmen.
Bila buka pintu. Wajah kesayangan hamba. Terasa nak lempang muka itu. Benci. Tapi rindu.
“Kemas barang. Ikut abang balik kampung!”
Saya bagi alasan. Senggugut. Tapi lakonan saya gagal.
“Abang tunggu kat bawah sampai awak turun!”
Abang tahu tak, masa tu kawan kawan serumah saya semua dah pasang telinga kat tepi.
Bila saya tutup kembali pintu, semua dah bersorak macam nak gila. Nasib laa.. dapat kawan kawan sewel.
Dalam saya berkira-kira nak pegi ke tak, sorang-sorang kawan saya bagi pendapat. Ada yang kata jangan. Ada yang kata terima. Ada yang senyap cuma tepuk tepuk tangan. Macam singa laut pulak.
Masa tu, orang yang saya nak dengar cuma Hana.
“Ko pegi je.. Mungkin dia jodoh yang ko tunggu” itulah rasanya ayat Hana yang paling serius aku pernah dengar selama berkawan dengan dia.
“Kalau dia ada abang ke.. adik lelaki ke.. ko kenalkan kat aku pulak” hmm..baru je puji
Maka, saya pun berkemas. Saya bawak baju kurung paling cantik yang saya ada. Nak jumpa bakal mentua la katakan..
Bila turun, abang senyum. Yakin betul abang kan yang saya akan turun.
Sebelum masuk kereta saya pandang atas, tingkap rumah sewa, dipenuhi muka muka stalker pelbagai negeri. ‘Doakan aku kawan-kawan’
Dalam kereta, abang ceritakan semua. Termasuk kawan abang yang mimpikan saya. Abang katakan yang dia memang `special`.Macam kasyaf pun ye.
Banyak benda pelik yang dia tahu. Antaranya, dia boleh teka nama abang sebelum abang kenalkan diri. Dia kata dia agak je. tak sangka pulak betul.
“Senang la abang nak mintak nombor ekor kat dia”
Abang jeling. Eleh.. gurau pun tak boleh.
Saya ingat lagi abang putuskan hubungan dengan si dia. Dalam hati saya. ‘Aku perampas ke?’
Bila dia mesej kata yang dia pengsan. Saya rasa dia betul betul takut kehilangan abang.
“Kesian dia.. abang berbaik je dengan dia. Salah faham je tu”
Hmm.. Abang ingat saya ikhlas ke cakap macam tu? Saya berlakon je. Ingat senang senang saya nak lepaskan abang lagi? Huh! Langkah mayat abang dulu. Alaa.. Mayat abang laa.. Saya tak nak mati lagi.
“Abih tu 10k camana?”
“Tu kita serah pada Allah. Abang tak nak orang lain dalam hidup abang!”
Saya menangis. saya pandang ke luar tingkap sebab muka saya buruk kalau menangis. Takut bila abang tengok, cancel pulak nak jumpa mak ayah abang.
Alhamdulillah.. segala galanya mudah selepas itu.
Kita nikah pada tahun 2006.
Abang pulak yang menangis lepas akad. Mesti masa tu abang macam tak percaya dah nikah dengan saya kan? Untung la abang… haha
Part abang hutang member, dan mak pulangkan duit, kenapa saya tak tahu? Abang tahu tak berapa lama saya rasa tak puas hati pada mak sebab ingatkan dia mata duitan? Rasa nak cium kaki mak sekarang jugak. Ampunkan saya mak..
Buat abang, memang betul saya tak boleh lupa. Dan abang memang curang pun.
Tapi, abang dah buktikan sepanjang 15 tahun kita kawin. Abang berjaya buktikan kesetiaan abang. Cuma ada sekali sekala abang jeling awek depan saya, saya halal je. Sebab abang lelaki normal. Kalau tak jeling, saya takut je abang sebenarnya gay. Lagi parah.
So, buat semua pembaca, korang memang sangat baik hati. Saya jadi tak berani nak komen di ‘Warkah untuk isteriku’ sebab takut kantoi. Memang saya topfan pun.
Oh ye.. yang mempersoal tentang sekufu atau tidak saya dan suami. Suami saya adalah bekas pelajar MRSM dan pernah diterima masuk UUM. Cuma separuh jalan, sebab banyak nak pakai duit katanya.
So, dari segi pemikiran.. kami sekufu. InsyaAllah.
Anak-anak? Saya ada 5 orang. Semua lelaki. Saya gelarkan mereka Hang Tuah 5 bersaudara. Yang sulung dah masuk MRSM. Ikut jejak bapaknya. Dua orang bersekolah rendah, dan dua lagi berumur 3, dan setahun lebih.
Harap dapat menjawab pertanyaan terjun katil dan somersault sebelum ni, haha.
So, itu saja dari saya. Wassalam. Terima kasih…
– Isterimu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit