Hai. Nama aku Yana. Aku merupakan anak bongsu dari 4 adik beradik. Aku di sini hanya ingin meluahkan apa yang aku rasakan. Aku tiada tempat lagi untuk meluah.
Ramai orang kata yang anak bongsu ni manja dan akan dimanjakan oleh ibu bapa. Tapi bagiku tidak. Aku dilayan acuh tidak acuh oleh keluargaku.
Makin aku dewasa, makin aku rasa terabai. Ibuku hanya fokus dengan abang-abangku. Ibuku melayan abang- abangku seperti raja tetapi sebaliknya jika dengan aku.
Aku dilayan seperti pembantu rumah. Abang- abangku hanya melihat aku melakukan kerja- kerja rumah tanpa rasa ingin membantuku. Aku geram sebenarnya.
Semua kesalahan abang-abangku diletakkan di atas bahuku. Sebagai contohnya, Aku telah habis mengemas rumah, tetapi abang-abangku pula yang menyepahkan kembali barang-barang yang telah ku kemas.
Al- hasilnya aku dimarahi oleh ibuku. Ibuku mengatakan bahawa aku seorang anak yang pemalas dan tak layak jadi perempuan.
Aku mula bersuara untuk mempertahankan diriku. Memberitahu ibuku kebenaran tentang abang- abangku yang menyepahkan kembali semua barang- barang tersebut. Apa yang aku dapat? Kemarahan dari ibuku.
Ibuku menghamburkan kata-kata yang mampu mengguris hatiku. “Jangan bising buat saja!” Ibuku menengkingku. Suaranya kedengaran lantang memarahiku. Aku menjadi malu. Jiran-jiran mendengar suara ibuku yang sedang memarahiku.
Abang- abangku pula selalu menghamburkan kata-kata kesat terhadapku. “Adik b*bi!”, “Adik B*doh!”, “Adik kim*k!” dan banyak lagi kata-kata kesat yang dilemparkan kepadaku.
Aku teringat… abangku pernah memukulku. Tendang. Tampar. Aku ingat sampai bila-bila. Tapi aku tak pernah melawan.
Aku tak pernah pun menceritakan hal ini kepada ibuku. Kerana aku tidak mahu keluargaku berpecah belah bergaduh. Lagipun aku takut nak bagitau. Nanti bukan ibuku percaya dengan kata-kataku. Dia akan diam tanpa berbuat apa- apa.
Pernah satu masa aku jatuh sakit. Tapi…. Takda sorang pun yang peduli. Mukaku membengkak. Suhu badanku meningkat. Tekakku sakit. Aku mengadu dekat ibuku. Tapi dia hanya endah tak endah.
Akhirnya aku hanya diam sepanjang aku sakit. Paling aku terasa…Ibuku menuduh aku berpura- pura sakit untuk tidak membuat kerja di rumah.
Berpura-pura sakit!? Aku rasa nyawa aku dah nak melayang dah dengan muka yang membengkak. Sampai satu tahap aku tak mampu untuk berdiri. Barulah mereka memberikanku ubat.
Tapi… ubat tu adalah ubat tahan sakit. Bukan ubat demam ataupun ubat batuk. Aku bertahan hanya dengan memakan ubat tahan sakit.
Selepas dari sakit itu, Aku cuba untuk bersenam mengeluarkan peluh di luar rumah. Aku bermain basikal di kawasan luar. Tiba-tiba abangku datang dari belakang lalu menolakku. Aku terjatuh terseret di tar.
Tapak tanganku luka. Sikuku lebam dan calar terhentak. Kedua belah lututku calar dan terdapat kesan lebam di kedua belah kakiku.
Abangku hanya tertawa melihat aku terjatuh. Ibuku pula hanya memandangku. Sikitpun… Takda rasa nak tolong aku. Aku terus berjalan perlahan-lahan memasuki rumah. Menahan rasa sedih di hati. Rasa sedih berleluasa hingga aku tidak dapat merasakan kesakitan.
Aku cuci luka sendiri. Merawat lebam sendiri. Lepas accident tu pun mak aku masih menyuruh aku melakukan kerja di rumah. ha ha ha…..sedih.
Mak aku terlalu mengangungkan abangku. Selalu memuji abangku. Aku sedih…Aku cuma ingin merasa kasih sayang yang sama seperti abangku. Sudah lama aku tidak mendapat pelukan dan ciuman hangat dari ibu.
Aku rindu. Sungguh aku rindu. Tapi.. Aku dah rasa janggal. Janggal untuk menunjukkan kasih sayang antara keluarga.
Aku lebih banyak menyendiri dan mendiankan diri. Tanpa bergaul dengan adik-beradikku yang lain. Kerana aku tahu…banyak kesalahan yang aku lakukan jika bersama-sama dengan dorang.
Aku anak yang tak baik. Aku adik yang tak baik. Aku adalah pesakit depression/anxiety dan keluargaku tidak pernah percaya denganku.
Maaf kalau aku bukan ahli keluarga yang baik di mata keluargaku. Aku minta maaf. Aku hanya inginkan kasih sayang dari keluargaku..
Banyak lagi kisah yang membuatku terguris dengan sikap keluargaku. Tapi biarlah aku simpan buat masa sekarang. Menangis aku menaip benda ni, hahahaha.
Terima kasih kepada yang sudi baca kisahku yang tak seberapa ini.
– Yana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
adik,
akk pun pernah rase disisihkan ibu sendiri..lebihkan abg2 mcm kisah adik ni..akk faham sgt perasaan adik..pernah rase nk bunuh diri mase kecik2 dulu..tapi bile makin meningkat dewasa, akak mula faham perangai mak akak dan akak mula terima..setiap org ade perangai,begitu juga ibu..jangan expect ibu tu org maksum, cuma kite kena terima qada n qadar perangai ibu mmg da mcm tu..jangan berdendam dik..adik belajar rajin2..nnt da keje, ibu akan berubah..sabar ye.. nnt akan hadir org yg syg adik sgt2.inshaallah.
saya tak berdendam…saya cuma..nak rasa kasih sayang yang sama dengan adik beradik yang lain. Saya dah habis sekolah kak. Saya cuba cari kerja tapi ibu saya yang memilih sangat. Mak saya lebih suka kerja kerajaan. Saya tau niat mak saya. Dia nak saya senang. Tapi….susah sikit nak dapat dengan keadaan pelajaran saya yang tak seberapa ;( Saya nak sambung uni tapi mak saya tak bagi. Arwah bapa saya ada bagi simpanan duit untuk saya sambung belajar. Tapi mak saya kata itu untuk kecemasan. saya…taktau lah kak…saya sebenarnya dikongkong. Semua pendapat saya ditentang..dengan alasan saya adik dan saya anak bongsu. Tak boleh bagi pendapat.
Tak layak jadi perempuan? Excuse me. Kerja mengemas ni untuk kedua-dua jantina. Bukan perempuan sahaja
Memang keduanya. Tapi mentaliti orang zaman dulu kebanyakkannya macam tu. Anak lelaki dirajakan anak perempuan dihambakan. Alhamdulillah sekarang saya dah keluar dari rumah tu. Atas bantuan tunang saya. Tapi apakan daya. Mak saya meletakkan hantaran rtinggi sampaikan kami susah nak nikah. Alasannya nak buat majlis besar besaran. Padahal saya cuma nak majlis biasa saja. semuanya kena ikut perintah dan kehendak dia saja. Saya kecewa dengan keluarga sendiri.