Assalamualaikum kepada semua pembaca iiumc, moga sentiasa sejahtera dan dalam rahmat Allah. Terima kasih kepada admin yang sudi menyiarkan konfesi ini. Insha Allah moga apa yang yang tulis ini mampu menenteramkan hati mereka yang sedang bergelut bermati matian melawan sakit mental, depresi, stress, kemurungan, atau apa jua masalah yang melanda.
Terlebih dahulu, saya perkenalkan diri saya, nama pendek saya siti, pelajar tahun akhir di salah satu IPTA di Malaysia. Lima tahun yang lepas saya disahkan menghidap sakit depression atau major depressive disorder. Saban tahun saya bergelut dengan sakit ni, Allah je yang tahu sakitnya menentang dan berperang dengan diri sendiri, kalau sakit fizikal boleh nampak, tapi sakit dalaman? . Sampai harini rasa macam menggalas dan bawa satu beban yang tersangat berat, beban ni sentiasa ikut saya ke mana saja saya pergi, dan selalu membisikkan kata2 negatif termasuk suruh saya bunuh diri. Bila saya mengadu, mesti ada suara sumbang ( maafkan saya ) cakap ” beban tu jin ” tu syaitan tu ‘ “mesti kau jenis ligat solat, baca quran ” dan bla bla bla. Lagi sedih, bila keluarga sendiri yang tak support langsung, saya selalu mengadu sakit kepala, insomnia, loss weight, kurang selera makan, dan kemurungan, pernah minta mereka bawa jumpa psikatri atau temankan, namun jawapan yang saya dapat ” keturunan kita tak ada yang gila, tu saja ngada2 hang buat perangai”. Jadi bersyukurlah kalau anda masih ada keluarga yang menyokong.
Rutin harian saya macam biasa, cuma saya bergelut dengan bayang hitam depresi ni, malam saya tak mampu nak lelapkan mata, insomnia telah berjaya jadi peneman di waktu malam dan membisikan kata romantik bahawa cahaya bulan terlihat sangat indah. Air mata menemani , membasahi bantal hampir setiap malam. Siang, Allah je tahu macam mana saya bergelut gagahkan kaki keluar dari bilik, ke kelas dan berhadapan dengan insan yang normal. Low self estem buatkan saya rasa tak layak disayangi oleh sesiapa. Depan orang memang saya pandai berlakon and faked a smile, selalu ceria, buat lawak dengan kawan kawan. Tapi, dalam diri saya Allah je tahu saya sakit, sedih, perit menahan bebanan depresi ni. Saya selalu mengalami anggota badan yang tiba2 shaking, jantung yang berjalan laju, nafas tiba2 tersesak, etc. Macam tulah rutin harian saya, kalau sakit, saya akan menangis, dan tidur dalam keadaan lecun dengan air mata, kalau shaking teruk sangat saya ambil ubat dari hospital untuk tenangkan diri. Wallahi, keluarga saya tak pernah tanya khabar tentang sakit saya, setiap kali saya pulang cuti sem saya pura2 kuat depan mereka dan macam biasa kepulangan saya cuma untuk menyelesaikan kerja rumah.
Tapi, cuma satu sahaja pegangan saya, nak tak nak life goes on. Kita orang Islam, aqidah kita kalau bunuh diri, masuk neraka!. Walau saya pernah self harm, tapi tak sampai tahap cabut nyawa. Jadi no matter what, saya kena bangkit, sakit macam mana pun, sedih macam mana pun, saya kena ok balik! sebab satu je saya fikir, nak bahagiakan mak ayah, umur mereka dah tak lama, dan demi study saya, sebab dua ni je! dan for sure untuk Tuhan saya. Jadi macam mana saya buat untuk ok balik setiap kali depresi?
Saya cari Allah balik. Tak kisahlah solat ke, zikir ke, baca Quran ke, atau dengar lagu ketuhanan pun kadang2 boleh tenangkan hati. Sy off skejap phone, dan cari masa berdua dengan Allah, Seriously, tiba2 air mata laju gila turun, telekung tu boleh perah bila kita cerita semua kat Allah, nak lagi feel peluk Quran rapat2. Nak upkan lagi feel tu dengar nasyid zikir Allah dengan earphone. Saya berani kerat jari kalau awak tak nangis. Jadi tulah cara saya nak bangkit balik dari depresi. Saya akui sakit ni tak hilang2 sampai harini, dan saat saya menulis ni pun bayang hitam depresi ni masih melekat di sisi. Tapi, saya redha kalau ini yang Allah rasa terbaik untuk saya.
Kalau saya tak dikurniakan sakit depresi ni, saya rasa saya dah sesat dengan kenikmatan duniawi ni. Sbab tu Allah bagi, kalau Allah tak bagi saya takkan ada masa untuk menangis bercerita dengan Allah, saya takkan peruntukkan masa ‘berkhalwat’ dengan Allah, saya takkan berkwan dengan orang2 yang positif. Jadi, saya sangat bersyukur Allah bagi sakit ni, sbab Allah sayangkan saya dia taknak saya sesat, dan alpa. Sebab kalau tengok tahap iman saya ni, kalau Allah tak bagi sakit ni, mungkin dah lama saya tinggal solat, tinggal Quran, etc.
Memang sakit depresi ni negatif, tapi sudut positifnya saya rasa Allah sentiasa ada menyokong menguatkan langkah saya untuk lawan sakit ni. Jadi, kepada anda yang senasib dengan saya, jangan risau ya my dear :), sakit ni sekejap je sebab tak ada yang kekal atas dunia ni, tapi kasih sayang Allah kekal buat selamanya, paling penting carilah Allah setiap kali sedih, apatah lagi masa gembira. Insha Allah kita akan redha dengan sakit yang Allah bagi ni. Apa pun masalah kita sekarang semuanya tak kekal, smuanya dicipta Allah dan apa yang dicipta akan hilang, tapi Pencipta akan selalu ada.
Jom kita fight sama sama sakit ni. Selalu ingat Depressed people are not weak. Kita sebenarnya strongest people. We fight more than anyone else and fall more than anyone else but still decide to get up. Tak apa bersedih atau menangis, itu normal :) , Nabi Yaakub pun pernah bersedih, cuma kesedihannya hanya kepada Tuhannya, Tuhan kita. “Sesungguhnya hanya kepada Allah aku adukan kesusahanku dan kesedihanku” (Surah Yusuf: ayat 86). Sayangnya Allah pada kita dia tak tinggalkan kita terkapai2 meratapi kesedihan dan masalah, Allah tinggalkan ayat cinta dia untuk jadi penguat kat kita. So, READ!
Dan untuk masyarakat sekeliling, please hentikan stigma bahawa sakit mental adalah gila! Love them no matter what they are going through ,embrace them when they are frustrated for no reason and don’t give up on them. Terima kasih untuk sahabat yang sentiasa bagi sokongan, mak yang melahirkan saya, dan for sure terima kasih Tuhan for your unconditional love ;).
– Depressed people
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit