Was-was ni mengikut pemahaman aku adalah sangka-sangka. Maksudnya kau bersangka-sangka terhadap sesuatu keadaan. Tak kira la hasil sangka baik atau buruk. Dalam kes ni aku bagi contoh, was-was waktu nak ambil wudhuk. Aku pernah alami suatu keadaan di mana aku akan ambil wudhuk berulangkali disebabkan aku “rasa” macam wudhuk aku tak sah. Sedangkan rukun wudhuk semua aku dah penuhi dari niat sampailah tertib. “rasa” ni entah macam mana berulang-ulang main dalam fikiran sedangkan aku dah buat apa yang aku perlu buat.
Aku juga pernah was-was dalam urusan mandi wajib. mandi lama sangat. berapa gayong air yang kena aku siram kat kepala? macam biasa rukun aku dah penuhi. tapi waktu ambil je tuala untuk lap badan semua, mulalah aku “rasa” macam ni. “aku dah niat ke belum tadi?”, “eh kat sini air tak rata pulak”. Padahal sebenarnya dah cukup rukun dah pun tapi pemikiran aku jadi macam tu.
Aku juga pernah alami cemburu yang berlebihan terhadap pasangan. Bila tak balas whatsapp sekejap pun dalam fikiran aku mula terlintas “Dia ni mesti dah ada orang lain”. “dia ni penting keluarga dia dari aku”, “ni mesti keluar mana-mana dengan pakwe baru ni”. Padahal aku tahu yang dia takkan buat macam tu. Yang paling penting, bukti pun aku takder nak cakap dia macam tu. Memandangkan aku pandai serba sedikit bab ceroboh akaun sosial orang sampai ke tahap aku geledah akaun email dia. Bukti takder. Semuanya ada dalam fikiran aku je.
Selain itu, Dalam pergaulan dengan kawan-kawan. Yang ni kawan yang takder la rapat sangat. Tapi aku selalu “rasa” macam diorang ni selalu kutuk aku dekat belakang. Once, aku jugak pernah buruk sangka dekat roomate aku waktu belajar dulu. Aku rasa macam roomate aku ni tak suka aku dan dia rancang something yang buruk dekat aku. Aku memang rasa bad feeling selama duduk dengan dia ni. Tapi bila tukar roomate segala perasaan tu hilang. Maaf ye pembaca dari negeri kelantan, (no offense). Aku dapat bad feeling ni pun sebab roomate aku ni kerap kecek kelantan dengan kawan-kawan dia depan aku, dan aku tak faham, pekat sangat. roomate aku ni ala-ala brotherhood dia tu kuat la dengan kawan senegeri. aku duduk dalam bilik pun rasa macam terpinggir sikit. Roomate baru aku pun orang kelantan tapi aku rasa selesa sebab komunikasi dia dengan kawan-kawan lain still boleh faham.
Keadaan aku parah sebenarnya. Banyak sangat perasaan sangka-sangka ni. Waktu aku lalui tentang was-was dalam wudhuk tu, ini yang aku buat. Pertama aku ulangkaji semula tentang wudhuk. Penuhi rukun maka sah lah wudhuk tu. Jangan lebih 3x bila ratakan air ke tempat wudhuk. Lepastu aku baca tafsir surah an-nas. Kisah surah ni mengenai was-was dari al-khannas. di akhir ayat tu dari jin dan manusia. ayat pertama kita minta perlindungan dari Allah. perlindungan dari segala punca bisikan was-was ni. Kes mandi wajib pun sama. Aku ulangkaji balik pasal mandi wajib. Tentang rukun dan sebagainya. Yang aku ingat waktu tu aku betulkan pemikiran aku dengan baca blog Hamka-KeretaMayat tentang was-was waktu mandi wajib. Alhamdulillah masalah aku dah hilang. Pada mulanya,memang akan ada lagi perasaan tu. Tapi lama-lama hilang akhirnya.
Sama macam kes cemburu tu. Aku abaikan je perasaan aku tu. Tak selalu perasaan ni datang. Waktu gaduh,ada banyak masalah ke apa mula la dia datang. Setakat ni aku abaikan je selagi takder bukti yang aku jumpa. Perasaan aku je tu. Yang tentang roomate, kawan aku pun sama. Aku abaikan perasaan tu selagi tiada bukti. Ia tak wujud, ia cuma ada dalam pemikiran aku. Sekarang aku dah bebas dah tak wujud dah perasaan tu. Baru-baru ni aku ada baca tentang OCD. was-was ni OCD kah? atau Delusion disorder? aku bukan doktor psikiatri nak tentukan tapi rawatan aku terhadap diri sendiri memang menjadi. Mengikut pembacaan aku, rawatan bagi masalah macam ni adalah dengan penggunaan pil ubatan dan psikoterapi. Apa yang aku buat ni secara tak langsung sebenarnya ialah Psikoterapi .memang terbukti berkesan. Kalau ada nampak orang yang mempunyai masalah macam aku, jangan korang downkan mereka dengan ayat ” ish benda kecik macam ni pun?”, ” eh ko ni tak belajar mandi wajib ke dulu?” tapi korang guide dan refresh balik pasal rukun semua. Cuba pisahkan diorang dengan “perasaan” diorang tu. Kena pandai bercakap lah. Benda dalam fikiran kita ni bukan senang nak buang.
Solat jangan tinggal, Doa jangan lekang, Tafsir Quran tu cuba baca dan hadam.Kalau tak larat nak baca tafsir just baca Quran ikut tajwid tu pun sebenarnya dah boleh hilangkan stress sebab melalui bacaan tajwid tu secara tak langsung kita dah buat terapi relaksasi untuk hilangkan stress. Waktu solat, baca surah al-fatihah pun dah boleh hilangkan stress. Tak percaya? Cubalah!.
– Jiwa
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit