Assalamualaikum.
Saya ada 1 masalah yang sangat kritikal.
Harap ada pembaca yang sudi menolong saya.
Kisahnya, saya mempunyai masalah was-was yang sangat teruk. Dulu, saya was-was tentang kebersihan. Baju terkena air biasa je pun saya rasa menggelikan. Saya merasakan seperti terkena najis.
Akibat was-was ni jugak, saya tak suka solat di surau atau masjid kerana geli dengan lantai surau atau masjid. Maaf. Ini disebabkan ada sesetengah lantai masjid atau surau ada tompok2 hitam bekas tapak kaki jemaah yang mengambil wudhuk bercampur debu2 diatas lantai mungkin.
Walaupun ada masalah was-was dengan kebersihan, saya tetap menjaga solat dengan sepenuh hati. Jika tertinggal solat akibat tidur atau lain2, saya akan menangis kesedihan dan kecewa. Apabila ingin solat, saya akan menukar baju khas untuk solat kerana yakin dgn kebersihan dan kesucian baju tersebut. Saya langsung tidak merasa terbeban.
Masalah makin menjadi2 selepas itu apabila saya terkena penyakit was-was dalam solat pula. Masalah ini datang ketika saya masih belajar di sekolah menengah lagi, berlarutan sehingga sekarang – sudah 13 tahun. Ya, 13 tahun.
Masalah bermula apabila saya membaca perkara membatalkan solat. Memang menjadi kegemaran saya dahulu selalu membaca buku2 berkaitan ibadah, dengan harapan untuk memastikan ilmu ibadah sentiasa fresh di dalam kepala.
Ketika membaca perkara membatalkan solat, salah satu yg menarik perhatian saya ialah, berniat memberhentikan solat atau keluar dari solat. Bermula dari itu, saya tiba2 menjadi was-was dalam solat. Selalu terdetik dalam hati saya untuk memberhentikan solat. Lalu, saya hentikan solat tu, kemudian mula niat dari awal semula.
Solat 5 minit & ringan bagi saya, tiba2 menjadi sangat berat, biasanya mengambil masa sehingga 1-2 jam & berpeluh satu badan hanya untuk solat 1 waktu sahaja.
Saya menjadi stress. Cuba membaca lagi buku2 fardhu ain. Perkara yg membatalkan solat yg menarik perhatian saya seterusnya ialah murtad. Selepas dari itu, setiap kali sy ingin niat atau agkat takbir, akan datang lintasan2 yg tidak sepatutnya. Datang lintasan Allah itu bersifat yang bukan2.
Ketika angkat takbir, akan datang lintasan kadang2 mengatakan Allah tidak adil, Allah itu makhluk, Allah itu hina. Padahal sebelum solat, semua saya dh tetapkan dalam hati bahawa Allah bukan begitu. Semua lintasan tersebut automatik hadir apabila hendak mendirikan solat sahaja.
Akibatnya, saya rasa solat sy tidak sah, sudah terbatal. Maka saya akan mengulangi angkat takbir dan niat berulang kali kerana memikirkan sudah berniat keluar dari solat juga. Biasanya saya mengambil masa berjam2 untuk solat tiap2 waktu sehingga saya rasa puas hati dengan solat tersebut. Akibat dari ni,setiap kali nak solat, saya merasa trauma. Rasa terbeban.
Lama kelamaan kerana stress, sehingga tahun kelima saya mengalami masalah ini, saya menjadi semakin malas solat. Saya semakin berani tinggalkan solat, tanpa rasa berdosa dan bersalah. Hari2 yang berlalu selepas itu tanpa solat. Saya hidup tanpa mendirikan solat.
Oleh kerana stress dengan was-was, saya terus jadi malas untuk solat. Rasa solat tidak sempurna, jadi saya terus tidak mahu solat. Tetapi sejak kebelakangan ini, saya merasa berdosa sangat2, kerana telah terlalu lama saya hidup tak solat.
Saya cuba tunaikan solat walaupun was-was tapi masih tidak berjaya. Setiap kali ingin memulakan solat, pasti akan datang lagi lintasan hati berkaitan Allah yang bukan2. Saya terpaksa mulakan solat semula kerana apabila lintasan itu hadir, secara automatik saya berfikir ‘eh kena hentikan solat ni sebab dh terbatal’. Sehinggakan saya masih berputus asa dengan penyakit ini.
Ada masa2 nya memang saya dapat melawan rasa was-was itu, tp kebanyakkannya saya gagal. Sampai sekarang saya ada ketikanya malas untuk solat & tinggalkan solat dengan sengaja.
Boleh bantu saya, apa saya harus lakukan. Kerana saya rasa hidup tak bermakna tanpa solat sbnrnya. Saya rasa lemah kerana saya diuji melalui tiang ibadah saya iaitu solat. Jadi, macamana dengan amalan saya yang lain kalau solat pun saya tak tunaikan.
Saya teringin untuk bertahajjud, mengerjakn dhuha dan lain2 solat sunat, tetapi selalu gagal. Saya sedih. Apa yang harus saya lakukan kerana solat sebagai tiang ibadah, agama & pendinding pun saya tak mampu nak lakukan. Saya sangat2 teringin menjadi normal seperti dahulu, menjadikan solat satu keutamaan dalam hidup.
Untuk pengetahuan, masalah was2 kesucian, kebersihan saya dh hilang. Tetapi was-was dlm niat solat, was-was lintasan hati mengenai Allah masih saya tak dapat elakkan.
Cuba bantu saya, apa harus saya lakukan. Terima kasih.
-Sis Masyi
– Masyi
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit