Wasiat

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Terima kasih sekiranya artikel ini disediarkan. Aku anak sulung daripada 3 orang adik beradik (Semuanya perempuan) . Ibu bapa aku persara kerajaan dan telah bercerai within 7 years. Perceraian itu memang jalan terbaik kerana selama ini aku dan adik beradik dibesarkan oleh ibu sahaja. Aku tetap sayang dan hormat ayah aku cuma selama ini ayah aku selalu ambil kesempatan dari segi kewangan ibuku kerana dia bekerja. On 1987, ibu bapa aku ada membeli rumah bersama pangsapuri (Low cost) di Kuala Lumpur. Rumah tu buat potongan gaji ayah aku (RM 156.00) sahaja . Lucky rumah nie sebab pakai loan government so developer tidak boleh amek even ada banyak hutang tertunggak (Maintenance, outstanding billing). Urusan duit lawyer dan segala hal rumah itu ibu aku settle. Tapi lama kelamaan ibu aku sudah malas nak uruskan rumah tu kerana asyik ditipu oleh ayah aku. Aku faham, ketika tu ibu aku kerja shift, kalo shift pagi kul 4 dah bangun. Ketika itu anak masih kecil segalanya ibu aku uruskan. Ayah aku zaman muda dia just enjoy.

Ibuku decided beli rumah ke-2 di Melaka, kali nie guna nama sendiri tanpa joint loan. Rumah tu disewakan, dan abang mak aku tolong tengok-tengok sekiranya ada kerosakan bagi pihak Ibuku . Duit sewa rumah tu, ibu aku akan bagi sedikit wang kepada abang dia kerana tolong jaga rumah tu (Tapi xada jaga pun, walaupun cakap rumah ada problem dan siap bagi duit skali). Ketika tu kami sekeluarga di Sabah (biasala if parents keje gov usually akan pindah randah). On 2011 parents aku berpisah time kita orang dah di KL. So time tu, all dokumen berkenaan rumah kat KL tu ayahku amek simpan. Padahal ayahku xpernah kisah pasal rumah tu. Ibu aku frust sebab rumah tu nama bersama. Ibuku selalu pesan dan pujuk aku supaya aku uruskan rumah tu, time tu aku muda lagi xberminat . Sebab bagi ibu, sayang ada rumah di KL, tapi leh duduk. Ibuku ada sedikit tanah dikampung, tapi adik bongsu dia mengambil kesempatan ketika menjaga arwah nenek. Peluang tu dia guna untuk tukar nama tanah yang asalnya atas nama ibuku. (Alasan dia sebab dia jaga arwah nenek). Biasala nak hidup senang macam tu. Rumah peninggalan arwah nenek ibuku dia tukar kepada nama dia. Padahal ada adik beradik yang lain kot. Ibuku frust dengan perangai adik bongsu dia. Rezeki ibuku, ayah tiriku bagi sebidang tanah untuk ibuku dengan tanah tu jgk ibuku buat rumah since ibuku memang suka life kehidupan luar bandar, sesuai sgt kawasan tu.

Ibuku selalu pesan sekiranya dia meninggal, mintak aku tolong bagi sama rata harta dia kepada adik beradikku tanpa menulis wasiat. Aku pernah terbaca, sekiranya xada tulis wasiat agak susah since aku xada adik lelaki so selalunya akan follow faraid. Maksudnya adik beradik ibuku ada hak ke atas harta ibuku. Aku selalu suruh ibuku buat wasiat, tapi ibu macam tak berminat.( selalunya orang melayu sensitif sikit bila cakap tulis wasiat). Ibu aku jenis suka share problem dia, so dengan cara tu aku akan pujuk dia and bagi contoh nape penting tulis wasiat. Contohnya abang ibuku berminat nak beli rumah Ibu di Melaka, pie nak beli dengan harga yang mula-mula Ibuku beli 60K. Padahal sekarang market value rumah tu 200K kot. Dengan adik bongsu dia suka buruk-buruk kan Ibuku gila harta (nak tutup kesalahan sendiri). Before nie kalo ada artikel dlm suratkhabar berkenaan wasiat/harta yang xdituntut aku akan highlight dekat Ibuku.

Balik je dari umrah, aku teman ibuku buat wasiat dekat Amanah Raya. Murah je nak buat dalam RM350 (Kebetulan dorang tengah buat promosi). Dalam wasiat tu, untuk properties dan kereta ibuku. Kalo untuk saving/barang kemas tidak digalakkan letak buat wasiat. Macam saving tabung haji, better letak pernama sahaja. Aku inform adik beradikku mengenai wasiat Ibuku . So senang, aku xnak pasal harta kte orang akan gaduh. Untuk rumah di KL, ayah ku lembut hati nak aku settlekan. Yang aku geram tu, rumah tu ada orang sewa, padahal parents aku xpernah bagi sewa pun. (Jiran dekat situ jgk yang berani bagi sewa), sampai kena buat report polis sebab menceroboh properties org lain. Now aku dah settle kan rumah tu before ibuku buat wasiat. So penting buat wasiat, even adik beradik boleh bergaduh, amek kesempatan untuk kesenangan diri sendiri. Kebanyakkan masyarakat kita kurang berminat nak buat wasiat. Sebab itu billion harta yang tidak dituntut.

– Anak Sulung

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit