Wasiat Bersyarat

Salam semua. Nak tanya, boleh ke kalau kita buat wasiat bersyarat?

Saya ibu yang sedang mengandung anak pertama. Simpanan saya bukanlah banyak beratus ribu, cuma sebabkan situasi hidup saya ni membuatkan saya terfikir untuk membuat wasiat, sebab saya ada kebimbangan saya akan meninggal sewaktu bersalin nanti.

Wasiat 1: Situasi jika saya dan anak meninggal.

Saya nak simpanan saya diberi kepada ibu ayah saya 80% dan baki kepada suami saya.

Wasiat 2 : Situasi jika saya meninggal tetapi anak hidup.

Saya nak simpanan saya diberi kepada anak saya 60% dengan penamanya adalah adik atau kedua ibu bapa saya dan baki 20% kepada ibu bapa saya dan bakinya baru suami saya.

Boleh tolong bantu saya jawab soalan ini. ?

Mesti ada yang pelik kenapa saya tak serah pada suami kan. Suami saya baik je. Terlalu baik. Pada keluarga dia, ibu ayah dia dan adik beradik dia. Sedangkan saya isteri dia jatuh tempat kedua, mungkin ketiga atau keempat dalam keutamaan hidup dia.

Jika dapat gaji, dia akan beri pada mak dia RM400 dan saya hanya RM100 sebagai nafkah dengan alasan saya bekerja juga dan ada gaji, emaknya tidak, ayahnya pun sudah pencen.

Dia anak sulung, adik² 4 orang, seorang je yang sedang bersekolah, yang lain sudah bekerja tetapi belum berkawin dan duduk di rumah maknya. Jadi adik² dia bukan tiada duit. Tapi duit mereka sentiasa tak cukup.

Entah saya tak nak persoalkan kenapa tak pernah cukup tu. Jadi suami akan sentiasa bantu top up keperluan adik² dia.

Jika saya suarakan tentang kehidupan kami suami isteri, bila saya cakap tentang nak beli barang keperluan bayi atau untuk saya lepas bersalin, dia mesti akan cakap tiada duit. Sedangkan saya tak minta pun duit dia.

Saya bercerita tentang apa saya nak beli. Tapi dia taknak dengar pun. Sebab alasan dia, dia tak ada duit. Duit untuk kegunaan keluarga kami, saya yang keluarkan.

Saya tak kisah tentang itu, tapi saya cukup terkilan bila saya cuba sembang tentang masa depan, tentang beli rumah, tentang beli kereta, tentang anak, dia akan cakap tak payah bincang benda tu semua. Sebab dia tak ada duit.

Jadi apa yang saya boleh sembang dengan dia? Sebab dalam dunia ni semua benda kena ada duit.

Mungkin sebab hormon mengandung, mungkin sebab banyak masa saya bersendirian, buatkan saya berfikir, kalau saya mati, saya taknak suami saya dapat lebih dari duit simpanan saya, sebab saya tahu dia akan buat belanja ahli keluarga dia. Dia akan abaikan keluarga saya.

Duit simpanan saya datangnya dari ibu bapa saya dan ahli keluarga saya, selain hasil usaha saya, jadi saya nak mereka yang dapat lebih. Sebab mereka pun yang banyak bantu hidup kami sekarang.

Saya berharap jika saya meninggal, saya meninggal bersama bayi saya sebab saya taknak ada yang susah kena jaga anak saya pula nanti,

Tapi andaikata anak saya hidup, saya taknak suami dan keluarga dia yang jaga anak saya. Sebab saya takut anak saya nanti dianggap beban dan akan dilayan dengan buruk.

Pesanan saya, jangan kawin jika tiada duit. Jangan kawin jika kau taknak letak pasangan kau sebagai keutamaan hidup kau. (Tiba² pula bagi pesanan kan)

Jadi berbalik kepada soalan saya, bolehkah kita buat wasiat bersyarat? Pada siapa saya perlu bertemu untuk perkara ini tanpa dikenakan kos yang tinggi?

Terima kasih..

– Insan serabut. (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

9 Comments

  1. Semoga sis dan baby selamat dan dimurahkan lagi rezeki, satu nasihat saya jangan ambik tugas suami. Jangan tunjuk sangat kita ada duit kat suami. Selalu mintak duit dia, Kata kat suami bila selalu sebut takde duit je, tu jadi takde duit. hmm

  2. Buat hibah? 100% akan dapat pada penama.Bagi 100% terus je la pada anak dan ibubapa TT.Tak payah bagi satu sen pun pada suami.

  3. Sis, untuk bab wasiat tu boleh try buat consultation dengan orang Amanahraya. Set appointment then boleh pilih utk buat consultation via vc atau datang pejabat.

    Lepas consult then boleh decide nak proceed dgn Amanahraya atau dengan tempat wasiat yg lain. Tapi customized wasiat mmg tak murah ye. Nanti pegawai tu akan terangkan jugak pasal faraid, n sis boleh tny perkara lain yg berkaitan. Good luck!

  4. Boleh je buat wasiat di amanahraya atau sykt yg menguruskn harta (ada bnyak skrg ni).. klaw ada aset, bole je ‘hibah’ kat ahli kluarga, atau siapa sja.. tp dlm islam, klaw ada waris yg layak dpt fara’id tu ‘membantah’ atau tak stuju dgn wasiat tersebut, maka pembahagian secara fara’id perlu dibuat.. itu apa yg sya pernah dengar dlm ceramah seorang ustaz mngenai hukum faraid la.. Wallahu a’lam bissawab.

  5. Buat hibah pada seorang yg boleh dipercayai beserta surat amanah. Boleh survei syarikat amanah seperti wasiyyah shoppe.

  6. Tumpang simpati kerana sis dah tersalah pilih suami.

    Cukuplah hanya 1 anak kalau dpt suami mcm ni.Sgt makan hati..sis ni mungkin dianggap jadi hamba dia saja..hamba duit dan hamba napsu

    Lepas bersalin..fikirlah masak2 nak lagi ke dengan jantan feminin energy nu

  7. Oiii laki jenis apa yang kau kahwin ni ?

    Laki macam ni pun selera eh nak ada anak dengan dia.

    • ayokkk. tak baik laa wak cakap camtu.
      kalau dia tahu perangai suami dia sebelum kahwin, takda nya dia nak kahwin.
      semoga yang baik baik utk confessor dan kita semua.

    • awk dah kawin ke belum ?? ckp mcm ni , kalau la pmpn boleh pilih siapa suami dia , percaya la semua pmpn nak lelaki yg baik..tp tak semua pmpn bernasib baik tau awk.
      kita tak akan tahu perangai sebenar seseorang melainkan kita dah tidur sebantal dan sekatil..semoga awk tak salah pilih suami tau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *